Tuesday, August 4, 2009

Kisah Empat Sahabat dan ISA

Akhbar-akhbar utama hari ini menyiarkan berita tentang empat sahabat di Kota Bahru yang dihukum penjara lapan tahun kerana memukul seorang yang disyaki penyamun, sehinggga mati.

Kisannya senang dan sangat mudah difahmi. Mereka mengsyaki mangsa sebagai penyamun lalu mereka dengan mudah meletakkan undang-undang ditangan mereka, tanpa memberi peluang kepada pemuda tersebut untuk membela diri (atau bertaubat jika memang bersalah). Mangsa dipukul hingga mati.

Bagi orang yang ada asas agama, membunuh (tanpa sebab) adalah satu perbuatan dosa besar. Termasuk dalam tujuh pembinasa. Dosa yang tiada ampunnya.

Di bawah ISA seseorang ditahan, mengikut akta yang sah, tanpa perlu bicara. (Itu yang terkandung dalam akta tersebut) Zalim ke tak zalim, akta itu telah termaktub dalam perlembagaan. Dan itulah yang mungkin perlu dikaji.

Tetapi yang manakah lebih zalim antara menahan orang yang disyaki boleh mengancam keselamatan negara (dalam masa yang tertentu sebelum boleh dibebaskan) dengan meletakkan undang-undang ditangan sendiri sehingga sanggup mejadi malaikat maut, meragut nyawa manusia?

Yang manakah lebih merbahaya kepada rakyat Malaysia? Mempunyai akta pencegahan seperti ISA atau mempunyai rakyat yang meletakkan undang-undang di bawah telapak kaki mereka? Yang pasti, pembunuh seperti empat sekawan itu (dan banyak lagi pembunuh upahan yang masih bebas)tidak akan sama sekali ditangkap di bawah ISA.

Jadi siapakah sebenarnya yang merasa terlalu takut dengan ISA?

No comments:

SAHABAT-SAHABAT AM