Wednesday, September 2, 2009

Siputeh..Jangan Syok Sangat


Tahniah kepada ADUN Kota Siputeh kerana SPR telah buat keputusan bahawa kerusi ADUN yang beliau menangi tidak kosong disebabkan ketidak hadiran beliau dalam mesyuarat dewan. Apapuan wakil rakyat bukanlah budak sekolah yang perlu diberi amaran kerana ponteng kelas. Mesti kena ada tanggung-jawab. Kecualilah memang ada keuzuran atau ada urusan yang lebih penting.

Apapun AM nak nasihatkan kepada wakil-wakil rakyat tak kira wakil rakyat BN atau wakil rakyat PR (tapi ada ke wakil rakyat baca blog ni hehehe) bila rakyat dah pilih jadi wakil, kenalah jalankan tugas. Kalau dah asyik sakit, bermaksud kita tak layak jadi pemimpin. Ramai sebenarnya yang tak tahu, berapa ramai lagi wakil-wakil rakyat yang sedang sakit dan sedang menerima rawatan di hospital.

Jika tengok masa persidangan dewan rakyat yang selalu ditayang kat tv, banyak kerusi wakil rakyat kosong, termsuklah wakil rakyat pembangkang. Kalau menteri tak mengapalah sebab mungkin ada tugas lain diluar. Itu pun penting juga. Tetapi kadang kala tu, ahli parlimen tidak nampak batang hidung hampir setiap kali camera tv fokus kat tempat duduk dia. Tak tahu la keluar pergi toilet atau memang tak hadir. Jika tak hadir, sebab apa? Memang ada tugas luar atau sebab saja-saja tak hadir.

Sepatutnya kena ada satu kursus kepada wakil-wakil rakyat terutama yang pertama kali jadi wakil. Jangan ingat jadi wakil rakyat tu syok. Boleh bergelar YB dan kesana kemari orang sambut. Yang penting ialah tanggung jawab yang diamanahkan. Ingatlah seseorang pemimpin itu sebenarnya telah menempah neraka untuk dirinya. Sebelah kaki seorang pemimpin sudahpun berada di dalam neraka, hanya sebelah kaki sahaja yang tinggal untuk menentukan samada dia akan ke syurga atau terus berada di dalam neraka.

Sesiapa yang tahu tentang itu, mesti tak berani nak jadi pemimpin.

2 comments:

Detguaq said...

Jaga-jaga,

PIS akan guna undang-undang Tubuh Negeri Kedah!!!!

AnakMerdeka said...

Detguaq, AM menulis sebagai rakyat Malaysia (bukan orang Kedah) dan bukan pakar undang-undang tubuh negeri kedah.

AM menulis untuk bagi nasihat (nasihat ke?) kepada wakil-wakil rakyat yang dah dipilih oleh rakyat tak kiralah depa tu wakil rakyat BN atau wakil rakyat PR. Yang lebih berhak untuk membicarakan soal undang-undang ialah mahkamah.

Jika speaker DUN Kedah merasakan SPR telah bertindak melangkaui perlembagaan Negeri Kedah, bawa sahaja kes ini ke Mahkamah. TETAPI kena ingat, bila mahkamah dah putuskan, semua pihak kena akur.

SAHABAT-SAHABAT AM