Ada jenis manusia yang sangat pemaaf. Bila berlaku kemalangan yang tidak disengajakan, dia akan memaafkan orang dengan begitu mudah, dengan mengatakan apa yang berlaku adalah takdir tuhan dan mungkin ada hikmahnya.
Ada pula jenis manusia yang terlalu cepat melenting dan marah walaupun orang terlanggar bahunya semasa berjalan ditempat yang sesak. Lalu dia lantas melepaskan satu das tumbukan kepada orang yang melanggarnya.
PAS pula tergolong dalam katagori mana?
Selama ini mereka tidak pernah puas bersengketa dengan orang UMNO. Satu demi satu tuduhan dan cacian dilontarkan terhadap pemimpin dan ahli UMNO. Memang ada orang UMNO yang berang, tetapi nampaknya ia tidak cukup memuaskan hati pemimpin-pemimpin PAS. Mereka suka bertelagah, tetapi sahutan mereka tidak mendapat respon yang mereka kehendaki.
Seperti ada yang merasuk pemikiran pemimpin-pemimpin tertinggi PAS. Kini mereka bertelagah sesama mereka pula. Tidak pernah berlaku dalam mana-mana parti politik, sesebuah 'cabang' parti disiasat, seperti yang mereka lakukan terhadap PAS Selangor. Besar sangatkah kesalahan yang PAS Selangor lakukan sehingga seluruh PAS Selangor hendak disiasat?
Jika kerana disyaki menyokong perpaduan yang Presiden mereka sendiri usulkan, adakah besar sangat dosa menyokong perpaduan sesama bangsa dan agama itu? Tidakkah ianya lebih hina dari bersekongkol dengan golongan yang terang-terang menentang Islam dan menidakkan ketuanan melayu di bumi Malaysia ini?
Banyak blog-blog yang selama ini menghalakan meriam mereka kepada pemimpin dan penyokong UMNO, nampaknya telah mulai mengarahkan meriam sesama sendiri. Mereka saling bertelagah dan tuduh menuduh.
Apakah ini bahana sumpahan mereka terhadap UMNO yang diterbalikkan oleh Allah kepada mereka semula atau mungkinkah ada tangan-tangan ghaib yang sedang berusaha untuk melumpuhkan PAS sepenuhnya setelah usaha-usaha untuk melumpuhkan UMNO kelihatan terlalu sukar untuk dilaksanakan?
Pemimpin PAS harus segera sedar dari rasukan. Mereka harus sedar bahawa PAS merupakan parti orang melayu kedua terbesar selapas UMNO. PAS tempat berteduh bagi ramai orang melayu beragama islam.
Dari sudut politik AM memang hendak mendoakan agar PAS hancur, daripada kekal tetapi terus menerus memecah belahkan orang-orang melayu dan mempersendakan agama. Tetapi dari sudut yang lain, AM harap PAS dapat dipulihkan agar terus dapat menjadi payung kedua kepada orang melayu.
Bukan setakat pulih, tetapi mereka juga mesti berubah. Jangan terus menerus memecahbelahkan orang melayu dan mendoakan kecelakaan kepada saudara segama, hanya disebabkan perbezaan fahaman politik.
No comments:
Post a Comment