Berbohong itu berdosa hukumnya. Budak kecil pun tahu. Ada pantun lama berkenaan bohong,
"Siakap, senohong, gelama, ikan duri. Bercakap bohong lama-lama jadi pencuri"
Ada orang cakap, berbohong ada yang dibenarkan, malah kita bisa meletakkan hukum berbohong sebagai 'sunat'. AM dah check dengan ramai ustaz dan cari di kitab-kitab, tidak pernah ada hadis atau ayat quran yang megatakan hukum berbohong selain dari berdosa. Berbohong 'dibenarkan' hanya jika untuk menyelamatkan nyawa atau harta benda orang, atau kerana jika kita tidak berbohong, sesuatu yang buruk akan berlaku. Apa pun hukumnya bukan juga sunat. Seperti juga, kita disuruh makan babi ketika darurat dan tiada lagi makanan yang boleh dijumpai selain daging babi. Kena makan juga daging babi itu, tetapi babi itu tetap haram hukumnya dan tidak boleh bertukar menjadi halal.
Ada orang berbohong kerana hendak menyelamatkan dirinya dan orang-orang tertentu. Ada orang berbohong untuk mendapatkan apa yang mereka hajati seperti kuasa dan pangkat. Ada orang berbohong untuk menjatuhkan orang lain. Itu lebih besar dosanya, kerana memfitnah.
Tetapi rupa-rupanya ada juga jenis orang yang suka berbohong, walaupun ketika dia tidak perlu berbuat begitu. AM pernah jumpa jumpa dengan orang jenis ini. Sikapnya suka berbohong, malah mungkin sudah jadi kebiasaan baginya, yang tidak menganggap apa yang dia perkatakan itu adalah bohong. Bila kita tanya dimana dia berada, dia akan kata dia berada disesuatu tempat sedangkan sebenarnya dia berada di tempat lain. Jika dia cakap benar, dia mana dia berada tidak ada apa-apa pun yang berlaku. Pelik tetapi itulah sikapnya.
Ada orang berbohong, kononnya dia mengenali individu tertentu dan boleh menghubungi VVIP secara direct tanpa perlu menghubungi PA atau pengawal peribadinya. Mungkin dia ingin kelihatan hebat. Tetapi sejauh manakah hebatnya jika jika diri sendiri pun serba kekurangan? Lainlah jika dengan mengenali VVIP, dia boleh membantu orang yang memerlukan untuk meminta bantuan atau setidak-tidaknya membantu dirinya sendiri agar lebih suksess.
Mengambil satu contoh dari pengalaman Mazidul dalam blognya, ada orang mengaku mendapat nombor telefon Mazidul, dari Mazidul sendiri beberapa tahun yang lalu, sedangkan ketika itu Mazidul belum lagi menggunakan nombor berkenaan. Rasanya jika dia cakap benar dengan mengatakan dari mana dia dapat nombor itu, atau setidak-tidaknya beritahu bahawa orang yang memberi nombor itu minta dirahsiakan identitinya, adalah lebih baik dari terpaksa menipu. Akhirnya malu sendiri.
Mungkin persepsi yang mengatakan ada 'bohong sunat' menyebabkan orang lebih suka berbohong dan seronok melakukannya.
No comments:
Post a Comment