Dulu-dulu masa zaman persekolahan, selalu diadakan perlawanan bola antara kelas. Teringat masa itu kami jenuh memilih sebelas orang untuk mewakili kelas masing-masing kerana bukan semua pelajar boleh bermain bola. Kalau nasib baik dapatlah kami kumpulkan sebelas orang dan dua tiga orang pemain simpanan tetapi kalau nasib tak baik kami terpaksa 'beli' pemain dari kelas sebelah untuk cukupkan sebelas orang. Maka kesebelasan orang itu akan main sampai habis tanpa boleh ditukar kerana tak ada pemain simpanan. Menang atau kalah belakang kira, yang penting kami mesti menghantar satu pasukan untuk mewakili kelas masing-masing.
Dalam senario politik Selangor dan Malaysia amnya, sebenarnya hanya Barisan Nasional sahaja yang mempunyai calon yang ramai (kadang-kadang sampai tak tahu nak pilih) berbanding dengan PKR, DAP dan malahan PAS. Dulu-dulunya PAS hanya bertanding di kawasan-kawasan yang menjadi kubu kuat mereka atau kawasan yang mungkin ada harapan untuk mengurangkan majoriti BN. Tetapi mulai tahun 2004 dan seterusnya tahun 2008, mereka terpaksa mencari calon yang ramai untuk bertanding dikesemua kerusi parlimen dan DUN. Sebab itulah kita boleh nampak kadang kala mereka terpaksa tangkap muat. Ada antara ADUN Selangor terdiri dari postmen, tukang cat dan sebahagiannya dari ahli perniagaan dan pegawai kerajaan (yang makan gaji dengan kerajaan tetapi menentang kerajaan). Perlu diingat ulamak tidak semestinya boleh menjadi pemimpin kerana ulamak hanya pakar dalam bidang agama (itupun kalau tak sesat) tetapi mereka tidak arif dalam bidang ekonomi dan politik.
Badrul Hisham adalah antara contoh orang yang dianggap calon tangkap muat, kerana dia bukanlah seorang ahli politik atau mungkinpun ahli politik segera. Atas dasar rapat dengan orang-orang tertentu dan mungkin dia antara yang terbaik boleh diketengahkan, maka nama dia pun 'naik'. Oleh kerana pilihan raya 2008 yang dikatakan ramai orang, "letak kambingpun, kambing akan menang' maka Badrul Hisham yang sudah tentu lebih baik dari kambing, talah menang.
Sebenarnya 'kehilangan' Badrul sekurang-kurangnya boleh menggerakkan minda MB untuk berbuat sesuatu sebelum rakyat dapat menghidu kepincangan kerajaan yang mereka pilih. Ini lebih baik dari segelintir penyangak dan kongsi gelap yang cukup pandai berdrama dalam barisan pentadbiran negeri, konon merekalah pemimpin dan ahli politik tulin, tetapi habuk pun tarak. Memang senang mencerca dan mencari salah pemimpin BN tetapi hakikatnya bila kuasa sudah ada ditangan, mereka sebenarnya sedikitpun tidak boleh buat kerja.
Itulah sebenarnya perbezaan antara BN dan PR. Penyokong pembangkang boleh kata apa sahaja terhadap pemimpin BN. Memang betul, ada pemimpin BN yang hamlau, kaki kapur, haprak dan korapsi. Tetapi jangan lupa, BN boleh buang orang-orang yang haprak dan korapsi tadi dan bariskan berpuluh-puluh lagi pengganti mereka dengan orang yang boleh menjalankan tugas dengan amanah, berdisplin dan berintergriti.
Calon-calon parti pembangkang hanya gah pada nama sahaja. Itupun boleh dibilang dengan jari. Yang lainnya lebih hamlau dari pemimpin BN yang merka tuduh hamlau. Ini termasuklah orang yang bergelar Menteri Besar. Khalid Ibrahim adalah seorang businessmen. Mentadbir syarikat tidak boleh disamakan dengan mentadbir negeri. Dalam business tugas pentadbir ialah mencari keuntungan kepada syarikat sedangkan sebagai pentadbir negeri, MB terpaksa memikirkan kebajikan rakyat yang berbilang bangsa tanpa perlu memikirkan keuntungan. Dalam menjalankan tugas, dia terpaksa menjaga sensitiviti bangsa dan agama dari berbagai lapisan masyarakat. Sebab itu beliau terlalu gah semasa menjadi ahli koprat, tetapi tercungap-cungap walaupun baru setahun lebih mentadbir Selangor.
Badrul Hisham adalah satu contoh ketidak upayaan calon-calon parti pembangkang yang telah diberi mandat tetapi gagal menjalankan tanggung-jawab yang diamanahkan. Bagi rakyat yang sememangnya mengharapkan sesuatu dari pemimpin mereka, ketidak-upayaan Badrul menjalankan tanggung jawab sangatlah mengecewakan tetapi bagi segelintir lagi mereka mungkin beranggapan tidak mengapa pemimpin itu tidak buat kerja asalkan mereka puas menjatuhkan pemimpin BN terdahulu yang walaupun hamlau tetapi telah berjaya menjalankan tanggung-jawab yang diamanahkan.
1 comment:
Masyarakat Malaysia Atau Pengundi memilih parti bukan Calon Hamlau...
Saya Rasa Awk Perlu Belajar apa Itu Politik.
Post a Comment