Tuesday, August 18, 2009

Siapakah Yang Wajar Tarik Diri?

BUKIT MERTAJAM 18 Ogos - Pas meminta calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman menarik dari bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir pada 25 Ogos ini disebabkan lesen guaman sivil beliau dibatalkan oleh Majlis Peguam.

“Dari segi undang-undang beliau memang layak bertanding tetapi dari segi moral beliau hilang kelayakan,” kata Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mahfuz Omar, kepada pemberita di sini hari ini.

Itu yang antara kandungan berita dari Utusan Malaysia hari ini berkenaan gesaan PAS agar calon BN menarik diri dari bertanding pada pilihan raya Permatang Pasir.

Pandai sangat Mahfuz Omar bercerita tentang moral. Mari kita singkap satu persatu watak-watak dalam PR yang wajib tarik diri atas alasan moral (hanya menyebut beberapa contoh)

1. Nik Aziz @ Tok Guru PAS, yang telah menjatuhkan bukan sahaja martabat dirinya yang disanjung (hampir disembah) oleh pengikutnya, tetapi juga telah menlacurkan agama islam. Bermoralkah?

2. Nizar (mantan MB Perak) yang telah terang-terang menghina Sultan perak. Itu tak masuk isu pegang lilin. Bermoralkah?

3. Hassan Ali yang tak ada pendirian, hari ini protes esok kata OK. Bermoralkah?

4. Hadi Awang, yang takut sangat dengan Anwar Ibrahim dan Nik Aziz sehingga mengadaikan perpaduan melayu. Bermoralkah?

5. Anwar Ibrahim? - Lu fikir lah sendiri...

1 comment:

hilbert said...

Salam kawan,

Nmapak sangat sudah PAS ini takut kalah pada pilihanraya ini..dasar pengecut..pengecut juga.

Pejuang apa PAS ini kalau sebelum bertanding dah awal-awal lagi mintak lain tarik diri... kalau mereka rasa tak mampu lawan dengan BN/UMNO...maka eloklah mereka sendiri yang berundur...

SAHABAT-SAHABAT AM