Wednesday, September 16, 2009
Nabi Palsu, Apakah Peranan Ulamak?
Orang seperti Abd Kahar Ahmad @ nabi Melayu, bukanlah hanya satu. Ramai tahu berkenaan Ayah Pin yang juga masih bebas, yang terang-terang telah menghina agama Islam dengan megaku sebagai nabi akhir zaman @ nabi orang melayu.
Kisah penangkapannya pagi tadi hanyalah satu dari kejutan yang tidakpun mengejutkan AM. Sepatutnya Abd Kahar telah ditangkap sejak tahun 2005 lagi, kenapa baru sekarang. Apapun syabas kepada pihak polis yang tidak pernah 'tidur' dan sentiasa mengekori Abd Kahar sejak empat tahun lalu. Tetapi bagaimana dengan Ayah Pin? Kenapa dia masih gagal ditangkap? Jika pihak polis dengan mudah boleh memberkas Bentong Kali dan dengar cerita dengan mudah boleh menjinakkan Botak Chin yang dikatakan penganas paling merbahaya ketika itu, kenapa susah sangat nak tangkap Ayah Pin yang dah tua dan tidak menggunakan senjata? Betul kah dia ada ilmu untuk menghilangkan diri?
Itu persoalan lain.
Apa yang AM nak tanya ialah, kenapa mereka-mereka itu boleh menarik begitu ramai pengikut? Dimanakah ulamak-ulamak, tok guru dan ustaz? Apa peranan mereka untuk mendidik kanak-kanak dan golongan remaja tentang gejala songsang akidah ini? Adakah kerana semua ulamak dah sibuk untuk menceburi bidang politik, maka sudah tidak ada lagi ulamak yang boleh mendidik dan mengajar agama kepada kita?
Atau adakah kebanyakan dari kita ini sebenarnya mempunyai iman yang sungguh nipis dan rapuh? Bagaimanakah agaknya seseoang boleh mengaku dirinya penganut islam, jika sebenarnya mereka tidak mempunyai pengetahuan sekurang-kurangnya asas tentang islam? Apakah agaknya yang mendorong seseorang untuk percaya bahawa ada lagi nabi selepas kewafatan Rasulullah s.a.w?
Walaupun mungkin kita tidak tergolong dalam katagori orang yang telah tersongsang, tetapi ini bukan bererti saudara dan keluarga kita juga akan terselamat. Didikan agama tidak cukup hanya sekadar mengajar fardu ain, sebaliknya kekuatan tauhid kepada Allah dan Rasulnya perlu diberi keutamaan agar iman umat islam tidak mudah bergoncang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment