Thursday, August 6, 2009

Dasar Kerajaan Atau Dasar Menteri?

Walaupun agak terlambat, AM ingin menulis tentang pembatalan pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris. Dah penat menulis tentang demostrasi ISA.

AM tak tahu dan ingin sangat nak tahu, bagaimana sesuatu dasar itu diputuskan oleh kabinet sebelum diwartakan.

Apa yang selalu AM dengar menteri akan membuat sidang media sebelum mesyuarat kabinet dan mengeluarkan kenyataan "kita akan bentangkan dalam mesyuarat kabinet, dan bila jemaah menteri bersetuju, maka kita akan laksanakan"

AM juta tak tahu dan teringin sangat nak tahu, berapa lamakah kajian berkenaan sesuatu dasar itu dibincang, diperhalusi dan dimuktamadkan sebelum diputuskan sebagai satu dasar kerajaan.

Pada satu sudut, bila kerajaan akur dengan tuntutan sebahagian dari suara rakyat (sebahagian besar atau sebahagian kecil?) seolah-olah kelihatan kerajaan cukup perihatin. Persoalannya, sejauh manakah keperihatinan kerajaan itu disyukuri dan dihargai?

Itu perkara pertama, tetapi yang lebih penting lagi, ia kelihatan seolah-olah kerajaan terlalu cepat tunduk dengan tuntutan demostrasi. Kenapa harus tunduk dengan golongan ini jika kerajaan benar-benar yakin bahawa dasar yang diperkenalkan itu telah diperhalusi, dibincang dengan orang-orang yang pakar dan dipersetujui boleh membawa kebaikan kepada majoriri rakyat? Lainlah jika dasar yang diperkenalkan merupakan dasar menteri berkenaan sahaja dan bukannya dipersetujui oleh kesemua jemaah menteri. Dari sumber-sumber yang AM dengar, pembatalan dasar pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris itu tidak dipersetujui oleh kesemua jemaah menteri. Jadi tanggapan AM, dasar itu dibatalkan kerana kerajaan rasa tertekan dengan puak demostrasi.

AM tidak mahu menulis tentang kesan dari pembatalan dasar tersebut. Dah batal biarlah batal. Tetapi kadang kala, kerajaan harus mengambil ikhtibar dari Tun Dr Mahathir, kerana ketegasannya sehingga digelar ditaktor dan kuku besi. Kerana keditaktorannya itu, beliau telah berjaya dalam banyak bidang. Seramai manapun yang menentang, sebesar manapun juga tentangannya, jika sudah cukup pasti itulah yang terbaik untuk rakyat, maka kenapa dilayan karenah golongan berkenaan? Takut tidak popular?

Percaya dan yakinlah, peribahasa melayu, 'diberi betis hendak peha' akan berlaku kepada puak-puak penentang ini. Buktinya setelah rasa 'berjaya' menuntut kerajaan menghapuskan satu dasar, kini mereka menuntut dihapuskan ISA, selepas ini mereka akan menuntut dihapuskan sistem beraja. Selepas itu tuntut dihapuskan status bumiputera. Akhir sekali mereka akan tuntut dihapuskan agama islam sebagai agama rasmi negara.

1 comment:

hilbertmontell said...

Salam 1Malaysia bro,

Saya sangat-sangat setuju dengan pandangan anda.

Dasar yang digunakan seolah-olah bukan dasar kerajaan, tetapi lebih kepada siapa menteri itu.

Contohnya...Kementerian Penerangan, bagaikan kata pepatah "sekali air bah sekali pantai berubah".

...sekarang menterinya orang ini,,dasarnya begini..bila esok menterinya orang itu..maka dasarnya juga begitu.

Tentang tuntutan melampau puak-puak yang tidak tahu erti bersyukur itu..memang iya, mereka tidak akan cukup setakat PPSMI saja, ISA, Sistem Raja Berperlembagaan, Negara Islam, Hak Istimewa Kaum Bumiputera mereka tetap mahu hapuskan...

Jadi kerajaan harus tegas dan berani....jaaaangaaaaan tunnndukkkk terusssssssssssssssssss

SAHABAT-SAHABAT AM