Saturday, October 31, 2009

Ong Tee Kiat Tidak Jumpa Pintu Keluar?

Pada kebiasaannya, orang yang baru dinaikkan pangkat, akan memuji dan menyokong segala perbuatan orang yang menaikan pangkatnya itu. Kalau boleh dia akan membuatkan teh untuk bosnya itu atau setidak-tidaknya membukakan pintu untuk bosnya.

Melucukan kerana ini tidak berlaku kepada Ong Tee Kiat. Orang baru yang dilantik menjadi timbalannya menggantikan timbalan lamanya, rupa-rupanya juga tidak boleh diharap.

Datuk Seri Liow Tiong Lai yang baru memegang jawatan Timbalan Presiden MCA telah menuntut agar Ong Tee Kiat menghormati keputusan EGM yang lalu. Secara tidak langsung Tiong Lai menuntut agar Tee Kiat mengotakan janjinya untuk meletakkan jawatan jika tewas dalam EGM walaupun dengan satu undi.

Nampaknya Tee Kiat terlalu marah dan mencabar timbalannya agar berterus terang jika mahu dia (Tee Kiat) meletakkan jawatan. "Berterus teranglah dan jangan berselindung disebalik semak", kata Tee Kiat.

Hebat juga Tiong Lai rupanya. Jika dia berterus terang meminta Ong Tee Kiat meletak jawatan, maka Tee Kiat akan letak jawatan. Rupa-rupanya suara majoriti perwakilan yang tidak mahukan dia lagi, tidak sehebat suara Tiong Lai. Atau adakah bermaksud jika Tiong Lai berterus terang, makan Tee Kiat akan melucutkan jawatan Timbalan Presiden dari Tiong Lai dan menukarkannya dengan orang lain?

Kalau benar dia ingin meletak jawatan, mengapa perlu menunggu Tiong Lai berterus terang? Letak sahaja jawatan, maka MCA akan ada orang lain yang mungkin lebih baik dari Tee Kiat untuk memimpinnya. Bukan dia seorang yang boleh memimpin MCA. Zaman orang tak tahu 'pintu keluar' sudah pun berakhir.

Jadi Tee Kiat, Lu fikirlah sendiri...

No comments:

SAHABAT-SAHABAT AM