Friday, October 16, 2009

Elok Juga Jadi Cerewet

AM sempat meluangkan masa kira-kira dua jam di PWTC, untuk meninjau dan membeli 'barang murah' yang ditawarkan pada setiap kali adanya persidangan UMNO.

Niat dihati untuk membeli kemeja yang tertulis '1'. Ada dua tiga kedai yang menjual baju tersebut, tetapi bila diberitahu harganya RM200 sehelai, AM hanya mampu menelan air liur dan membatalkan niat untuk membeli baju satu Malaysia. Bajan biasa dengan kualiti yang hampir sama, boleh didapati dengan harga RM60 hingga RM70, tetapi kerana ada nombor '1' dijahit dibaju, harganya menjadi RM200.

Lalu terjumpa gerai menjual lencana no '1'. Tiga lencana berharga RM10. Jadi AM pun beli. Boleh guna disetiap baju yang AM pakai.

Jalan lagi, terjumpa gerai menjual ketupat palas. Sebiji 50 sen. Ok la, tak la mahal. Ada juga jual serunding di gerai yang sama. Yang siap dibungkus berharga antara RM15 hingga RM17. Ada seorang pakcik bertanyakan harga serunding yang diletak didalam bekas besar. Sekilogram berharga RM60. Yang siap dibungkus berharga RM15, mungkin beratnya 250gram. Pakcik terebut meminta penjual menimbangkan serunding daging seberat 250gram. Penjual itu terus berkata,

"pakcik ambillah yang siap bungkus ini, sama sahaja RM15, 250 gram"

Pakcik itu nampak cerewet dan meminta penjual timbang yang baru dari bekas besar itu. Sebab dia kata, nampak 'cantik'.

Tauke gerai itu, terus mengarahkan pekerjanya agar menimbang serunding yang diminta oleh pakcik berkenaan",

"timbang sahaja lah, customer always right" katanya dengan nada sinis.

Kerana takut kena perli, AM tidak suruh dia timbang serunding baru, sebaliknya beli sahaja serunding yang siap dibungkus. RM15.

Bila sampai di rumah, AM dapati serunding tersebut dalam keadaan hancur. Walaupun masih boleh dimakan (dan sedap) tetapi tidaklah seperti yang diletakkan dalam bekas besar itu yang nampak berurai-urai. Patutlah pakcik itu beria minta yang itu, dan bukannya yang telah siap dibungkus.

Dalam hati AM kata,

"elok juga kalau aku jadi cerewet macam pakcik tadi, suruh sahaja dia timbang yang baru, mesti puas hati"

No comments:

SAHABAT-SAHABAT AM