Friday, August 7, 2009

Al-Shaari, Ayah Pin Dan Anwar Ibrahim

Orangnya berbeza dan berlatar belakangkan pendidikan yang berbeza. Mempunyai kerjaya yang berbeza dan hala tuju yang juga berbeza.

Cuma satu-satunya yang sama bagi ketiga-tiga individu ini ialah mempunyai kelebihan terendiri (gifted) untuk mempengaruhi orang, yang jarang dimiliki oleh orang kebanyakan.

Semua masih ingat, bagaimana orang-orang politik, profesional, ahli koprat dan berpendidikan tinggi mempercayai Shaari dan menyertai Al-Arqam. Bagaimana mereka boleh mempercayai bahawa Shaari itulah Imam Mahadi atau utusan tuhan. Bukan seorang dua, bukan ratusan tetapi beribu-ribu orang melayu dan beragama islam percaya dan taksub kepada Shaari.

Pengikut ayah pin pula ramai terdiri dari orang kampung, yang AM cukup percaya mempunyai pendidikan agama yang orite atau pun setidak-tidaknya ada basic ajaran agama dari ibubapa atau dari sekolah agama rendah. Dengan pendidikan agama yang paling minimumpun mereka patut yakin bahawa tiada nabi lain selepas Nabi Muhammad s.a.w. Yang pasti pengikut Ayah Pin bukan calang-calang. Bukan setakat orang kampung, tetapi melimpah luah di Indonesia dan Thailand. Orang sanggup sujud depannya dan minum air dari basuhan kakinya. Sedih sangat bila melihat ibu-ibu bertudung, duduk khusyuk mendengar ceramah sesat Ayah Pin.

Anwar Ibrahim lebih smart. Pentas yang digunakan lebih selamat, iaitu pentas politik. Segala penipuan, segala salahlaku dan segala dosanya dapat terlindung dan terhapus terus dengan kepintarannya memutarbelitkan keadaan. Dia terlalu bijak (diulangi, terlalu bijak) memperdaya masyarakat. Ada orang yang sanggup membunuh, jika ada pihak yang cuba memburuk-burukkan Anwar Ibrahim. Pihak berkuasa pula tidak boleh mengambil tindakan seperti mana mereka mengambil tindakan keatas Al-Arqam, kerana bila tindakan diambil keatas ahli politik, kerajaan akan dilabel sebagai tidak demokratik.

Ada yang sampai sekarang tidak percaya tentang salah laku Anwar Ibrahim, walaupun Anwar dibebaskan hanya disebabkan kesilapan teknikal sedangkan pada dasarnya hakim bersetuju bahawa 'ada perbuatan homosexual'. Mati hidup balikpun mereka tak akan percaya. Masih terlalu ramai orang yang percaya bahawa segala yang berlaku ini ialah konsperasi Dr Mahathir untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim.

Era Dr Mahathir telah berlalu. Jika secara logik, orang yang menjatuhkannya telah pencen, maka dia pun seharusnya 'puas' kerana sama-sama tak ada kuasa. Dia boleh menggunakan mahkamah untuk mendakwa Dr Mahathir yang memecatnya secara 'tidak sah'. Kenapa dia tidak lakukan?

Dia pandai menanamkan sikap benci penyokongnya kepada pihak lain seperti polis, mahkamah dan kakitangan kerajaan. Bila sesuatu keputusan mahkamah memihak kepada mereka, tidak sedikitpun mereka memuji hakim, sebaliknya mereka akan bertempik dan berbangga, namun jika keputusan tidak memihak kepada mereka, mereka pun berkata "nah betul tak apa saya kata, hakim memang berat sebelah.. hakim telah dipergunakan oleh kerajaan"

Begitu juga dengan polis. Mereka kata polis dipergunakan oleh kerajaan untuk melindungi pemimpin kerajaan. Yang peliknya setiap hari tidak sunyi dari laporan polis yang mereka buat terhadap pihak-pihak tertentu. Kalau tak percaya polis kenapa buat laporan pada polis?

Kesimpulannya, itulah Anwar Ibrahim. Sama saja dengan Shaari dan juga Ayah Pin.

No comments:

SAHABAT-SAHABAT AM