Wednesday, September 30, 2009

Dilemma Pemuda UMNO.


Dua orang AJK Pemuda UMNO Bahagian di Kijal Terengganu ditangkap polis ketika sedang leka menghisap dadah dalam sebuah rumah. Itulah antara berita yang termuat dalam akhbar hari ini.

Menyedihkan dan memalukan.

Sudah pasti berita ini cukup mengembirakan Pakatan Pembangkang. Sudah pasti berita ini cukup untuk dijadikan bahan mengutuk UMNO. Mereka akan kata, inilah contoh barisan kepimpinan UMNO.

Sejauh mana kita mahu menginsafi diri dan berubah kepada lebih baik? Tepuklah dada, tanyalah selera.

Diketika pempimpin-pemimpin tertinggi berhempas pulas, keluar peluh jantan dan tak pernah cukup tidur untuk memperbaikai struktur UMNO yang tercalar, rupa-rapanya ada lagi segelintir dari kita yang melangkah kebelakang, masih bermimpi dan seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Seolah-olah UMNO masih terlalu kuat dan akan sentiasa menang.

Apakah yang dicari oleh orang yang sudah berusia 40 tahun dan sudah bergelar pemimpin itu? Mengapa beria sangat ingin jadi pemimpin jika diri sendiripun tidak boleh dipimpin? Kesannya bukan sahaja kepada mereka dan keluarga mereka, tetapi imej UMNO keseluruhannya akan tercemar kerana perbuatan tidak bermoral itu.

Sebab itu, ramai yang suka untuk jadi pemimpin, tetapi berapa orang antara meraka yang benar-benar boleh memimpin? Gus Dur (bekas bapak Presiden Indonesia) juga seorang pemimpin walaupun untuk berjalanpun dia terpaksa dipimpin oleh pembantunya.

Sebenarnya ramai golongan muda (tak kira pemuda UMNO, PAS ataupun PKR) mampu menjadi pemimpin berkalibar yang boleh menjadi pelapis kepimpinan akan datang. Malangnya kebolehan dan kelebihan itu tidak digunakan sepenuhnya, samada tidak diberi peluang oleh golongan vateran ataupun mereka sendiri tidak nampak pada kelebihan masing-masing, malu dan takut untuk mencuba. Akibatnya hanya segelintir sahaja yang agak 'berani' dan nekad, telah berjaya 'dipilih' menjadi pemimpin. Lebih malang lagi, golongan yang berjaya menjadi pemimpin itu, tidak sedar dan hampir hilang pertimbangan untuk membezakan samada mereka adalah orang biasa ataupun seorang pemimin.

Akibatnya anak-anak muda kita berkeliaran kesana kemari tanpa ada hala tuju dan tanpa dipimpin. Sampai bila kita hendak terus begini, sedangkan bangsa lain telah mengatur strategi sedikit demi sedikit untuk menguatkan bangsa mereka.

5 comments:

rossees said...

setuju!

Mohd Khalil said...

Dijemput melawat blog saya, www.kadikluang.blogspot.com . saya cerita tajuk saya,, Lintah, Keli, Ketam dan cacing...Saya ulas tentang sikap orang Melayu dalam berniaga

Anonymous said...

mentaliti, itu yang susah nak buat orang muda jadi pemimpin. :)

AnakMerdeka said...

Zhafrie, dengar dan ikutlah pendapat orang-orang lama iaitu, "yang muda bukan semesti anak dan yang tua bukan semesti bapak"

Orang muda kena kikis sikap malu mencuba dan takut dengan cabaran.

Cuma beringatlah, kepala kita memang kita yang punya, tetapi bila menjadi pemimpin, kita tidak boleh menggunakan kepala kita sahaja. Kepala orang kena gunakan juga. :)

DPR said...

Yang kita risau bukanya AJK UMNO mahupun kerani daftar pilihanraya pejabat adun PKR..yang kita risau anak2 muda Melayu Islam kita tu...palapis pewaris kepimpinan negara..yang kena berubah bukanya pemimpin UMNO mahupun ketua kampung di dalam JKKK kita..yang mula kena jadi baik kita sendiri..contoh akhlak baik jadi tauladan kepada orang lain..

SAHABAT-SAHABAT AM