Wednesday, September 16, 2009

Buatlah Kebajikan Sebelum Menegur Orang Lain

Terharu bercampur bangga bila melihat kumpulan yang menggelarkan diri mereka G20 yang terdiri dari pemilik-pemilik motosikal berkuasa tinggi, mengadakan majlis berbuka puasa dan menyampaikan bantuan kepada golongan yang memerlukan. Ianya disiarkan oleh TV3 dalam rancangan Malaysia Hari Ini, pagi tadi.

Ada dua pengajaran yang AM dapat.

Pertamanya, kumpulan yang dianggotai oleh hanya 38 orang, boleh berkongsi wang ringgit untuk bukan sahaja menganjurkan majlis berbuka puasa yang agak besar, tetapi juga mampu untuk memberikan sumbangan kepada warga emas dan anak-anak yatim. Di Malaysia ini, bukan setakat 38, rasanya beratus ahli koprat dan syarikat besar yang lebih mampu, tetapi kita masih dapat melihat ramai lagi orang susah yang hidup melarat dan tidak mampu untuk meraikan hari raya seperti orang lain. Mengapa mereka (ahli koprat) tidak buat seperti kumpulan G20 tersebut lakukan? Memang tidak dapat dinafikan, ada syarikat yang melakukannya tetapi ianya tidak lebih dari untuk tujuan promosi. Yang nyata jika semua syarikat melakukan, tidak akan ada lagi orang miskin di Malaysia.

Keduanya, untuk melakukan kerja amal dan berbakti kepada orang miskin dan seterusnya mendapat keredaan Allah, sebenarnya bergantung terus dari hati kita. Ada diantara kita sentiasa menyalahkan orang lain dan sentiasa mengatakan orang lain tidak berbuat itu dan ini, sedangkan kita yang mampu, boleh juga menyumbang kepada sesuatu kebaikan tetapi kita tidak lakukan. Jika tidak mampu membantu satu kumpulan besar, kita mungkin boleh membantu satu atau dua orang yang kita kenali. Tidak perlu menunggu orang lain untuk melakukannya.

Sebenarnya untuk berbuat baik tidak semestinya berupa wang ringgit. Jika kita mampu mencegah seseorang dari berbuat kejahatan, maka itu adalah sebaik-baik perbuatan. Sekurang-kurangnya ianya lebih baik dari kita terus menyalahkan pihak lain, apatah lagi menghina, mencerca dan membuat fitnah.

7 comments:

alidyangon said...

Bro anak2merdeka

syukur...

berkat bulan Ramadhan

Teruskan usaha anda semua

AnakMerdeka said...

Thanks alidyangon kerana terus menjadi tetamu Anak2Merdeka.

Terima kasih juga kerana komen yang panjang lebar diposting kempen anti-Islam.

Selamat berpuasa, dan Selamat Hari Raya aidilfitri, maaf zahir dan batin.

alidyangon said...

Bro anak2merdeka

dah baca ke apa yang saya tulis tu?

Saya di KLIA sekarang, sedang menungu untuk boarding...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Maaf Zahir dan Batin

MH740 KL-YGN

Anonymous said...

Apa cerita politik kali ni? Lu dah bayar zakat ke belum? tu la lain kali jangan suka sound orang tak tentu pasal. gua dah follow lu dan baca komen brader ni, tapi gua ingat brade yang tulis panjang lebar kat blog lu ni lebih hebat dan lebih banyak pengalaman serta banyak ilmu dibanding dengan ramai penulis blog. Cuma dia suka melawak dan moderate komen sahaja. Dia hebat sebenarnya, tapi selalu merendah diri bila memberi komen di blog lain. lu pikey la sendiri.

AnakMerdeka said...

Aik Anonymous...AM sama sekali tak pernah merasa hebat, apatah lagi berkata diri AM hebat. Kalau ada yang beranggapan AM telah meninggi diri, maaf sahaja dipinta. Yang pasti AM cukup yakin dan percaya, AM tak pernah menghina dan mencerca individu tertentu seperti yang kebanyakan blogers lakukan.

Yang pertama bagi AM, blog adalah forum untuk sesiapa sahaja menyuarakan pendapat tanpa ada niat untuk menang (tak tahu lah kalau ada yang berniat begitu) Ini bukan pertandingan.

Yang kedua, sehebat manapun orang itu, dia mesti boleh menerima kritikan orang lain. Dan ingat orang yang hebat tidak akan mengatakan atau menunjuk-nunjuk akan kehebatan dirinya.

Sebenarnya sebelum ini pernah ada orang scann segala ijazah dia dan hantar ke email AM untuk membuktikan siapa dia sebenarnya. AM rasa itu semua tak perlu. Jika pendapat itu datang dari budak darjah enam sekalipun, jika dirasakan elok untuk ditauladani mengapa perlu kita tolak?

Bagi AM mudah sahaja, kita disini hanya untuk berkonsi pendapat dan bukan untuk memperkecil-kecilkan pendapat orang lain. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sepadan.

Anonymous said...

tak sama dgn aper yg ditulis 'Sanggup dikritik dan bersedia untuk mengkritik.' jgn gado xbek

AnakMerdeka said...

Yup betul, tapi malangnya ramai yang melenting bila pendapatnya disanggah.

AM ok je. No hal siapa nak berdebat dan berongsi pendapat. Adakah anonymous pernah terbaca tulisan AM yang marah bila ada orang kritik? Kalau ada, tolong copy and paste kat sini, mungkin AM tak perasan.

SAHABAT-SAHABAT AM