Wednesday, September 2, 2009

Sidang DUN’ pembangkang Perak lulus usul tangkap Speaker

IPOH 2 Sept. – ‘Sidang DUN’ pakatan pembangkang hari ini mempertikaikan pelantikan Datuk R. Ganesan sebagai Speaker Dewan pada 7 Mei lalu.

Mereka menganggap pelantikan Ganesan sebagai Speaker itu adalah haram.

Sehubungan itu, Sidang DUN itu meluluskan usul supaya Ganesan ditangkap dan dipenjara selama enam bulan.

Hukuman yang sama juga dijatuhkan kepada Timbalan Speaker DUN, Hee Yit Foong yang juga merupakan ADUN Bebas kawasan Jelapang. – Utusan.


Nah dengarnya memang gempak. Itulah yang dinamakan gila talak. Mereka keluarkan usul tidah sah, dalam persidanganan yang tidak sah, oleh orang yang tidak mempunyai jawatan yang tidak sah.

Tetapi tak mengapa, kita terbalikkan ayat AM itu menjadi begini. Persidangan tersebut adalah sah, mengikut perlembagaan dan dengan itu usul yang dikeluarkan adalah sah.

Lalu, siapakah yang akan melaksanakan undang-undang tersebut? Sivakumar nak arah siapa untuk tangkap Yit Foong dan R Ganesen? Adakah nanti kita akan lihat Nizar tukang bawa van, manakala Sivakumar dan Ngeh bawa gari, pergi rumah Ganesen dan Yit Foong? Lalu nak simpan mereka dimana? Dibilik air rumah Nizar? Atau dalam stor rumah Sivakumar?

3 comments:

jeanbara said...

Salam bro,
Selamat berpuasa.
Saya cadang nak masukkan link blog bro di 'depakata'. Tapi tak tau nak masuk nama apa; 'anak merdeka' atau 'anak2merdeka'? Yang mana bro selesa?


Salam sekali lagi.

AnakMerdeka said...

Thanks Jeanbara.

Untuk link sila guna anak2merdeka, tapi untuk nickname, bole guna Anak Merdeka (AM)

Wah terharu la bila diberi penghormatan macam ni..:), thanks again

Anonymous said...

Link mcm ni pun hampa nak bangakan...ada lagi jenis macam ni ketinggalan betul

SAHABAT-SAHABAT AM