Friday, August 14, 2009

Hebatnya Anwar Ibrahim dan Hassan Ali

Hebatnya Anwar Ibrahim. Hassan Ali yang semalam merah padam mukanya, marah pada Ronnie Liew sebab isu penjualan arak, tiba-tiba bersalaman dan meletakkan tangan di atas bahu Ronnie setelah berjumpa Anwar Ibrahim.

Hebatnya Hassan Ali. Semalam berbanggalah semua orang melayu, tak kira ahli PAS atau ahli UMNO pakat sokong beliau, kerana Hassan Ali kelihatan sungguh tegas menentang penjualan arak. Hampir semua akhbar dan blog bercerita tentang kehebatan Hassan Ali. Tetapi hari ini Hassan Ali kata isu penjualan arak sudah selesai. Hassan dan Ronnie sudah berdamai.

Inilah perinsip dan perjuangan Hassan Ali. Dan inilah dasar PAS yang diperkatakan oleh Nik Aziz semalam tu.

Dan orang melayu sekali lagi diperbodohkan dengan mudah oleh pemimpin-pemimpin PAS.

1 comment:

ujang said...

Silap kita jugak terlau bagi muka sangat puak2 kapiaq ni sepanjang 1958-2008...lesen judi,arak,kelab maksiat(hak keistimewaan orang bukan bumiputera) terlalu banyak.tapi bila PR ada isu kita memanipulasikan sebaik mungkin.isu arak..kadang2 depa main isu je nak tengok pahlawan2 UMNO naik minyak.dah UMNO naik minyak depa tiau balik kata UMNO lagi teruk sepanjang 50 taun merdeka beratus lesan arak depa lulus..PAS menang moral...yang dapat untung modal pilihan raya kecil manek urai kalah 65undi...dah tak nampak dacing..yang diorang nampak kalah
G7...alahai...

SAHABAT-SAHABAT AM