Semua orang tahu pemimpin parti pembangkang memang suka mencabar, terutamanya Anwar Ibrahim. Yang paling mereka suka sekali ialah cabaran untuk berdebat. Tetapi semua orang juga tahu, pemimpin pembangkang terutamanya Anwar Ibrahim memang takut bila kena cabar. Tak berlulah AM beri contoh.
Cara pemimpin pembangkang menyelesaikan sesuatu isu, selain dari mengajak rakyat berdemostrasi di jalan raya ialah, menggunakan saluran mahkamah. Ada orang tanya, mengapa nak guna mahkamah sedangkan selama ini mereka menuduh mahkamah Malaysia berat sebelah dan dikuasai oleh pemerintah.
Jawapannya mudah. Tujuan mereka menuduh mahkamah sebagai berat sebelah dan dikuasai oleh kerajan ialah kerana, ianya merupakan persiapan awal, jika keputusan mahkamah tidak memihak kepada mereka. Maka senanglah mereka kata, bahawa segala tuduhan mereka selama ini adalah benar belaka. Hakikatnya mereka masih percaya kepada mahkamah. Jika tidak, masakan setiap isu yang ada, mereka akan bawa ke mahkamah. Sikit-sikit saman, sikit-sikit buat laporan.
Isu yang terbaru, ialah tentang tuntutan royalti minyak oleh kerajaan Kelantan. Hari itu AM dah tulis tentang, kenapa kerajaan Kelantan tidak membawa tuntutan minyak ini ke mahkamah. Biar mahkamah tentukan. Dulu pernah ada ura-ura isu ini akan dibawa ke mahkamah, tetapi senyap begitu sahaja.
Baru-baru ini Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mencabar kerajaan Kelantan agar membawa isu tuntutan royalti minyak ke mahkamah. Semalam Nik Aziz kata, dia akan sahut cabaran Nazri.
Hari ini dalam Sinar Harian, Pengerusi Jawatankuasa Petroleum Kelantan, Datuk Husam Musa dilaporkan berkata, "kerajaan Kelantan tidak akan tergesa-gesa membawa isu tuntutan royalti minyak ke mahkamah, sebaliknya menggunakan percaturan politik semasa terlebih dahulu" (dibaca, tidak akan tergesa-gesa membawa isu tuntutan ke mahkamah)
Beliau menambah, "Hujah yang dilakukan di luar mahkamah akan memberikan satu impak kepada rakyat bahawa tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional adalah salah"
Nampak tak?
Kalau benar mereka yakin berada dipihak yang benar dan kalau benar mereka sebenarnya berjuang untuk rakyat Kelantan, kenapa tak berani ke mahkamah?
Sebab,
dengan berceramah, mereka boleh memanipulasikan fakta. Mereka boleh menggunakan kepintaran berpidato dengan maki seranah, untuk menaikkan semangat kebencian rakyat Kelantan kepada kerajaan pusat. Itu matlamatnya.
Sedangkan jika ke mahkamah, kemungkinan besar mereka akan kalah. Jadi habislah isu untuk dipermainkan. Disitu mereka akan kerugian.
6 comments:
AM..saya ni sebgai anak jati klate kadang2 pun rasa pelik dgn politik ari ni..semua org politik hari ni bukan nak berpolitik untuk bangsa sendiri tp untuk kuasa,dan nama..bila dia org berebut benda2 ni tgk lah mcm mana jadi.....tuh malayu sama malayu...
bangsa lain duk tguu jea nak attack kita.....
AM!!!Kan aku dah beritahu sebelum ni isu petroleum ni kalau dibaca mengikut perundangan gerenti Kerajaan Kelantan kalah kat mahkamah.Pasal tu diorang tk nak bawa kes ni kat mahkamah.Jadi depa gunakan isu ni untuk retorik politik nyang kotor dan sempit dengan membawakannya di luar mahkamah.Pembangkang ni memang mengamalkan undang-undang rimba nawah pokok la,jangan kat tempat sampah pulak lepas ni sudahlah...kau tengok Dato Seri Najib menjawab berdasarkan fakta dekat parlimen mengenai isu ni,seronok aku tengok sampai terdiam pembangkang sampai tak tahu nak berhujah...macam ayam berak kapur diorang terkena....
Landak dan semua rakyat Kelantan, AM tidak bermaksud untuk mengutuk rakyat Kelantan. Apa yang AM maksudkan ialah Kerajaan Kelantan...
Wah nampaknya ada orang Kelantan yang marah ni..:) Nak kena ubah topik tu nampaknya.
Warisanksl, tujuan AM menulis sekali lagi isu ini ialah agar semua orang (terutama penyokong parti pembangkang) boleh menilai kelicikan pemimpin parti pembangkang dalam menangani sesuatu isu.
Mereka terus-terusan memperbodohkan rakyat. Kita harap rakyat cepat sedar.
Betul ke u all cakap ni...
jom tengok blok ni plak...
http://pasjawab.blogspot.com/
salam persahabatan buat anakmerdeka,
Salam dan terima kasih nr ucapakn kerana komen2 saudara dalam blog nr.
Boleh di katakan saudara tidak pernah mis komen dalam blog nr.
selamat tahun baru....buat pelayar2 AM
SALAM
Rasa bangga lak bila bloggers terkenal seperti Pyan Habib dan Nora mula membaca blog AM..:)
Kuah kari dalam kuali..bila free masuklah lagi..hehe
Post a Comment