Wednesday, September 2, 2009

Antara Lembu Dan Babi

Nampaknya isu lembu di Seksyen 23 sama hebatnya dengan isu ladang babi yang hendak dibuka secara besar-besaran oleh kerajaan Selangaro menjelang beberapa bulan pemerintahan kerajaan PR.

Isu babi begitu sensitif kepada orang melayu manakala isu lembu pula sensitif kepada orang India yang beragama hindu. Jika babi merupakan sesuatu yang dipandang kotor/haram oleh penganut islam, lembu pula merupakan simbol dewa/tuhan kepada penganut hindu.

Itu semua orang tahu.

Tetapi mengapakah kebelakangan ini nampaknya isu-isu sensitif suka sangat dipermainkan oleh golongan-golongan tertentu. Isu babi, selain dari pusat penternakan besar yang dicadangkan oleh kerjaan Selangor (tak tahu apa perkembangan sekarang) berlaku juga perbuatan nakal seperti menggantungkan daging lembu dipintu surau dan pantai.

Nampaknya ketika itu orang melayu agak positif. Mereka (kita) tahu bahawa bukan semua orang cina/india bersikap extrim seperti itu. Malah kebanyakan orang melayu sedar, bahawa kemungkinan perbuatan itu dilakukan oleh pihak lain yang berniat jahat untuk melihat pergeseran kaum berlaku antara orang melayu dan cina.

Sekarang ini kes pembinaan kuil. AM secara jujurnya tidak nampak dimanakah kewajarannya penentangan itu, walau dilakukan oleh sesiapa juga, membawa kepala lembu dan memijak-mijak kepala lembut tersebut? Adakah ingin membuat orang-orang india merasa marah dan bertindak balas? Atau adakah ini sebagai tanda membalas dendam dengan kes babi berkenaan?

Dan nampaknya (bagusnya) tidak ada tindak balas spontan dari orang india. Kerana mereka juga semakin positif dan faham bahawa bukan semua orang melayu yang extrim.

Walau apa juga alasannya, penentangan sepatutnya dilakukan terhadap pentadbiran MB Selangor dan ahli exco berkenaan yang lalai, tidak perhatin dan tidak berfikir panjang sebelum membuat keputusan dan bukannya dengan cara membuat penghinaan terhadap agama tertentu. Ini seperti juga kes pembukaan ladang babi dan juga isu arak yang berlaku baru-baru ini. Kerajaan negeri yang sepatutnya dipersalahkan.

Apapun AM cukup hairan dan lucu bila membaca dikebanyakan blog, rata-ratanya orang melayu sesama agama, berdebat dan saling tuduh menuduh antara satu sama lain, berkenaan isu-isu yang sepatutnya ditangani bersama. Dalam kes kepala lembu, satu puak menuduh puak ini menjadi dalang, dan puak yang dituduh pula menuduh puak yang satu lagi menjadi dalang. Nampaknya yang menjai penting adalah 'siapa dalangnya' dan bukannnya 'bagaimana menanganinya'. Tidak tahu pulak, puak manakah agaknya yang begitu sensitif dengan kepala lembu. Masa kes babi digantung di pagar surau, tidak ada pulak yang berdebat.

No comments:

SAHABAT-SAHABAT AM