Saturday, September 12, 2009

Ahli dan Pemimpin PAS Berada Dalam Katagori Mana?

Petikan dibawah AM copy n paste dari laman web Ustaz Zulkiflee @ Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, dari PKR, bila beliau membuat posting berkenaan kekecohan yang berlaku di Seksyen 23 Shah Alam baru-baru ini. AM tak tambah walaupun satu titik dari tulisan asal beliau. Marilah sama-sama baca dan sama-sama renungkan.


Ustaz Zulkiflee wrote:

Surah Al Baqarah adalah surah yang membahagikn kategori manusia kepada 3 golongan. Pertama golongan beriman, yang menjadikan Al Quran sebagai petunjuk jalan kehidupan, yang meyakini perkara yang ghaib, mengerjakan solat dan mengeluarkan zakat.

Golongan kedua adalah golongan kafir-mereka yang secara terang menolak ketuhanan ALLAH dan mempertuhankan berhala, yang menjadikan manusia sebagai anak tuhan, yang menjadikan batu, kayu, lembu dan pelbagai haiwan dan lain-lain sebagai bahan sembahan.

Golongan ketiga dikenali sebagai golongan munafik, golongan yang nampak lahirnya macam Muslim. Mereka berjanggut serban, mereka melabel diri mereka Islam, tetapi merekalah golongan gunting dalam lipatan, golongan yang sebenarnya menghancurkan Islam. Mereka musuh dalam selimut, dan mereka ini lebih merbahaya daripada kafir kerana mereka berselindung dibalik serban dan janggut, mereka berhujjah menggunakan Al Quran. Mereka ini dila'nat ALLAH, dan tempat mereka didalam neraka wail, neraka yang paling bawah!

www.anak2merdeka.blogspot.com

2 comments:

kayumanis said...

Salam Anak Merdeka,

Cam na nak jawab soalan tu, aku sendiri pun bimbang duduk dalam golongan mana. Kita ni boleh jatuh dalam kategori bawah dengan mudah sekali menerusi lidah, hati dan perbuatan.

Aku pun takut juga dengan orang yang guna ayat-ayat Quran untuk maki orang lain.

Makilah tu.

AnakMerdeka said...

Sebab itu AM selalu ingat apa yang ustaz ajar dulu, kita hendaklah bersederhana dalam segala hal.

Jika kita tahu mana yang wajib, mana yang haram maka lebih mudah kehidupan kita.

Yang pasti, tegur menegur itu adalah tuntutan agama tetapi islam melarang kita memaki dan memfitnah orang. Sangat mudah untuk kita ikuti. Tidak perlu kita membuat perkara yang terang-terang dilakhanti Allah?

SAHABAT-SAHABAT AM