Friday, August 7, 2009

Antara Gula dan Jamaludin Jarjis

Bila kerajaan dibantai kanan kiri, depan belakang, atas bawah oleh pihak pembangkang, penulis-penulis blog yang pro kerajaan terpaksa memerah otak mencari idea untuk mengimbangi tulisan-tulisan mereka dan berhujah sebaik mungkin untuk membuktikan kepada pembaca yang neutral bahawa kerajaan telah berbuat yang terbaik untuk rakyat.

Tetapi dua perkara yang buat AM naik darah bila dengar berita pagi ini ialah, pertamanya komen menteri hal ehwal pengguna Datuk Sabree Yaakob berkenaan rungutan pengguna tentang susahnya nak dapatkan gula dipasaran. Sebab gula kena seludup, gula kena sorok, gula hanyut atau gula dimakan semut, itu semua bukan rakyat yang kena fikir. Mereka hendak gula. Mereka yang pergi ke kedai dan hampa kerana pemilik kedai kata gula habis. Tetapi menteri kata, dia dah tinjau kat gudang dan pasti gula mencukupi untuk rakyat seluruh negara. Rakyat jangan risau, katanya. Nampaknya ini satu lagi penyakit. Dia lihat kat gudang buat apa. Kalau gula digudang cukup untuk satu Asian pun tak guna kalau rakyat di kampung tak boleh mendapatinya di kedai-kedai runcit.

Satu lagi pasal perlantikan Jamaluddin Jarjis sebagai duta Malaysia ke Amarika Syarikat. Agaknya tak ada orang lain yang lebih layak dari Jamaludin Jarjis untuk memikul tanggung-jawab itu? Agaknya dah tak ada masalah langsung di Rompin yang perlu Jamaludin Jarjis selesaikan? (Atau dah bersedia nak serahkan kerusi parlimen rompin kepada pembangkang?) Agaknya MP BN di parlimen sudah cukup kuat untuk berhadapan dengan MP pembangkang? Agaknya kerajaan tak serik-serik?

Semua ini penyakit. Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Muhyiddin Yasin kena cepat pantau.

No comments:

SAHABAT-SAHABAT AM