Hari ini Harakah menyiarkan kenyataan bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin, agar pengundi memilih individu dan bukannya parti.
Mufti Perlis dilaporkan berkata,
"Lihat kualiti calon, bukan lihat jenama parti. Pilih calon yang baik pada nilaian agama dan berkemampuan pada nilaian politik.Jika sekadar berkemampuan sahaja, tapi tidak amanah, maka penyelewengan akan berlaku."
AM rasa, ramai orang UMNO pun bersetuju dengan bekas mufti itu. Jika pengundi Bagan Pinang rasa calon PAS ada nilaian agama yang baik dan berkemampuan pada nilaian politik, maka biarlah pengundi Bagan Pinang undi calon PAS.
Bekas mufti itu sudah pasti memberi nasihat secara umum, tanpa merujuk mana-mana parti politik, tetapi berlandaskan ilmu agama yang ada padanya.
Semua tahu, PAS bukan begitu sifatnya. Hari ini mungkin kerana bekas mufti itu ada menyebut 'baik pada nilaian agama', maka lantas mereka merasakan yang baik pada nilaian agama itu hanyalah PAS, dan mereka perasan kononnya bekas mufti itu memihak kepada PAS, maka mereka sokonglah bekas mufti itu.
Tetapi jika ditakdirkan orang yang sama (bekas mufti) menyebut 'jangan mempolitikkan agama' (dimana orang UMNO juga mungkin boleh mempolitikkan agama)maka PAS akan cepat terasa dan beranggapan bekas mufti itu mesti telah 'dibeli' oleh UMNO.
Lihat sahaja bagaimana mereka mercerca dan mencaci mufti Perak. Kita pun tak tahu siapa yang mufti Perak pangkah semasa pilihanraya. Tidakkah mungkin dia memangkah PAS? Tetapi undi adalah rahsia. Bila dia bersuara dan memberi nasihat atas kapasiti dia sebagai mufti, semua pihak haruslah terima. Mengapa PAS memilih bulu walaupun untuk menerima teguran?
Siapakah sebenarnya yang boleh menegur kesilapan PAS? Adakah pemimpin PAS merasakan kesalahan dan kejahilan itu hanyalah sifat UMNO sahaja dan tidak mungkin dilakukan oleh orang PAS?
Sebab itu pengikut mereka sering berkata, jika PAS membuat tuduhan itu adalah fakta, manakala jika UMNO membuat tuduhan, itu adalah persepsi sahaja.
3 comments:
Salam AM, terima kasih kerana melawat blog saya. Blog encik AM juga seronok dibaca. saya tidak pandai pasal politik kerana saya cuma seorang pemandu peribadi. blog encik juga cantik dan sedap mata memandang dan seronok dibaca dan menambah ilmu pengetahuan saya. Saya cuma pandai menulis tentang jalanraya kerana pejabat saya ialah kereta bos saya. Terima kasih.
adi, AM tidak layak untuk menerima pujian itu.
Kita semua sama sahaja. Pemandu atau yang dipandu itu juga adalah sama. Manusia. Malah kadang-kala kerja pemandu lebih mulia dari yang duduk dibelakang itu.
Apapun kita disini hanya untuk bertukar fikiran. Baguslah kalau idea kita digunapakai oleh orang lain, tetapi jika tidak, tak mengapa.
Bagi AM, AM rasa puas setelah meluahkan apa yang terbuku di dalam hati ke blog ini, walaupun tidak ada yang membacanya:)
hehe..salam adi driver..AM kita ni very humble orangnya..usahlah dipuji sangat...walaupun penulisanya dalam kategori bagus...heh!jgn marah aaa AM..
Post a Comment