Wednesday, December 16, 2009

Wakil Rakyat Buat Hal Lagi.

Semalam adalah hari penting kepada semua ahli Parlimen, dimana undian dilakukan untuk meluluskan budjet 2010.

Malangnya semalam, PM dan DPM terpaksa bergegas ke Parlimen untuk mengambil bahagian 'mengangkat tangan' menyokong budjet tersebut. Hampir-hampir sahaja budget itu tidak dapat diluluskan kerana kesemua 63 ahli parlimen pembangkang menolak dan BN haya menang 3 majoriti. Ramai ahli parlimen BN tidak hadir.

Mengapa keadaan seperti ini boleh berlaku?

Bagi AM dalam hal ini, kedua-dua pihak (Ahli Parlimen BN dan Ahli Parlimen Pembangkang) patut disalahkan.

Yang dari BN (melainkan menteri yang ada tugas rasmi)memang patut disalahkan 150%.

Soal nak melancong, nak urus business, nak melawat kawasan dan apa juga alasan, bukan ini masanya.

Undian untuk meluluskan budjet bukan dilakukan setiap hari. Setahun sekali, tak kan tak boleh lupakan perkara lain dan datang ke Parlimen.

Parti pembangkang mungkin menunggu-nunggu kalau-kalau kekecohan berlaku dan kalau-kalau budget tersebut gagal diluluskan. Silap-silap akan ada satu lagi pilihanraya. Adakah mereka cukup yakin akan dapat menguasai 2/3 kerusi parlimen jika diadakan semula pilihanraya?

AM tak nampak sedikitpun, kenapa Ahli Parlimen dari pembangkang tidak harus menyokong menyokong budget tersebut, jika bukan atas sebab peribadi. Adakah budget pertama DS Najib tersebut sebenar-benarnya harus ditolak?

Ini bukan masanya untuk 'memadan mukakan BN' atau nak tengok siapa menang siapa kalah. Budget adalah untuk kepentingan rakyat. Ini soal perbelanjaan negara, termasuk untuk membayar gaji kakitangan kerajaan, infrastruktur dan lain-lain. Kalau budjet tak lulus, macam mana nak bayar gaji kakitangan kerajaan (termasuk ahli parti pembangkang yang bekerja dalam sektor kerajaan)? Bagaimana kemudahan untuk rakyat hendak disediakan?

Inilah akibatnya jika kepentingan peribadi mengatasi kepentingan rakyat. Kalau bercakap, masing-masing mendakwa dialah hero rakyat. Seolah-olah dia seorang yang pandai membela rakyat. Tetapi bila perkara yang terang-terang untuk rakyat, ada yang tidak hadir dan ada yang menolak.

Nampaknya DS Najib terpaksa memerah otak sekali lagi untuk mengubah sikap ahli parlimen BN yang suka ponteng dari menghadiri persidangan.

2 comments:

afayufu said...

Rakyat didahulukan...tiada rakyat, ada ke negara???

AnakMerdeka said...

Tau tak pe. Jadi ahli parlimen harus mencontohi PM, dahulukan rakyat.

Jangan dahulukan nafsu.

Tetapi pelik juga. Kenapa perkara yang sebegitu penting (undi untuk meluluskan budjet) dilakukan selewat jam 11 malam?

Dah tak sempat nak tunggu hari siang ke?

SAHABAT-SAHABAT AM