Saturday, September 19, 2009

Kenapa Mesti Begitu?

1. Kenapa mesti terlalu laju jika perlahanpun kita akan sampai? - Jika mahu sampai lebih cepat, maka bertolaklah lebih cepat.

2. Mengapa perlu potong Q, sedangkan orang lain juga mahu cepat sampai?

3. Mengapa memotong di garisan berkembar, sedangkan masa ujian memandu kita diberitahu tidak boleh memotong di garisan berkembar?

4. Mengapa harus memandu dalam keadaan mengantuk sedangkan kita sepatutnya ada masa yang lama untuk tidur? - daripada terpaksa tidur untuk selama-lamanya?

5. Mengapa tidak pernah mengambil ikhtibar dari peristiwa ngeri yang selalu dipertontonkan kepada kita?

6. Mengapa harus membiarkan orang tersayang bersedih disebabkan kesalahan yang kita lakukan?

7 Mengapa membunuh orang lain, sedangkan sepatutnya kita seorang yang mati, kerana perbuatan kita sendiri?

2 comments:

hilbert said...

Salam Lebaran saudare, Selamat menyambut Aidilfitri Hari Raya Puasa...Maaf Zahir & Batin

DPR said...

selamat hari raya AM...memandu berhati2 di jalan raya ketika musim perayaan ni...


p/s:nak potong Q boleh...tapi time nak amik hidangan ketupat rendang yang terhidang ketika beraya..heh!

SAHABAT-SAHABAT AM