Tuesday, September 8, 2009

Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga...

Hari ini bila membaca kisah Mariam rakyat Malaysia yang berhijrah ke Korea (dan ceritanya pernah disiarkan di TV) yang meninggal dunia bukan di tanah airnya sendiri, AM rasa cukup tersentuh. Dia yang mengikut suaminya seorang warga Korea, semasa perang dunia dahulu akhirnya terkandas berpuluh ribu batu dari kampung halaman dan sanak saudara serta anak kandungnya sendiri. Lebih malang lagi, dia sebenarnya tidak lagi beragama islam, malah telah meninggalkan wasiat agar dikebumikan secara kristian.

Tetapi anak-anak beliau yang ditinggalkan di Malaysia tetap berharap agar mayat ibunya dapat dibawa dan dikebumikan di Malaysia. Itulah dunia. Kadang kala anak-anak lari meninggalkan ibu bapa dan kadang-kala ibubapa, disebabkan faktor-faktor tertentu telah tergamak meninggalkan anak-anak yang sepanjang hidupnya merindui kasih sayang seorang ibu.

AM teringat pada satu ketika dahulu bila berkesempatan mengikuti lawatan ke rumah orang-orang tua menjelang aidil fitri, air mata menitis memandang wajah-wajah sayu yang tidak berupaya mengeluh ataupun mangalirkan air mata. Rata-rata ibubapa yang ditnggalkan di rumah orang tua, masih mempuyai anak dan cucu yang sudahpun bekerja. Bayangkan bagaimana dia menghabiskan masa mudanya menjaga anak-anak, sanggup berlapar asalkan anak-anak mendapat makanan dan tidak cukup tidur malam kerana menjaga takut-takut anaknya digigit nyamuk, namun bila sudah tua dan tidak bermaya, dia tinggalkan begitu sahaja oleh anak-anak di rumah orang-orang tua. Sedangkan kucing peliharaanpun, jika kita tak sanggup membelanya lagi, kita akan berikan kepada orang lain yang boleh memelihara haiwan itu dan memberi kasih sayang seperti mana kita menyayangi.

Bagaimana ada manusia yang merupakan seindah-indah ciptaan Allah, sanggup membiarkan ibubapa di rumah penjagaan orang tua, malah ada yang tidak menjenguknya walaupun pada hari raya. AM bersyukur kerana masih mempunyai ibu dan dapat terus mencium tangan ibu setiap kali bertemu dengannya. Semoga Allah menjatuhkan lahanat kepada anak-anak yang derhaka kepada ibu bapanya.

Sempena bulan mulia ini, berpesan-pesanlah kita kepada rakan-rakan yang kononnya terlalu sibuk dengan kerja dan tidak mahu pulang beraya ke kampung. Sayangilah ibubapa selagi kita masih lagi mempunyai ibu dan bapa. Bayangkan apa perasaan anak-anak Mariam yang AM ceritakan tadi, sudahlah berpuluh tahun tidak dapat mencium tangan ibunya, tetapi bila nyawa sudah tiada, mereka terpaksa menerima sekujur tubuh kaku ibunya, yang tidak lagi beragama islam. Mereka tidak lagi boleh membacakan Al-fatihah dan surah yasin untuk arwah ibunya. Jadi selagi mempunyai ibu dan bapa, hargailah...

2 comments:

Samwan said...

Salam AM,
Terima kasih kerana sudi bertandang ke blog saya.

Kita ni manusia sama saja. Kadang2 nafsu melebihi akal yg bijaksana. Saya bukan nak membawa ajaran sesat tetapi sekadar berpesan kepada kebenaran.

Saya dilahirkan dalam suasana kampung kepada sebuah ahli keluarga UMNO. Sedari kecil memang tokoh2 UMNO sentiasa dikepala. Pernah berangan menjadi Perdana Menteri, tetapi menyedari tanggungjawab yg besar angan2 itu saya lupakan.

Kalau kata tak bersyukur dengan kerajaan memang tipu sebab dulu bersekolah diasrama penuh. kemudian melanjutkan pelajaran ke UK (berjaya setelah permohonan dan rayuan ditolak berkali kali, kerenah birokrasi biasalah).

Di UK lah saya banyak memikirkan perihal hidup atau lebih tepat lagi perihal manusia yang selalu lupa dan lalai dengan urusan Allah.

Dimasa itu hanya tuhan saja yang tahu betapa enjoy nya saya. Puasa dan sembahyang jangan cakap la. Bebas beb. Tapi hati masih ingat, cuma malas dan lalai untuk mengerjakan suruhan.

Satu hari saya terfikir, sampai bila harus begini. Mati mungkin hari ini atau esok. Tak sanggup saya hidup selamanya didalam neraka. Sedangkan umur kita hidup didunia ini (dari kecil sampai mati) belum pun cecah satu hari diakhirat. Kita sudah berbangga dengan kehidupan dunia yang bersifat fana atau tidak kekal ini.

Hidup saya mengalami perubahan demi perubahan. Alhamdulillah berjaya. Itu mungkin disebabkan sifat saya yang dahagakan ilmu Islam. Kalau saya sibuk mengejar kemewahan dunia, masakan saya akan teringat akhirat. Dunia dan akhirat It's two different thing. Dunia mengumpul bekalan, akhirat hidup yg kekal.

Islam celup itu macam mana? Contoh, perempuan tak bertudung seperti wanita UMNO. Kalau waktu sembahyang wajib kena bertelekung untuk menutup aurat. Kenapa luar sembahyang tidak. Padahal itu satu kewajipan.

Kubur memang masing2 katanya, tetapi mereka menjadi ikon didalam masyarakat. Itu akan mempengaruhi masyarakat.

Tiada paksaan dalam Islam jawab mereka. Itulah jawapan orang yg tak memahami hadis. Itu ditujukan kepada yang bukan Islam supaya mereka tahu, kita tidak memaksa mereka memeluk Islam, tetapi dengan kerelaan hati mereka sendiri. Tapi yg dilahirkan Islam, masih bersifat muallaf walaupun sepatutnya sudah bergelar mukallaf.

Kalau dulu susah nak jumpa awek Melayu pakai bikini. Sekarang tak susah lagi nak tengok. Berlambak yang sampai nampak bulu ketiak yang lambat dicukur. Itu juga pengaruh dan peranan masyarakat.

Itu adalah kerana kemodenan dan pembangunan yang tidak mengambil kira ajaran Islam sepenuhnya. Kita tidak menolak pembangunan tetapi biarlah selari dengan Islam.

Apa beza seorang Melayu, Cina dan India? Orang menjawab bangsa berbeza ataupun kulit tak sama warna. Tetapi kalau yang cina itu memakai tudung/purdah. Kita tahu dia Islam. Tetapi perempuan Melayu kalau tak pakai tudung bolehkah kita kata dia Islam. Dihatinya mungkin tebal dengan Islam, tetapi luarannya tidak. Itu juga menjadi ikutan atau trend.

Saya bukan marah tetapi sedih dengan masyarakat kita. Sedih kerana kita dilahirkan sebagai Islam. Kejahilan mereka ini akan mempengaruhi jiwa Islam yang lain. Itulah namanya bisikan syaitan wahai sahabatku. Kita tak nampak syaitan dan Iblis, tetapi kita suka melihat perempuan yang cantik atau seksi. Kenapa?

Panjang kalau mahu dihuraikan. InsyaAllah kalau Cheras tempat tinggal AM, boleh la kita pekena teh tarik satu hari. Saya tinggal di Ampang.

PAS atau UMNO atau PKR sama saja. Mana yg salah tetap kena hentam. Tetapi sekarang fokus lebih kepada kerajaan sebab mereka yg memerintah. Segala dasar kerajaan yg sediakan. Pembangkang seperti nama merekalah iaitu membangkang. Memang semua tidak betul nampaknya, sama seperti dinegeri yg BN menjadi pembangkang.

Kita manusia yg mempunyai akal, seharusnya menggunakan akal dengan betul bukan mengikut nafsu.

Wassalam.

p/s: komen ja diblog saya, nanti saya balas. Apa pun kita tetap saudara seIslam

AnakMerdeka said...

Terima kasih kerana memberi respond yang positif.

AM terlupa tadi memohon maaf jika ada terkasar bahasa semasa membuat komen di blog SOMEONE.

AM diajar untuk bersederhana. Dalam islam pun kita diajar untuk bersederhana. Jika kita mempu untuk mentarbiyah, maka kita disediakan garis panduan untuk melakukannya.

Apa yang selalu AM protes ialah sikap sesetengah dari kita yang suka memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat dan hina. Seolah-olah diri sahaja yang betul.

Memang AM konsitan dalam mengatakan kebenaran. Jika pemimpin UMNO itu silap, maka tidak ada benda yang boleh mengatakan sebaliknya. Begitu juga dengan pemimpin PAS. Jangan sesekali menggunakan islam untuk berpolitik sehingga macam tak ada pantang larang. Sedangkan kita semua bersaudara.

AM sangat berharap pada satu hari nanti kita akan menjadi satu masyarakat yang saling hormat menghormati. Boleh sahaja kita berlainan pendapat dan ideologi tetapi jangan sesekali menghina pendapat orang lain apatah lagi menghina batang tubuh seseorang (meminjam kata-kata Tok Guru Nik Aziz)

SAHABAT-SAHABAT AM