Thursday, December 3, 2009

Namimah.

Sedikit masa dulu, AM pernah menulis tentang dosa sesama manusia yang lebih sukar terhapus, berbanding dengan dosa kepada tuhan. AM bukan ustaz (walaupun ada janggut), tetapi AM suka berkongsi ilmu yang AM ada sikit-sikit. Tak rugipun kongsi ilmu.

Nampaknya kita (blogers) terlalu seronok bercerita tentang sesuatu perkara yang kita tak tahu hujung pangkalnya. Kebanyakannya kita dengar dari mulut orang. Orang itu pula dengar dari mulut orang lain. Bila ditanya "siapa kata begitu?", kita akan jawab "ada orang cakap". Masalahnya siapa yang orang yang cakap tu?. Tak tahu.

Penghinaan dan kutukan yang tertinggi pada abad ini rasanya ialah tuduhan terhadap Najib sebagai orang yang terlibat dalam pembunuhan wanita Mongolia, Altantunya. Budak-budak sekolah rendahpun dah pandai sebut 'Najib Altantunya'. Siapa yang ajar kalau bukan yang lebih dewasa dari mereka. Persoalannya, yang lebih dewasa itu mendapat cerita itu dari mana? Adakah mereka melihat dengan mata kepala mereka sendiri Najib membunuh atau mengarahkan orang membunuh Altantunya?

Zaman Tun Dr Mahathir dulu, sasterawan negara (yang dinaikkan martabatnya oleh kerajaan sehingga bergelar sasterawan) Datuk Shahnon Ahmad, menerbitkan buku bertajuk "Shit". Dia menggelarkan Tun Mahathir sebagai firaun, pukimak, kepala tahi dan segala macam penghinaan. Agak-agaknya, apakah dosa Tun Dr Mahathir kepada Shahnon Ahmad sehingga beliau dicerca sedemikian rupa?

Dalam akhbar hari ini dilaporkan, Nik Aziz sebagai berkata,

"Surat khabar menimbulkan Nik Aziz (buat) begitu, menantunya begini, bini dia, menantu dia nak ambil harta Kelantan. Mereka ini puak 'namimah'. Namimah ini bukan sahaja berdosa dengan Tuhan tetapi juga dengan orang. Kalau kita berdosa dengan Tuhan kita minta ampun dengan Allah saja, tetapi berdosa dengan orang, kita bukan saja kena minta ampun dengan Allah tetapi juga dengan orang dan jelaskan apa yang dibuat"

"Sekarang kalau datang dan beritahu saya minta maaflah tok guru, kalau saya beri bolehlah. Kalau tidak (cari) maaf sendirilah. Kuasa Allah beri kepada manusia untuk jga lima perkara, antaranya air muka dan harta. Bukan kuasa Megna Carta, bukan kuasa PBB"

Bayangkan, orang yang bergelar tok gurupun belum pasti boleh memaafkan dosa orang yang 'memfitnahnya'. Jika kita andaikan Tun Mahathir dan Najib itu lebih jahil dari Nik Aziz, mahukah mereka itu memaafkan dosa orang yang memfitnah dan mencerca serta menghina mereka dan keluarga mereka?

6 comments:

lara_nur said...

nampaknya 'tokguru' pun manusia biasa jugak...tak sempurna mana pun...inilah manusia yang di sanjung2 para pengikut taksubnya? kenyataan dia yang angkuh sebegitu hanya merendahkan martabatnya di mata rakyat...maafla lara tak pernah pun rasa Nik Abdul Aziz ni sebenar2 ulama dia sekadar ulamak politik aje...cakap2 alim berlandaskan politik,kerana politik, sebab tu tak nampak keikhlasan nya yang sepatotnya ada dalam ulama sebenar yakni rendah diri dan memaafkan...

Anonymous said...

AM,

1.Dalam dunia ni siapa yang kita nak hormat,nak percaya,nak jadikan pedoman,sebagai petunjuk dijalan benar,alim ulamak dan pemimpin yang boleh membawa kita kejayaan dunia dan akhirat???

2.Yang puak UMNO hentam pemimpin PAS,yang PAS hentam puak pemimpin UMNO..masing-masing ditelanjangkan diri masing-masing,masing masing ada kelemahan dan masalah,masing-masing ada kebaikan dan keburukan..sana kata sini..sini hentam sana..pemimpin sini tak betul, pemimpin sana pun tak betul.ada ulamak disana kena hentam, ulamak sini pun kena maki..apa yang tinggal kat dunia..apa dan siapa yang layak untuk membawa kita kejayaan dunia dan akhirat..

3.Ada yang dah boleh kategori pewaris nabi pun kena maki,ada yang bijak pandai dari arab saudi pun kena tangkap, ada yang dah jadi pemimpin pun kena doa jadi bala, ada yang khianat,ada yang agama suku,politik suku, ada yang meterialistik,ada yang sesat, ada yang sekular ada yang taksub..dan lain-lain..

4.Apa nak jadi dengan dunia kita (terutama malaysia ni)..Siapa lagi yang kita nak percaya??Siapa lagi yang boleh memberi pedoman pada kita??

5.Nampaknya kita kena percaya pada diri sendiri dan hanya perlu patuh pada perintah Allah..kita jaga diri sendiri dan jauhkan perkara mungkar dan berusaha mencari keredhaan Allah..Yang memimpin pun masalah, yang dipimpin pun masalah..yang tukang bagi nasihat pun masalah, yang tukang menegur pun masalah..siap lagi yang kita boleh percaya??

6.Percaya pada Allah serta percaya pada Iman..usahlah percaya pada sesiapa..dan usah harap pun sesiapa akan percaya pada kita..haaa...haaa..kerana 2x5...5x2 semuanya..

7.yang nyata lagi jelas..yang buruk itu dari diri kita sendiri (makhluk yang kerdil-selalu buat salah) dan yang baik itu semuanya hanya pada Allah sahaja..dan pedoman kita adalah Nabi Muhammad sebagai pemimpin akhir zaman..yang lepas Nabi muhammad ini semuanya kaki 'spin'..kerana politik,kerana pangkat,kerana kuasa,kerana harta kerana dunia,kerana nama, kerana ..kerana..kerana???

8.Sebab tu ayat Al-Quran ada sebut dunia ini palsu yang akan melalaikan kita..kehidupan kita ini palsu..hanya pinjaman semata-mata..tetapi itulah yang kita akan rebut selagi kita bernyawa..kejar..terus mengejar..bertahan..dan terus bertahan..itulah yang terjadi kepada semua peringkat kepimpinan kita..rakyat yang dibawah jika tidak bijak..maka mati-mati kena 'spin' dengan karenah perebutan menakluk bumi Allah..karenah merebut serta membolot sumber-sumber alam,karenah memahat nama sebagai pemimpin ulung..

wasalam..t.kasih..

'anon tanpa nama'-ikhtiar selagi bernyawa

AnakMerdeka said...

Anonymous,

Bermaksud kita tidak boleh menganggap atau mengaku bahawa kita berada dalam kelompok yang lebih baik dari kelompok lain.

Bermaksud kita tidak boleh menuduh orang lain lebih jahil dan lebih hina dari kita.

Bermaksud, kita tidak boleh kita lebih baik, lebih alim dan lebih islam dari orang lain.

Bermaksud, yang membezakan antara kita ialah akal fikiran (Ilmu) yang diberi oleh Allah, kemanakah gunakan. Adakah untuk kebaikan atau untuk membawa masyarakat ke lembah kehancuran.

Maka mulai saat ini, buatlah keputusan menggunakan fikiran dan bukan menggunakan perasaan.

Anonymous said...

AM,

Aku Setuju....

wasalam..t.kasih.

'anon tanpa nama'-ikhtiar selagi bernyawa

tin kosong said...

salam semua.
semua setuju dan angguk TAPI hentam ORANG JUGA DLM BLOG NI....

AnakMerdeka said...

tin kosong,

mengkritik dibenarkan dalam negara demokrasi dan juga dalam ajaran islam.

Jika 'hentam' yang dimaksudkan oleh tin kosong adalah kritikan pedas, AM secara peribadi juga merasakan ianya 'dibolehkan', tetapi perlu berlandaskan fakta.

Tujuannya ialah untuk berkongsi pendapat dengan pembaca lain, agar dapat menilai menggunakan fikiran terbuka setiap pendapat yang dikemukan.

AM pasti sangat, orang yang kena hentam itupun tak baca apa yang blogers tulis.

Tetapi jika hentam kromo dengan diselaputi perasaan benci, apatah lagi jika hentaman itu melibatkan sesuatu yang kita sendiri tidak pasti, maka itu yang tidak boleh.

Wallahualambissawab.

SAHABAT-SAHABAT AM