Monday, September 14, 2009

Kempen anti-Islam Oleh Puak Pelampau, Bagaimana Dengan Kita?


LONDON 13 Sept. - Pertempuran antara penunjuk perasaan anti-Islam dengan penduduk Islam di bandar-bandar di England sangat membimbangkan kerajaan Britain, malah seorang Menteri menyamakan kekacauan itu dengan konfrontasi yang dicetuskan oleh golongan fasis pada zaman 1930-an.

Menteri Komuniti, John Denham dalam wawancara semalam menuduh penunjuk perasaan anti-Islam itu sengaja mahu mencetuskan kekacauan.

"Taktik provokasi bagi membangkitkan tindak balas dengan harapan untuk mencetuskan keganasan lebih luas sudah lama digunakan oleh kumpulan pelampau berhaluan kanan," kata Denham yang dipetik oleh akhbar Guardian.

"Mereka bukanlah golongan yang menyokong perpaduan masyarakat," katanya.

Bunglawala menambah kata, Majlis Islam Britain yang merupakan penaung bagi semua pertubuhan Islam di negara ini sudah menyaksikan lonjakan insiden anti-Islam termasuk serangan untuk membakar masjid, sejak beberapa bulan lalu.

"Semua insiden itu adalah perkembangan yang amat membimbangkan," kata beliau semalam. - AP

Itu adalah antara petikan dari akhbar Utusan Malaysia yang AM copy n paste untuk jadi renungan bersama.

Sebenarnya sejak zaman berzaman, musuh-musuh Islam memang tidak ingin melihat Islam dan penganutnya maju dan bersatu padu. Mereka akan menggunakan bermacam cara untuk menjatuhkan imej dam moral penganut agama Islam.

Di Malaysia, orang Islam bertempur sesama Islam. Kita sesama kita asyik bertelagah hanya disebabkan berlainan fahaman politik. Sebahagian dari kita sanggup bersekongkol dengan bangsa lain untuk menjatuhkan (menjahanamkan) orang yang sebangsa dan seagama dengan kita. Malah orang-orang yang arif tentang ajaran Islam telah dengan terang-terangan mempermainkan hukum-hukum dan ayat-ayat suci Allah untuk menjatuhkan hukuman kepada saudara seagama mereka. Semuanya hanya disebabkan oleh fahaman politik sempit.

Semoga apa yang berlaku di luar negara, boleh mengubah cara kita berfikir untuk lebih bertolak ansur dan bersatu padu serta mengeratkan lagi tali persaudaraan sesama saudara seagama. Amin

10 comments:

The Story Teller said...
This comment has been removed by the author.
The Story Teller said...
This comment has been removed by the author.
The Story Teller said...
This comment has been removed by the author.
The Story Teller said...
This comment has been removed by the author.
The Story Teller said...
This comment has been removed by the author.
The Story Teller said...
This comment has been removed by the author.
The Story Teller said...
This comment has been removed by the author.
AnakMerdeka said...

Wahh..alidyangon anda memang hebat. Tetapi sebenarnya tidak perlu menulis panjang lebar sampai 7 'episod' hanya untuk menceritakan kehebatan alidyangon. Penat beb nak baca.

Apapun niat saya bukan untuk 'memperkecilkan' atau 'merendahkan' martabat alidyangon yang terlalu tinggi itu. AM cuma memberi respond kepada lawak sinis alidyangon tentang 1Malaysia. Jadi tak perlu rasanya beritahu siapa alidyangon dan apa status pendidikan alidyangon.

Rasanya dalam blog Mazidul itupun alidyangon boleh membidas semula kenyataan AM itu menggunakan ilmu dan kemahiran alidyangon.

Serupa juga bila AM mengkritik sesetengah pemimpin Islam yang walaupun tinggi ilmu agamanya, tetapi sentiasa meletakkan agama dan undang-undang Allah itu dibawah tapak kaki mereka.

Bila AM kritik mereka, AM bukan pertikai kedudukan, darjat dan ilmu agama mereka. AM kritik kerana mereka memperlecehkan agama. AM tahu mereka berkelulusan Al-Azhar dan menghafal banyak kitab-kitab karangan ulamak-ulamak terkenal.

Jadi jika alidyangon atau sesiapa sahaja yang rasa tulisan AM terlalu keras maka tak perlulah rasanya ulas dan memberi komen tulisan AM itu.

Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin

The Story Teller said...

Bro anak merdeka

No problem bro

letih lagi ni

baru tiba di kampung terus gi CC

Aku tak ambek hati pun

tapi tengok gaya tadi ada juga mereka mereka yang cuba membakar mercun antara kita

Apapun yang terjadi, kita tetap 'friends' okay

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Semuga Ceria sentiasa dan Selamat adanya

Nota: ko dah kahwin ke belum bro? rugi lambat kahwin tau... he he he he

Nota:
Surat merapu panjang lebar tu aku delete, malu la bro...
tulis kat ruang komen ni sebab aku tak dak email hang. he he

The Story Teller said...

Bro

Last sekali, nuka nak berbanga diri atau nak tunjuk hebat, sekadar nak berkongsi pengalaman.

Dah banyak ke negara orang, maka kita akan faham dan sedar serta sayangkan Malaysia.

He he he

Malu siut...

Ada orang kata aku berlagak walhal semua tu sementara dan pinjaman belaka...

Orait bro see you later

SAHABAT-SAHABAT AM