Wednesday, September 23, 2009

Lima Minit Bersama Ketua AMK.

Petang tadi AM bersama dua tiga orang rakan duduk di warong mapley menikmati minum petang sambil bercerita kisah raya.

Tiba-tiba ada seseorang mencuit belakang AM. Bila toleh kebelakang seseorang yang AM kenalai 'dari jauh' dan tak pernah bersembang selama ini berada di belakang AM.

"Saya nak jumpa awak sekejap" katanya

"Sekarang ke?" tanya AM.

Lalu AM beredar dari meja tempat AM duduk dan beralih ke satu meja tidak berapa jauh dari situ.

AM kenal dia sebagai orang kuat PKR. Dulu masa AM aktif dalam PKR, AM tak tahupun dia di mana. Tapi AM pasi dia kenal nama AM dan siapa AM dan AM tahu dia ni orang penting juga dalam AMK.

"Ya, apa cerita?" tanya AM sebaik kami duduk. Sambil itu AM offer dia minum dan dia order milo ice.

"Awak kenal tak mana-mana kontraktor pembersihan yang telah dipecat oleh MPAJ?, sebab kawan saya mungkin akan dapat kontrak. Jadi tak sedaplah bila pecat orang UMNO tiba-tiba orang PKR pulak yang dapat. Lagipun kami tak ada peralatan. Jadi kalau boleh kami nak 'sub'kan kerja tu pada orang yang dah kena terminate" katanya berterus terang.

AM nak bertanya, tetapi dia terus bercakap.

"Sekarang ni kita nak tolong orang melayu, kita jangan fikir pasal parti. Dari kita bagi kontrak kepada bangsa asing, lebih baik kita bagi sesama kita. Saya sebenarnya dah muak dengan permainan politik DAP dan sesetengah ahli PKR yang yang ada kepentingan peribadi. Awak tahu tak YB Janice Lee telah mohon peruntukan kerajaan negeri bernilai RM3 juta untuk projek menambak kawasan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa tu. Dia tu gila. Peruntukan wakil rakyat hanya RM500,000 setahun. Mana dia nak dapat sampai RM3 juta untuk buat projek tu? (Sebenarnya dia tak faham apa itu peruntukan wakil rakyat dan apa itu peruntukan kerajaan negeri, tetapi yang nyata nadanya sudah cukup menggambarkan bahawa mereka tidak selesa bekerjasama dengan DAP)

"Kita orang dah dapat tahu masa Lee Kuan Yew datang Malaysia hari tu, dia ada jumpa Lim Guan Eng dalam toilet. Mesti ada sesuatu yang dia orang bincangkan. Awak tahu tak DAP itu asalnya dari PAP. bla bla bla... (lagaknya seolah-olah dia orang UMNO yang nak bagi kesedaran kepada orang PKR. AM tidak tanya dia, dari mana dapat maklumat Lee Kuan Yew jumpa Lim Guan Eng dalam toilet)

"Azmin Ali ngan Hassan Ali sebenarnya tidak puas hati dengan Menteri Besar. Sepatutnya dia dulu dilantik sebagi Timbalan Menteri Besar, tetapi orang DAP desak agar mereka diberi kerusi itu, sebab di Selangor ini kerusi DAP lebih banyak"

Itu adalah sebahagian apa yang dia ceritakan pada AM. AM tak tahu nak nilai dan tafsirkan cerita dia itu dari sudut mana.

Yang nyata mulanya dia cuma nak cari orang untuk sub kerja pembersihan yang akan diperolehinya. Tetapi mungkin kerana ada rasa tidak puas hati terhadap orang-orang tertentu dan tak tahu nak luahkan pada siapa, maka dengan tak sengaja dia telah menceritakannya kepada AM sedangkan itulah kali pertama kami berbual.

Sebenarnya apa yang AM dan rakan-rakan rasakan selama ini benar belaka. Selain sikap mereka yang sama sahaja dengan sesetengah orang UMNO yang mencari projek sebagai motif utama menyertai parti politik, ikatan mereka dalam Pakatan Rakyat, adalah amat rapuh ibarat telur di hujung tanduk, retak menanti belah.

Orang-orang PKR dan PAS mungkin ramai yang tidak sedar bahawa pemimpin mereka, walaupun tidak lebih teruk dari sesetengah pemimpin UMNO yang mereka gelarkan dengan berbagai gelaran, sebenarnya sama sahaja. Jangan lah terpekik terlolong mengatakan pemimpin UMNO mengejar projek, rasuah, mementingkan kroni dan sebagainya. Sedangkan itulah sebenarnya yang mereka amalkan. Mereka melalak kerana tidak dapat peluang. Sebaliknya jika peluang sudah didepan mata, mereka sambar juga.

Setidak-tidaknya semasa pemerintahan BN di Selangor, projek pembersihan sisa pepejal diberi kepada kontraktor Melayu, sedangkan sekarang, ianya telah terbuka kepada kontraktor bukan bumiputera. Jadi sekarang ini mereka terpaksa bersaing dengan kontraktor cina yabng sudah pasti mempunyai modal dan kemudahan yang jauh lebih baik dari yang dimiliki oleh kontraktor bumiputera.

Percayalah, jika keadaan ini berterusan lambat laun, kontraktor melayu akan terus lenyap di bumi Malaysia ini. Itulah sebenarnya yang orang-orang PKR dan PAS tidak ketahui. Sebelum orang UMNO merasai keperitan hidup dibawah pemerintahan PR, mereka sudah terlebih dahulu merasi bahangnya.

1 comment:

DPR said...

heh!..rakyat la ni bknya peduli..hat kaki pembangkang tegar ni yang kuat rasuk orang lain..depa jadi mcm speker pakatan komunis tak bertauliah..drebaq taxi paling berkesan..(ada jugak hat baikkk,jgn mrh noo)...tapi rata2 mcm tu la..ni semua taksub kpd Yang Maha Mulia Tidak Boleh Disentuh DSAI..walaupun pemerintahan 50thn BN ada membuat kerosakan tapi kerosakan selepas dia keluaq penjara lagi dasyat...heh...cam AM ckp..penyokong bangang asyik kena kencin...

SAHABAT-SAHABAT AM