Thursday, October 1, 2009

Buat Dosa, Suruh Orang Lain Tanggung? Banyak Cantik...

Sebenarnya ini isu lapuk. Dulu kita sering dengar orang kata,

"nak makanpun nak suruh orang suap dalam mulut engkau ke?"

Sekarang ini lebih hebat, kita buat salah atau buat dosa, tetapi kita mintak orang lain bertanggung jawab dan menanggung dosa yang kita lakukan itu. Samada kita sedar atau tidak, itulah amalan kita selama ini. Sentiasa menyalahkan pihak lain atas apa yang kita lakukan.

contoh 1.

"Kenapa awak pukul dia?" tanya cikgu kepada anak muridnya.

"sebab dia suka usha-usha girlfriend saya cikgu" kata si murid.

Sedari kecil kita memang jarang diajar untuk bersabar dan mengelakkan perselisihan faham kerana perkara-perkara kecil. Sebab itu sampai tuapun kita asyik bercakaran kerana isu remeh temeh.

Contoh 2.
"Mat, kenapa awak selalu datang lambat ke pejabat?" tanya seorang boss kepada pekerjanya.

"Ala boss sorry lah, bukan saya sengaja, tapi jalan jamm, pas tu bas lambat pulak sampai"

Mat salahkan jalan jam dan bas yang lambat sampai. Tetapi dia tak tanya kenapa dia keluar cepat agar boleh sampai cepat ke pejabat.

Contoh 3.

"Apa kurangnya saya bang, kenapa abang nak kahwin lagi, tidak cukupkah apa yang saya buat pada abang selama ini?" rayu si isteri bila dapat tahu suaminya nak kahwin lagi.

"Limah, awak tak ada cacat celanya, semua yang awak buat kat abang baik belaka, tetapi ini takdir Limah, kita kena terima kada dan kadar tuhan. Abang ditakdirkan berkahwin dua. Dosa tau kalau kita nafikan kada dan kadar tuhan. Limah suka ke kalau abang buat maksiat?" dahsyat si suami bersyarah depan isteri. Secara tidak langsung dia menyalahkan kada dan kadar tuhan.

Contoh 4.

Tadi AM terbaca blog Bro Mazidul bertajuk 'Diantara Arak dan Judi'. Bro Mazidul kata,

"...Kemudian, isu penjualan arak secara terbuka di Selangor menarik perhatian saya. Kini Selangor bukan lagi di bawah pemerintahan kerajaan terdahulu, fakta semua orang tahu. Justeru, mengapa penjualan arak masih tidak diharamkan? Mengapa terus diperdebatkan?"

Kemudian apa agaknya puak sebelah sana komen,

"if you are condemning the selangor's government for not stopping any trades that have to do with alcohol, just for the reason that selangor is ruled by the opposition, you have to think twice that malaysia in general is an islamic country, so it should actually start for the malaysian government in particular."

Masa belum dapat kuasa, mereka berteriak sana sini, nak ubah segala-galanya. Bila dah dapat kuasa, mereka salahkan pula kerajaan pusat. Jadi bila mereka nak mula buat kerja? Kalau tak mampu buat, janganlah salahkan pihak lain pulak. Bukankah kita diajar agar memulakan sesuatu dari peringkat bawah, dari dalam diri kemudian perbetulkan keluarga kita, dari kawasan persekitran barulah naik ke negeri dan seterusnya negara? Kenapa nak suruh kerajaan pusat mulakan?

Kita tahu arak dan judi itu haram, jadi kenapa kita ambil arak dan berjudi? Kemudian kita salahkan kerajaan kerana tidak hapuskan kedai judi. Serupa juga dengan amalan kita dengan tuhan. AM pernah sebut dulu, jika pun kita tinggal di Negra China, waimah di Israel sekalipun, amalan kita dengan Tuhan adalah antara kita denganNya, tak ada kena mengena dengan Presiden China atau Perdana Menteri Israel. Di Malaysia ini, segala-galanya dah tersedia malah kerajaan luar mengiktiraf kita sebagai negara Islam, tetapi kita tahu ada lagi puak-puak yang sentiasa mencari kesalahan pihak kerajaan. Ada sahaja yang tak kena...

Sebenarnya itu adalah sebahagian dari sikap kita. Kita tidak pernah mahu memulakan sesuatu dengan menyalahkan diri kita sendiri atau bertanggung jawab atas perbuatan kita sendiri.

Bila kita sakit perut, kita salahkan makcik jual nasi lemak basi. Bila kita demam kita salahkan nyamuk bawak penyakit, hinggalah bila kita accident, kita salahkan kerajaan sebab tak buat jalan yang lebih baik dan melaksanakan akta itu dan ini.

Jadi dimanakah tanggung jawab dan peranan kita? Hampir tiada langsung...

Bagaimana jika kita mulakan dengan memilih tempat makan yang lebih bersih atau memasak sendiri makanan di rumah, untuk mengelakkan memakan nasi basi? Atau kenapa kita tidak menjaga persekitaran rumah kita agar tiada nyamuk membiak dan menyebarkan wabak kepada kita? dan kenapa kita tidak berhati-hati di jalan raya agar tidak berlaku kemalangan?

Sampai bila kita harus menuding jari kepada orang atau pihak lain setiap kali berlaku sesuatu kepada kita dan persekitaran kita?

6 comments:

TheFugitive said...

salam.. blog yang bernas serta kupasan yang menarik. tapi ada sedikit kemuskilan la , adakah anda menyokong ISA ? Pakcik saya bekerja sebagai pegawai penjara di kem kemunting , kata beliau rata2 yang ditahan di kem kemunting kbykan dithan tanpa alasan yang kukuh . 4 - 5 tahun ditahan tanpa bicara . ISA digunakan untuk menahan Pengganas , persoalan nya adake pengganas di bumi malaysia yang aman ni ? Lagipun byk akta da ada untuk menyekat rakyat malaysia bersuara betul tak ?

ujang said...

ISA macam vaksin pencegahan..rawat dulu sebelum padah..dah jadi lagu palestin tak guna dah...mmg tak kena pada diri kita & sanak saudara kita tapi kalau tak buat salah ataupun kita buat salah tapi kita anggap benda tu tak salah pas tu kena tahan ISA..memang la kita akan marah sebab pemikiran kita tak selari dengan undang2...kejam la itu la ini la...macam kita sekarang ni takdak buat salah,sedap je g keje balik keja g pasaraya g main futsal g semayang g open house kawan walaupun tak dijemput..adakah kita nak biaq 2 3 orang buat kecoh pastu jaja kedaulatan negara kat luaq..us isreal bom kita,rakyat mampuih bangunan hancuq baru nak laksana hukum...itu jam kita nak pi mana pun payah...tolonglah,jangan salahkan undang2 negara..negara kita ialah rumah kita..jagalah rumah kita sebaik mungkin..gaduh sikit tu biasa..tapi jangan sampai khianati negara.

AnakMerdeka said...

Salam The Fugitive,

AM penyokong ISA.

Cuba tanya balik kepada pakcik Futitive tu, yang dia maksudkan 'rata-rata tahanan' di kemunting itu, berapa ramai sebenarnya? Sekali dengar bunyi macam ramai sangat. Kalau nak tahu sekarang ini tahanan ISA tak sampai pun 10 orang termasuklah yang ditahan di Kem Kemunting dan di Simpang Renggam Johor. Kalau tak silap AM di Kem Kemunting ada 4 orang je lagi tahanan yang belum bebas.

Macam mana mereka boleh katakan akta itu zalim jika tak sampai 10 orang yang ditahan dari 26 juta jumlah keseluruhan rakyat Malaysia ini?

Cuba renung baik-baik, mengapa yang kena tahan di bawah ISA tak sampai 10 orang, tetapi yang huru hara minta akta tersebut dihapuskan begitu ramai?

Sebenarnya mereka itu (penentang ISA) tahu, jenis kesalahan bagaimana yang boleh ditahan di bawah ISA. Mereka tahu, selagi ISA ada, mereka tidak boleh bertindak lebih dari apa yang mereka boleh lakukan sekarang. Rakyat yang tak tahu perkara sebenar, telah diperalatkan oleh mereka untuk sama-sama berdemostrasi untuk mendesak kerajaan menghapuskan ISA. Bila ISA tiada, mereka boleh bermaharajalela dengan sewenang-wenangnya.

Seperti kata bro Ujang, ISA adalah akta pencegahan. Banyak penjenayah boleh lepas bila dibicarakan dalam mahkamah sivil. Apa yang berlaku dalam filem hindustan yang biasa kita tonton kat tv, boleh juga berlaku di Malaysia. Penjenayah paling kejam dan merbahaya boleh terlepas dari hukuman hanya disebabkan 'kesilapann taknikal' yang kecil.

Lihatlah bagaimana Anwar Ibrahim boleh terlepas dari hukuman tuduhan liwatnya. Hakim yang bersidang menyatakan "ada asas untuk mengatakan bahawa perbutan tersebut dilakukan oleh tertuduh". Tetapi 'kesilapan taknikal' dalam pertuduhan, membuatkan mahkamah tidak boleh menjatuhkan hukuman terhadap Anwar Ibrahim.

'Kesilapan taknikal' boleh dengan mudah dilakukan dengan sengaja atau tidak sengaja.

Contoh yang paling mudah untuk kita faham ialah, jika kita ditangkap kerana memiliki dadah, tetapi jika beratnya tak sama semasa hari perbicaraan (mungkin kerana dadah tersebut 'dicuri' dari simpanan polis), pertuduhan ke atas kita mungkin dipinda atau dibuang begitu sahaja.

Satu lagi jika pihak pendakwa tidak boleh buktikan yang dadah itu adalah kepunyaan kita, kita juga boleh terlepas dengan mudah. (Tapi jangan cuba-cuba lakukan aa)

Banyak kes lain di Malaysia, samada kes bunuh, kes dadah dan sebagainya, tertuduh dilepaskan begitu sahaja, bukan kerana mahkamah tidak cekap atau hakim dirasuah tetapi sebenarnya disebabkan kesilapan taknikal seperti AM katakan tadi.

Bayangkan apa akan berlaku jika orang seperti Nordin Mat Top di tangkap di Malaysia (yang sepatutnya ditahan di bawah ISA) di dakwa di mahkamah sivil?.

Apakah tuduhan yang boleh kita kenakan terhadap dia? Merancang pengeboman? Adakah bukti yang mengatakan Nordin merancang pengeboman tersebut? Atau nak tuduh dia menyimpan bahan letupan? Ada kah bukti yang boleh menyabitkan dia sebagi tuan punya bahan letupan itu?

Jikapun ada bahan letupan dirampas, kemudian pada hari pendakwaan, pihak pendakwa gagal membuktikan yang Nordin sebagai tuan punya bom tersebut, silap-silap Nordin boleh lepas begitu sahaja tanpa dikenakan sebarang hukuman.

Sebab itu, ISA perlu dikekalkan agar kita boleh 'simpan' orang-orang yang merbahaya ini. Sekurang-kurangnya selagi dia masih berada dalam tahanan, aktiviti dia akan lumpuh buat seketika.

riDiCulOuS said...

nice entry :)

Anonymous said...

Undang-undang ciptaan manusia di agung - agungkan...tapi undang-undang Tuhan tiada usaha pun untuk ditegakkan......walhal wahai manusia kamu itu dijadikan dari setitik air yang kotor tetapi telah menjadi penentang yang begitu nyata terhadap Yang Mencipta Hukum. Dia Maha mengetahui apa yang terbaik buat makhluk ciptaanNya.....siapa kita utk mempertikai Hukum Allah swt?Jika berasa kuat sangat cuba tutup hidung dan mulut selama 10 minit..kuat tak kita...oksigen pun Tuhan bg free..eh! nak lawan hukum Tuhan....sedarlah dan insaflah kita...fakir dan jahilnya kita dengan Allah swt...jangan mengambil perangai Iblis yang angkuh dan sombong....

anakbulan said...

Kalu tak kena kat batang idung memang kita akan sokong ISA ni. Setakat mana pengetahuan Sedara AM kita tentang ISA ni. Pergi la sekali sekala menjenguk mangsa2 ISA, mungkin masa tu barulah kita sedar betapa kejamnya ISA. Kalau orang yang bawa dadah akan dibicarakan dan dikenakan hukuman berdasarkan kesalahan. Tetapi tahanan ISA hanya dikurung dan diseksa tanpa dibicarakan selama bertahun2. Kalau tak kerana pilihanraya mungkin terus merengkok selamanya.
cuba2 la jengok blog2 mangsa ISA, barulah tahu kepedihan dan kesengsaraan yang mereka alami
;contoh
http://lailagmi.blogspot.com

walaupun bukan saya yang disumbat, tetap bergenang air mata membacanya

SAHABAT-SAHABAT AM