Thursday, October 1, 2009

Jangan Guna Istilah 'abang' Sesuka Hati...

Dalam PEKIDA, ada gelaran 'Abang Long'. Tak tahulah kenapa mesti Abang Long dan bukannya abang ngah atau abang uda. Sedari kecil kita diajar berbahasa jika bercakap dengan orang yang lebih tua sedikit dari kita. Kena panggil abang. Kalau perempuan panggil kakak. Jika orang itu sebaya ayah kita, panggillah pakcik atau atuk. Dikalangan orang jawa, ada gelaran 'kang' dan 'wak'. Dan panggilan-panggilan itu telah diajar sejak turun termurun dan digunakan secara meluas samada oleh orang kampung, orang kebanyakan hinggalah orang-orang bandar dan berpelajaran tinggi/

Memang masa kecil-kecil dulu, ada brother yang pangkat abang, bila kita panggil dia dengan panggilan 'abang' dia akan cakap,

"bila aku kahwin dengan kakak kau?"

Tetapi kita tahu, orang yang cakap macam itu mungkin bergurau, walaupun memang ada yang tak suka dipanggil abang.

Tetapi rupa-rupanya panggilan 'abang' tidak dibenarkan digunakan sesuka hati. Tokoh bahasa Prof Emeritus Abdullah Hassan, semasa menjawab soalan selepas membentangkan kertas kerja bertajuk "Menilai Perancangan Bahasa Melayu Sehingga Kini" pada Persidangan Antarabangsa Bahasa Melayu Bahasa Dunia di Johor Bahru semalam berkata,

"Ini penggunaan bahasa yang biadab, kerana sengaja 'mengabang-abangkan, memakcik-makcikkan' atau 'mempakcik-pakcikkan' orang lain yang tidak dikenali.

Nampaknya kita semakin celaru (atau dicelarukan)oleh orang bijak pandai. AM tak berani nak mengatakan beliau silap, kerana beliau lebih arif tentang penggunaan bahasa.

Sudahlah selama ini kita dicelarukan oleh para alim ulamak yang menjatuhkan hukuman dan mengeluarkan fatwa mengikut sedap mulut mereka, sekarang ini pakar bahasa pula mengeluarkan kenyataan yang amat mengejutkan. Betul kah kita tidak boleh panggil orang yang kita tidak kenali dengan panggilan abang, kakak, pakcik atau makcik?

AM berharap ada orang yang mendengar ucapan Prof Emeritus Abdullah Hassan tersebut, dan minta penjelasan yang lebih detail dari beliau, agar kita tidak terus menjadi masyarakat yang bercelaru.

Kita sudah penat mendengar kenyataan demi kenyataan dan hukuman demi hukuman dari orang bijak pandai, sedangkan penjelasan yang diberikan hanya sekerat jalan. Jika tidak boleh, sila bertahu orang ramai kenapa dan apa yang dibolehkan? Adakah kita harus panggil orang dengan 'hoi'? Atau kena panggil dengan panggilan yang lebih skima, seperti 'saudara' dan 'saudari'? Bagi AM panggilan 'saudara' lagilah tidak boleh, kerana orang itu bukan saudara kita, jadi kenapa nak panggil saudara?

Pening..pening..

No comments:

SAHABAT-SAHABAT AM