Tuesday, October 20, 2009

Perkara Yang Baik, Apa Salahnya Sokong?

AM melihat parti-parti pembangkang di Malaysia, hanyalah berperanan untuk mencemuh dan 'down grad' pihak kerajaan. Apa yang kerajaan buat tidak pernah ada yang betul. Malah sejak 53 tahun kerjaan BN memerintah, rasanya tidak ada satupun dasar-dasar kerajaan, mendapat pujian dari parti pembangkang. Tidak seperti dinegara-negara maju yang lain, pihak pembangkang berperanan untuk sama-sama membantu kerajaan membangunkan negara dengan memberikan idea-idea bernas.

Setiap kali kerajaan membuat sesuatu yang pernah mereka war-warkan atau menuntut kerajaan untuk laksanakannya, puak-puak dari parti pembangkang akan berkata,

"lihatlah, kerajaan BN mengambil idea kita, kita yang cadangkan, tetapi BN yang laksanakan, sebenarnya kerajaan BN tidak mempunyai idea langsung"

Jika kerajaan tidak langsung menerima cadangan mereka, sudah pasti kerajaan akan dituduh zalim, kukubesi, firaun dan macam-mcam lagi.

Sepatutnya pihak pembangakang merasa bangga jika apa yang mereka cadangkan telah diterima oleh kerajaan dan bukannya memandang sinis perkara yang mereka sendiri inginkan.

Hakikatnya kerajaan BN dilihat banyak menerima idea pembangkang walaupun kadangkala ianya tidak memuaskan hati majoriti penyokong kerajaan sendiri. Tetapi sebagai sebuah kerajaan demokrasi, BN sanggup menerima apa-apa idea yang difikirkan baik untuk kepentingan rakyat, walaupun datangnya dari pihak pembangkang.

Salah satunya ialah penghapusan dasar pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris. AM secara peribadi tak nampakpun bagaimana dengan penghapusan dasar itu, Bahasa Melayu dapat dimartabatkan. Tetapi sebagai rakyat, kita kena akur dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan, walaupun tahu apa yang dibuat oleh kerajaan itu banyak dipengaruhi oleh desakan NGO dan parti pembangkang.

Yang terbaru ialah, megistiharkan 16hb Septembar sebagai cuti umum sempena memperingati hari penubuhan Malaysia yang juga dilihat oleh kebanyakan pihak, sebagai idea yang diilhamkan oleh parti pembangkang.

Sejauh manakah pihak pembangkang bersyukur setelah kerajaan melaksanakannya?

Mereka bukan sahaja tidak berterima kasih, malah menuduh kerajaan tidak mempunyai idea dan hanya 'mencuri' idea pihak pembangkang.

AM nak tanya, berapa banyak cadangan dan idea pihak pembangkang yang telah berjaya mereka laksanakan sendiri? Anggap sahaja idea cuti sempena memeringati hari penubuhan Malaysia, juga adalah idea pihak pembangkang, jadi apa masalahnya jika keajaan laksanakan? Mengapa mereka tidak gembira dengan idea yang mereka sendiri cadangkan? Kalau nak harap mereka sendiri laksanakan cadangan-cadangan itu, maka cadangan akan hanya tinggal cadangan.

Lihat sahaja 'cadangan' PAS untuk menjadikan negara Malaysia sebagai negara Islam sepenuhnya (dan tidak mengiktiraf Malaysia sekarang sebagai negara Islam) sampai mana kesudahanannya? Baru kena tekan dengan Karpal Singh, meraka sudah takut dan lupa dengan cadangan mereka sendiri. Sekarang PAS tak sebutpun nak tegakkan negara Islam seperti mana mereka laung-laungkan sedikit masa dahulu.

Kesimpulannya, yang mampu untuk melaksanakan dasar-dasar yang baik hanyalah kerajaan Barisan Nasional dan UMNO. Janganlah mendabik dada dan menyombong diri jika idea yang kita ilhamkan telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan, sebaliknya bersyukurlah kerana apa yang mereka inginkan telah dimakbulkan oleh kerajaan, dan sama-samalah kita menyokongnya. Lainlah jika laungan mereka selama ini hanya raktorik, yang mereka sendiri tahu bahawa mereka tidak mungkin dapat laksanakan jika ditakdirkan dapat mentadbir negara ini.

2 comments:

miss BazLa' said...

salam, hmm no comment... mungkin dua2 boleh upgrade perhubungan kot..

isinya ada dari artikel ini
http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2000

terima kasih
salam

ujang said...

sbb itu la DPR lari dari pas/keADILan (1999) masuk UMNO dulu,kini&selamanya...orang pas nak keluar segan ke Tok Guru sebab dah cop UMNO parti kapir..macamana?

SAHABAT-SAHABAT AM