Tuesday, August 11, 2009

Sejauh Mana Orang Melayu Mudah Lupa?

Banyak blog samada anti kerajaan atau yang pro kerajaan bercerita tentang gambar besar Dato Seri Najib Tun Razak berhampiran batu cave. Gambar yang lebih kurang sama dengan gambar Anwar Ibrahim yang menjadi isu hangat masa pilihanraya ke 12 yang lalu.

Atas apa juga alasan, AM rasa memang tidak wajar binaan itu didirikan di sana. Kenapa pula gambar Najib boleh sedangkan gambar Anwar dikutuk? Adakah kerana Najib seorang perdana menteri dan Anwar Ibrahim nobody? Cepat sangatkah kita lupa?

AM cukup pasti itu bukan arahan PM atau JPM, tetapi ianya didirikan oleh kumpulan tertentu yang menyanjung perdana menteri.

Tetapi sepatutnya ada orang yang boleh menegur. Ada cara lain untuk memberikan sokongan. Ada cara lain untuk menunjukkan kasih sayang pada perdana menteri. Dan AM cukup faham cara Datuk Seri Najib. Beliau bukan orangnya yang suka disanjung-sanjug dan dipuja.

AM berharap sangat agar arca tersebut diturunkan secepat yang mungkin agar tidak menjadi isu. Kita tidak mahu nanti orang kata, UMNO menjilat ludah mereka sendiri.
Salah tetap salah.

No comments:

SAHABAT-SAHABAT AM