Wednesday, August 19, 2009

Erti Sebenar Sebuah Pilihanraya.

Pilihanraya adalah satu proses demokrasi bagi membolehkan rakyat memilih kerajaan atau wakil mereka di Dewan Undangan Negeri atau Parlimen.

Di Malaysia pilihanraya merupakan salah satu pesta keramaian yang dinanti-nanti oleh semua orang. Jika berlaku sesuatu pilihanraya, kadang kala orang luar dari kawasan yang nampak lebih seronok berbanding dengan penduduk setempat yang layak mengundi.

Pilihanraya di Malaysia juga boleh dijadikan sumber rezki. Pasang poster dapat gaji, tukang kempen dapat alaun, malah penceramah jemputan juga dapat bonus tambahan. Tak cukup dengan itu, para peniaga juga mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barang keperluan dan juga tempat penginapan.

Tetapi bukan itu yang AM ingin perkatakan. Dari penelitian sejak kebelakangan ini terutama sejak PRU12, pilihanraya di Malaysia dah jadi carca merba. Selain tempat nak cari publisiti hinggalah nak tunjuk kuat. Malangnya mereka bukan ahli politik sebenar. Mereka adalah ulat-ulat gonggok dan ulat bulu yang mengacau dan merosakkan kedamaian. Dek kerana penundi agak emosi, marah terhadap pemimpin dan tak kurang juga yang mengharap sesuatu dari janji-janji manis ulat-ulat ini, mereka dapat kemenangan mudah. Sebenarnya mereka bukan pemimpin dan wakil yang boleh diharap.

Sekarang makhluk perosak ini sudah merasa mereka terlalu kuat. Mereka rasa rakyat disekeliling mereka semua menyokong segala tindak tanduk dan apa juga yang mereka lakukan. Bermodalkan sedikit kepintaran bercakap, ditambah dengan kemahiran melakonkan watak-watak lucu, mereka ini sebenarnya umpama badut sarkas yang berperanan untuk menghibur dikala ahli sarkas berhenti rehat, tetapi mereka marasakan merekalah host sarkas itu.

Dulu orang-orang lama sering beri nasihat, politik jangan disamakan dengan makanan atau pakaian. Politik tidak boleh dicuba-cuba. Bukan macam makanan, dah beli tapi tak suka, boleh buang. Dek kerana marah dengan pemimpin yang telah lama berbakti, kitapun cuba-cuba nak rasa tukar selera. Akhirnya sekarang kita nampak dimana-mana lambakan badut-badut yang merasakan mereka adalah ahli politik sebenar. Mereka ini dah macam ikan busuk di pasar borong. Terlalu banyak. Hendak dibuang tak boleh, hendak dimakan tidak lalu. Lalu terpaksa tunggu hingga dia menjadi 'ikan kering'.

No comments:

SAHABAT-SAHABAT AM