Wednesday, August 19, 2009

Benarkah Kita Menyintai Negara?

Bila sebut pasal politik berebut-rebut orang nak bersuara. Yang tak berapa cerdikpun rasa merekalah pejuang alaf baru, merekalah ahli politik sebenar dan pejuang bangsa dan negara.

Tetapi kadang-kadang terfikir, sejauh mana keikhlasan mereka. Sejauh mana sebenarnya mereka menyayangi dan menyintai tanah air tercinta ini. Orang kata 'politic is politic'. Nama baik negara, keharmonian dan keselamatan negara adalah tanggung jawab bersama. Samada kita menyokong kerajaan atau menyokong parti pembangkang, itu adalah hal lain, tetapi kewajipan kita terhadap negara mesti diletakkan pada kedudukan paling atas.

Malangnya di Malaysia, jika seseorang itu penyokong parti pembangkang dan anti parti pemerintah, mereka seolah-olah turut juga anti kepada negara sendiri. Ada yang sanggup bakar bendera Malaysia.

Menjelang hari kemerdekaan ini, berapa ramaikah rakyat Malaysia yang mengebarkan bendara di kediaman dan kenderaan masing-masing? Berapa ramai pula antara yang berbuat demikain itu, membelinya sendiri? Dan berapa ramai pula yang memasangnya kerana dapat free?

Dan yang pasti, kebanyakan yang memasang bendera dikenderaan dan rumah adalah orang yang pro kerajaan atau atas pagar. Penyokong parti pembangkang macam mana? Bukankah negara ini negara kita bersama? Nak marah pada kerajaan, nak kata ahli UMNO sebagai penghuni neraka dan tak akan masuk syurga, itu hak masing-masing, tetapi negara ini adalah tanah tumpah darah kita.

Kibarkanlah bendera Malaysia sebagai bukti kita sayang dan cintakan negara kita.

No comments:

SAHABAT-SAHABAT AM