Fitnah adalah perbuatan yang dikutuk oleh Allah. Semua orang Islam tahu bahawa fitnah itu lebih besar dosanya dari membunuh. Tetapi sejauh mana orang takut untuk menabur fitnah?
Kesan fitnah tersangat besar kepada masyarakat. Orang boleh bercerai-berai disebabkan fitnah. Malah orang boleh membunuh disebabkan fitnah. Orang boleh aib dan membunuh diri juga disebabkan fitnah. Dalam politik, jika fitnah 'berjaya dilakukan' kesannya orang yang menabur fitnah itu akan mendapat sokongan dari rakyat.
Kes terbaru yang dikatakan fitnah, telah ditabur oleh pihak PAS bahawa pengikutnya telah diserang oleh pemuda UMNO.
AM tidak hendak terpengaruh dengan emosi atau mempercayai laporan dari akhbar arus perdana. Malah AM lebih cenderung untuk mendapat maklumat dari akhbar Harakah.
Tetapi ada persoalan yang bersarang dalam fikiran AM jika benar PAS tidak membuat fitnah.
Pertamanya, mengapa gambar-gambar yang disiarkan tidak sama antara satu sama lain. Yang satu hanya berdarah di dahi sedangkan yang satu lagi bengkak di mata. Adakah yang cedera itu lebih dari satu orang?
Keduanya, kenapa ada seperti 'tebasan' di baju mangsa, sedangkan tidak ada sedikitpun calar dibadannya?
Ketiga, kenapa nama yang dinyatakan oleh pihak PAS bukanlah nama orang yang gambarnya dipaparkan dalam harakah, yang cedera parah itu? (sumber polis Negeri Sembilan)
Keempat kenapa tida laporan polis dibuat? (juga disahkan oleh polis Negeri Sembilan). Sekurang-kurangnya jika ada laporan polis, sedikit sebanyak orang ramai mungkin boleh percaya. Tetapi jika tiada laporan polis, sesiapa pun boleh cakap. Ambil gambar runtuhan rumah di kawasan gempa bumi di Padang, kemudian masuk dalam blog dan tuduh orang UMNO letupkan rumah pengikut PAS.
Kelima, kenapa Salihuddin Ayob tidak hadir ke balai polis walaupun disuruh berbuat demikian untuk diambil keterangannya terhadap dakwaannya itu? Sekurang-kurangnya inilah masanya dia hendak meyakinkan lagi pengundi atas pagar bahawa UMNO telah menggunakan kekasaran ala gangster terhadap pengikut PAS. Maka undilah PAS.
Apa yang AM nampak sekarang ialah, perbuatan fitnah itu dilakukan agar mendapat keuntungan segera, dengan mengharap pengundi percaya, dan memberi undi simpati kepada mereka. Setelah itu, jika mereka hendak didakwa atas tuduhan memfitnah sekalipun, kemenangan yang mereka cari sudahpun mereka perolehi. Dalam kes seperti ini (fitnah) kemenangan (jika berlaku) terhadap calon PAS tidak boleh ditarik balik.
Persoalannya sampai tahap itu sekalikah nekadnya mereka? Terlalu desperate sangatkah mereka hendak menang, sehingga mengenepikan soal hukum dan tidak sedikitpun takut dengan kemurkaan Allah? Itukah yang akan terus dilakukan oleh PAS jika ditakdirkan mereka boleh memerintah negara? Islamkah itu?
TERKINI:
Saya bertanggungjawab penuh dan dah jumpa polis - Salahudin Ayub
"Saya bertanggungjawab penuh dengan penyebaran gambar itu dan memang ia benar-benar berlaku bukan direka-reka," kata Salahudin kepada Harakahdaily.
Sehubungan itu, katanya, beliau bersama peguamnya, Mohamed Hanipa Maidin telah memberikan keterangan di bawah seksyen 112 (keterangan saksi) di Balai Polis IPD Port Dickson jam 6.45 petang tadi.
Buletin Utama TV3 jam 8 malam tadi telah menyiarkan berita kononnya waran tangkap telah dikeluarkan kepada Salahudin kerana tidak datang ke balai polis sebagaimana yang diminta.
AM rasa, mungkin rakaman sidang media Ketua Polis Negeri Sembilan itu dilakukan sebelum Salehuddin datang ke balai polis. Diharap siasatan terperinci dapat dilakukan agar tidak sesiapa boleh terlepas dari melakukan jenayah dan meletakkan undang-undang ditangan mereka tidak kiralah samada penyokong UMNO atau penyokong PAS. Tetapi itukah gambar orang yang disiarkan semalam yang kepalanya berdarah dan bajunya koyak?
No comments:
Post a Comment