Tersenyum bila melihat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan bapanya Lim Kit Siang, bersalaman dengan Perdana Menteri semasa majlis rumah terbuka kebangsaan yang diadakan di kediaman rasmi Perdana Menteri.
AM teringat sejak zaman Tun Dr Mahathir, Lim kit Siang tidak pernah terlepas dari menghadirkan diri dalam majlis rumah terbuka kerajaan. Tak nampakpun orang PAS dan PKR yang hadir. Mungkin mereka takut termakan budi dengan PM.
Terdengarlah juga orang bertanya, "bukankah Lim Kit Siang tu orang DAP, kenapa dia datang rumah PM?"
Sebenarnya itulah bezanya antara orang politik dengan hamba politik. Orang politik boleh membezakan antara politik dengan kemasyarakatan. Lim Kit Siang mungkin terlalu tebal sikap perkaumannya, tetapi dia bijak berpolitik. Dia hadir ke rumah terbuka PM supaya rakyat dapat rasakan sebenarnya dia adalah pemimpin yang baik.
Berlainan dengan hamba politik. Orang yang seronok berpolitik ini sebenarnya tak tahu apa itu politik. Mereka berpolitik di kedai kopi, sambil makan, sambil berjalan dan semasa di dalam surau dan masjid. Hinggakan nak cari calon isteripun mungkin mereka letakkan syarat ahli parti, sebagai salah satu syarat mencari jodoh.
Semasa sembahyang sunat hari raya yang baru lalu, ketika khatib sedang membaca khutbah, AM terima naskah/risalah orang poltik yang diedarkan kepada jemaah yang datang menunaikan solat. Bayangkan, sehinggakan dipagi raya, ketika orang berlapang dada, bermaaf-mafan dan bersalam-salaman, ada juga hamba-hamba politik ini sempat berpolitik.
Kekadang terfikir, kenapa Lim Kit Siang yang begitu fanatik boleh melupakan sejenak dunia politik, hadir ke rumah terbuka PM, bersalam-salaman dan berjenaka, tetapi ada antara kita masih terus berpolitik dan memprovoke rakan-rakan yang bukan sehaluan dengan mereka?
No comments:
Post a Comment