Friday, August 21, 2009

Wang Palsu Bertaburan Di Permatang Pasir

Ini cerita lucu di Permatang Pasir.

Duit dimasukkan dalam sampul surat dan diletak dibawah pintu berserta nota meminta pengundi pangkah calon tertentu.

Kita tidak boleh tuduh sesiapa lakukannya. Ops...penyokong pembangkang sudah pasti akan tuduh itu adalah kerja UMNO. Bukankah selama ini mereka tuduh pemimpin UMNO rasuah (walalaupun mereka letak RM100 dalam surah yasin masa tahlil dan bagi kepada penduduk - itu dianggap sedekah)

Tak kisah la itu kerja siapa tetapi yang pasti jika itu dilakukan oleh wakil parti politik tertentu, sah-sah dia bodoh. Bukan begitu cara nak bagi rasuah supaya orang beri sokongan. Kena jumpa terus pengundi berkenaan dan bukan letak bawah pintu. Wang palsu pulak tu.

Jika masih ada orang yang percaya, pemberi rasuah akan memberi rasuah dengan cara macam itu, sah-sah dia yang bodoh.

Kenapa letak bawah pintu? Takut dituduh memberi rasuah? Jawapannya mudah, kerana yang letak duit bawah pintu itu bukan pememberi rasuah. Sebaliknya dia membuat kerja untuk beri bukti bahawa pihak yang satu lagi telah memberi rasuah. Jika nota tersebut meminta penerima duit itu pangkah parti A, sudah pasti yang meletakkan sampul surat itu datangnya dari parti B dan sebaliknya jika dalam nota itu meminta pangkah parti B, maka sudah pasti itu kerja parti A. Ia bertujuan untuk memberi gambaran bahawa, parti yang dimaksudkan itu telah memberi rasuah kepada pengundi.

Perbuatan itu tidak lain tidak bukan, dilakukan untuk memburuk-burukkan parti yang minta dipangkah (oleh nota berkenaan). Tak kisah la, jika nota itu tertulis 'pangkahlah PAS', confirm itu kerja orang UMNO dan sebaliknya jika nota itu berbunyi 'pangkahlah UMNO' maka confirm itu kerja orang PAS.

AM tak bacapun nota berkenaan, tapi rasa-rasanya AM tahu apa isi kandungannya dan minta undi parti mana. Jadi orang-orang Permatang Pasir tak perlu pening kepala fikir panjang untuk megetahui siapa yang buat kerja kotor itu.

1 comment:

DPR said...

Kes SMS tersebar luas menyatakan Dato' Ismail Dictionary meninggal heboh diperkatakan oleh segelintir rakan sepejabat perhaluan PR.Tak pasal2 UMNOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO kena tuduh angkara kerja ni.Tak pa la,nak buat mcm mana..dah depa ada mulut...

Al Fatihah kepada Allahyarham Prof Ismail Salleh.

SAHABAT-SAHABAT AM