Monday, August 3, 2009

ISA Akta Yang Zalim?

Bila AM tanya kepada ramai blogers yang anti kerajaan, kenapa mereka menentang ISA, mereka kata akta itu zalim. Kenapa zalim? Mereka kata akta itu membenarkan seseorang ditahan tanpa dibicarakan. Pernahkah mereka kena tahan dibawah ISA? Tidak pernah.

Lalu AM ingin bertanya kepada mereka, adakah selama ini kita cukup adil kepada diri kita dan negara? Kita menuduh kerajaan dan pemimpin politik dengan pelbagai tuduhan tanpa bicara dan tanpa bukti. Kita menuduh Datuk Seri Najib terlibat dengan kematian Altantuya walaupun sekedar mendengar cakap orang, kita malah menuduh saudara kita kafir kerana tidak menyokong kita. Adilkah itu?

Dalam kehidupan harian, kita selalu melihat bagaimana orang ramai menangkap pencuri atau penyeluk saku lalu memukulnya walaupun tanpa membicarakan mereka terlebih dahulu. Ala DSAI pun sekarang ini sedang berusaha keras untuk memohon perintah mahkamah agar pertuduhan yang dibuat ke atasnya oleh Saiful Bukhari digugurkan. Tak perlu bicara. Adilkah itu? Adil lah bagi dirinya. Kepada Saiful pula siapa yang nak bagi keadilan?

Berbalik kepada ISA, tidak pernah orang yang ditangkap (kecuali bagi orang yang ingin bermuasabah diri) akan mengaku dirinya bersalah. Pencuri sekalipun, walaupun dia tahu memang dia mencuri, tetapi jika tertangkap, dia akan sekeras-kerasnya menafikan dan hukuman yang diterima sebagai tidak adil. Orang seperti Anwar Ibrahim contohnya, mana pernah akur dengan tindakan yang dikenakan ke atasnya. Baginya dirinya sentiasa dizalimi dan menjadi mangsa konspirasi. Kelebihannya dia pandai berpidato untuk memesongkan pemikiran rakyat. Semoga dia mendapat rahmat.

No comments:

SAHABAT-SAHABAT AM