Wednesday, September 30, 2009

PEKIDA, Tiga Line dan Sikap Mereka


AM menunggu seawal jam 8.00 malam untuk mengikuti rancangan 360 yang disiarkan oleh TV3 berkenaan kumpulan PEKIDA. Berbagai kupasan, tinjauan dan pendapat diutarakan oleh pelbagai pihak termasuk oleh Presiden PEKIDA sendiri.

OKlah AM boleh terima, bahawa memang ada kumpulan serpihan yang menjaja nama PEKIDA untuk membuat perkara-perkara yang menyalahi undang-undang. Mereka menggunakan nama Tiga Line, Double Seven dan macam-macam lagi.

Dalam setengah jam itu, AM dapat rasakan, semua pihak termasuk Presiden PEKIDA, pakar penyelidik jenayah, pasukan polis dan orang ramai, tahu dan maklum tentang ujudnya kumpulan-kumpulan ala kongsi gelap yang dianggotai oleh orang-orang melayu. Malangnya tidak ada satupun strategi dan cadangan khusus dinyatakan untuk menangani masalah yang ditimbulkan oleh budak-budak PEKIDA@Tiga Line yang berlagak seperti samseng. Kalau tak percaya, jika umur panjang, tunggu dua tiga tahun akan datang, perkara ini akan tetap berlaku.

Mengimbas kembali kenyataan Presiden PEKIDA bila ditanya oleh wartawan, motif dan matlamat sebenar penubuhan PEKIDA, beliau mengatakan antaranya, menyatupadukan orang melayu dan mengukuhkan ekonomi. Persoalannya, sejauh mana pertubuhan yang telah berdaftar sejak tahun 1982 itu berjaya melaksanakan apa yang mereka perjuangkan?

Sejauh manakah perpaduan orang melayu telah mencapai sasaran atas bantuan PEKIDA dan sejauh manakah ekonomi orang melayu berkembang dengan bantuan PEKIDA? Jawapannya hampir kepada 'nothing'. Kosong. Sampai sekarang pun orang Melayu semakin berpecah belah. Ekonomi orang melayu pun serupa juga seperti dulu. Hidup segan mati tak mahu.

PEKIDA tidak seperti NGOs lain yang jelas matlamatnya. Ada NGO yang memperjuangkan bumi hijau, ada NGO yang mempertahankan haiwan liar, ada yang memperjuangkan kaum wanita dan sebagainya, tetapi apa yang PEKIDA perjuangkan? Yang kita tahu, masalah perpaduan, samada perpaduan antara sesama bangsa melayu atau dengan bangsa-bangsa lain, dan usaha memperkasakan ekonomi orang melayupun dijalankan oleh pihak kerajaan dengan mengadakan peluang-peluang perniagaan dan memberi bantuan kewangan dan kursus. Yang tukang kutuk jika usaha kerajaan gagal memanglah ramai. Apa pula sumbangan PEKIDA?

Sekurang-kurangnya jika PEKIDA ada mengadakan perniagaan francais untuk membantu anak-anak muda memulakan perniagaan, seperti yang dilakukan oleh Otai Burger, Murtabak Pak Din dan dua tiga lagi perniagaan, boleh la juga kita puji. Kalau adapun yang AM nampak mungkin mereka menjual pelekat kereta dan pemegang kunci yang mempunyai logo PEKIDA, itupun hanya untuk group mereka sahaja. Lalu dengan bangga anak-anak muda menampal logo PEKIDA dikereta dan tayang keycain yang ada logo PEKIDA kehulu kehilir. Bangga.

Kita tidak mahu nanti, ada individu-individu tertentu menggunakan pertubuhan berdaftar sebagai lesen untuk mereka merealisasikan niat jahat mereka. Kita tidak mahu ada orang yang berniat serong, menjalankan aktiviti kongsi gelap dengan menggunakan nama pertubuhan seperti itu. Sejauh manakah PEKIDA boleh menjaga dan memerhati kegiatan ahli-ahli mereka yang berjumlah lebih 100 ribu itu? Memanglah mudah bagi mereka untuk menafikan bahawa yang melakukan perbuatan jenayah itu bukan ahli mereka atau mereka tidak merestui perbuatan jenayah. Cukupkah setakat itu?

Perpaduan boleh dididik bermula dari rumah, di sekolah dan oleh masyarakat sekeliling. Pokok pangkalnya sikap kita. Parti-parti politik juga berperanan untuk mendidik ahli-ahli mereka, jadi tak perlulah banyak sangat NGO jika matlamatnya hanya untuk menyatupadukan orang melayu. Apa yang AM nampak, diantara mereka memang lah bersatu padu. Dalam kenduri kendara mereka datang secara berkelompok seramai 20 hingga 30 orang. Hendak bersalaman antara mereka pun ambil masa dekat 30 minit. Tetapi adakah mereka juga mendekati masyarakat yang bukan menjadi ahli PEKIDA untuk menyemarakkan perpaduan yang mereka laungkan?

7 comments:

DPR said...

Paparan 360 adalah rentetan pembongkarang gejala tersasar segelintir ahli pekida yang telah ditelanjangkan beberapa akhbar dan majalah tempatan sebelum ni.bila hemah saya paparan tersebut memberi 2 impak..yang pertama Pekida akan terus busuk namanya dan terus dipandang negetif oleh masyarakat.Yang ke dua akan memberi masyarakat kefahaman dan memperbetulkan salah faham yang bermain di fikiran tentang pertubuhan ini..walaupun pada hakikatnya tidak sepatutnya berlaku sebarang pendedahan tapi kerana Pekida sudah terpalit busuk namanya akibat perjuangan tersasar terpaksa juga diketengahkan isu ini..Wassam.

Anonymous said...

siapa dengar rintihan mangsa? :)

AnakMerdeka said...

Bagi AM, biar pahit ditelan, tahan kan sahaja, kerana itu adalah ubat.

Jangan terlena dengan kemanisan kerana mungkin ianya racun pembunuh.

AM tahu pendedahan dan kritikan terhadap PEKIDA memberi kesan yang tak sedap didengar terutamanya oleh ahli-ahli PEKIDA sendiri.

Tetapi ketahuilah, di luar sana terlalu ramai orang yang mengaku sebagai Abang Long dan ayahnda, bertujuan untuk mengaut keuntungan sendiri. Siapa yang ambil peduli?

AM secara peribadi tidak pernah menentang PEKIDA, apatah lagi ianya merupakan NGO melayu. Cuma AM harap pentadbiran PEKIDA kena peka dengan keadaan sekeliling.

Jangan tunggu orang kritik baru nak cari penyelesaian (itupun kalau ada). Yang nyata nama PEKIDA telah rosak sejak sekian lama tanpa ada tindakan pencegahan dari pihak atasan PEKIDA.

DPR said...

ya AM,resmi ubat..ditelan pahit di luah penyakit...sama2 kita pertahankan Agama Bangsa & Tanahair.

anaklangkawi said...

Salam Am.
Ulasan yg menarik.
tetapi ada sedikit cacat cela sebenarnya ulasan 360 ni. pada cek yg kenai dua tiga kerat org pekida ni sebenarnya mereka ni bergerak dlm diam & ada antara mereka yg mempunyai pangkat & nama dlm dunia pekerjaan.
mungkkin ada sedikit nama busuk dek disbbkan ahli yg salah guna kuasa & nama.
tapi mcm UMNO jugakla takkan yg sikit dua tiga kerat tu nak salahkan semua.

p/s: pi siasat sapa owner Otai Burger. depa ni ahli pekida la cik Am...

chemuna88 said...

ahli yang songsang ramai ada di universiti tempatan dan politeknik. memalukan bangsa melayu dan rakyat malaysia dan agama islam..

berjuang untuk mendapatkan perempuan.. dimana Amal makruf Nahi Mungkar... bleh check di http://www.facebook.com/n/?%2Fprofile.php&v=feed&story_fbid=1191092585963&id=1487842843&mid=186e3d8G58aeae1bG93f31fG36

zainie81 said...

assalamualaikum........
bagi saya taksemua ahli2 pekida ni buruk perangainya...seperti setandan pisang...taksemua elok dimakan,mesti ada 4-5 biji yang tak elok untuk dimakan....jadi pertimbangkan dari akal fikiran yang dianugerahkan dari Allah s.w.t kepada kita yang mana baik dan yang mana buruk

SAHABAT-SAHABAT AM