Thursday, October 29, 2009

Berapa Ramai Lagi?

Berapa ramai lagikah orang seperti Datuk Abdul Hanan Alang Endut, yang masih berkeliaran di Malaysia ini? Sepuluh orang? Seratus? Atau seratus ribu orang?

Jika dulu kerajaan dituduh membuat pendakwaan terpilih, hanya ikan bilis sahaja yang kena, tetapi sejak pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini zaman Datuk Seri Najib Tun Razak, kita telah dibuktikan yang ikan jaws juga tidak boleh terlepas lari. Tak kisahlah jika mereka hanya dapat dikesan selepas bergelar 'bekas'. Mungkin semasa masih bertugas, mereka pandai 'makan dan pandai simpan'

Yang nyata, orang-orang jenis ini bukan orang yang dikehendaki dalam pentadbiran kerajaan, apatah lagi diajar untuk berbuat kerja kotor itu. Malangnya badut-badut inilah yang akhirnya akan mencemarkan nama baik kerajaan.

Semua pihak harus sama-sama berganding bahu, untuk menghapuskan gajala rasuah dalam pentadbiran kerajaan. Tak kisahlah jika mereka yang tertangkap akan akhirnya beramai-ramai menyertai parti pembangkang dan seterusnya terpekik terlolong menuduh kerajaan rasuah, korapsi dan sebagainya. Kerana itulah budaya hidup mereka.

Diharapkan selepas ini, orang-orang yang meluluskan pembelian petrol sehingga RM300 seleter dan juga jurutera yang membuat pemeriksaan dan meluluskan pembinaan jambatan gantung di Kampar itu, juga akan diheret ke mahkamah dalam masa terdekat.

15 comments:

ujang said...

setuju-setuju...

Anonymous said...

Agreed...

Tunjukkan yang kerajaan serius dalam menagani gejala rasuah dan peranginya habis-habisan....

Pada pihak PR diminta agar membuat polisi yang sama... jangan sentiasa menafikan atau menyangkal sebarang pertuduhan tanpa membuat sebarang usul periksa.... Hanya orang yang menganggap dirinya "maksum" sahaja yang berbuat demikian...

Geng_kepala_lembu said...

Yang sekor dua tu ja la dok jadi kambing hitam awat tak dakwa pemimpin umno yang terbukti diakui rasuah oleh badan disiplin umno sendiri macam Mat Isa samad, Mat Kahiry Jamaluddin, Mat Ali Rostam dan banyak lagi.....pemimpin Mca Ong theee Keat sendiri seperti di dakwa oleh ahli parlimen bintulu dan yang jelas salah guna kuasa Muhyidin sendiri terang-terang guna Heli Nuri milik kerajaan untuk rasim musyuarat cawangan umno.....atau Khair toyo terang-terang buat istana berpuluh juta melebihi pendapatan sebagai MB...awat tak tangkap yang ni.....? sakat nak mengaburi mata rakyat malaysia tangkap 2-3 kerat kaki tangan kerajaan bawahan, tah payah la.....Kes PKFZ yang rugi berbilion2 takkan tak dak sapa-sapa yang salah kot....?
Kes Audit yang lepas juga senyap macam tu gak...contoh kes claim beli Crew Driver yang sampai beribu2 tu senyapja ka.....? la baru kalaut nak siasat kes audit yang baru ni yang lepas dah awai2 tutup buku.....kes Video linggam pun dah tutup buku.... berapa banyak menbazirq wang rakyat tubuhkan suruhanjaya di raja tapi habuk pun tarak......
kalau dok macam ni ja pi mai pi mai...aku rasa sampai bilapun takkan selesai....

al-fakir said...

Rasuah hai rasuah....sampai bila ko nk hilang....banteras jgn tak banteras...duit oh duit di mana aku nk cari engkau?mcnmana nk cari aku....terimalah pemberian orang..rezeki jgn ditolak....cepat sikit kaya dan lambat sikit boleh mampus...duit banyak....semua ubat dan rawatan boleh beli...keranda emas mcm michele jakson blh buat...kubur macam banglo istana boleh dibuat..utk keselamatan diakhirat......

http//catatanhamba.blogspot.com

Geng_kepala_lembu said...

Al-fakir...rasuah tak hilang la selagi pemimpin pun dok lagu tu....Dapat duit banyak pun tak kemana jugak bukan boleh bawak pi dalam kuboq....Lain la kalau dalam kuboq bulih rasuah malikat supaya tak kena tibai.....Yang penting nya amalan jugak la...pasai dengan amalan nanti boleh tolong kita di akhirat nanti.....hidup di dunia pun paling lamapun 60-70 tahun lebih ja majority, tapi akhirat kekal abadi...kesimpulanya tak kemana jugak harta dunia......

AnakMerdeka said...

Pendapat GKL yang kedua (1:30)AM setuju iaitu duit yang banyak tidak akan boleh lepas seksa kubur. Lainlah kalau ahli PAS, yang masuk syurga secara automatik (mungkin tak perlu soalan kubur).

Tapi nak beritahu GKL, pendakwaan dan tuduhan adalah dua perkara yang berbeza, walaupun bunyinya lebih kurang sama.

Pendakwaan perlu disertakan dengan bukti dan dilakukan di mahkamah.

Tetapi tuduhan hanyalah seperti angin yang keluar dari lubang belakang GKL. Tanpa bersyarat, tanpa tunggu masa.

Anonymous said...

AM,

1.Ko nafikan apa yang GKL tu tulis.Ko memang kepala menyokong membuta tuli.Orang macam ko ni lah yang jadi tukang cover line kawan-kawan ko buat rasuah,menipu sana sini..tapi bila bab orang lain bukan main lagi nak tunjuk yang ko ni benci sangat rasuah,menipu sana-sini, salah guna kuasa dan lain-lain.

2.Ko pun sama bangsat dengan GKL dan golongan2x PKR tu..lagi ko cuba putar belit orang terutama yang ada pengalaman dalam sistem kerajaan dan pemerintahan politik di malaysia ni..memperlihatkan kebodohan ko yang cuba nak tutup masalah lain bawah karpet.lepas tua kuarkan isu lain yang nak tunjuk bahawa kerajaan benar-benar serius.

3.AM..kalo ko jujur dan bersih ko bongkar lah isu yang GKL tulis tu. Ong tee keat yang dalam kerajaan melalak pun semua orang UMNo buat bodoh jee..haaaa..haa sama lah dengan ko.

4.Kepala hotak pandai macam anjing memanglah guna istilah 'tak ada bukti jadi tak salah lah'.Memanglah tak ada bukti sebab orang yang pandai songlap pandailah cover line..bodoh punya AM.

5.Isu-isu rasuah lain tu memang wujud tapi bukti tak ada coz dah kena sorok.Bukti-bukti serta saksi lain semua dahkenyang,mana boleh buka mulut.Fail-fail serta dokumen memang tak boleh bukti diorang salah sebab diaorang guna proksi,orang perantaraan dan orang yang berkuasa lain pun tolong-tolong cover.

6.Aku AM bila bab rasuah,salah guna kuasa, menipu sana sini yang ko tulis menyebabkan lagi aku sakit hati coz ko cuba pusing kenyataan dan realiti sebenar semata-mata nak tunjuk yang puak ko baik..puak lain jahat..nak tunjuk baik cari orang lain yang diluar politik (kakitangan kerajaan) jadi kambing hitam.

7.Hati ko AM busuk penuh dengan strategi putar alam.Ko tak pernah pun nak lantang berjuang isu-isu besar yang telah disorok (sebab tak ada bukti) walhal itu adalah realiti sebenar yang sepatutnya ko guna mata hati yang lebih tajam dari mata kasar.Mata kasar memang tak nampak bukti tapi mata hati yang tajam sahaja boleh kenal pasti sesuatu itu salah guna kuasa ke,rasuah ke, menipu ke atau apa-apalah.

8.AM aku nak ko berjuang berkenaan isu ni jangan guna mata kasar, guna mata hati terutama isu-siu PKFZ,Isu X-MB Selangor, Isu-Isu pemimpin melalui politik wang dan banyak lagi.Ko jangan jadi anjing menyalak tempat lain, kawan-kawan dalam politik ko tutup dengan pungkuk ko...apa-apa yang orang bangkitkan ko bagi alasan 'tak ada bukti ma'.hakim tak kata salah ma, fail-fail/dokumen bukti tak ada tunjuk salah ma..

8.Semua tu menipu je..aku pun pandai buat lah AM kalo nak buat..silap-silap ko pun ada buat AM..tapi semua proksi ko yang buat..kalo kena bukan ko tapi proksi..itu pun kalo orang nak dengki lah buat aduan...kalo orang tak buat aduan sampai mati pun tak ada siapa tahu..

9.Sekarang orang buat aduan pun orang boleh tepis lagi tambah orang yang ada kuasa politik macam puak-puak ko termasuk lah juak-juak PKR...sama je 2x5..

10.AM..aku suka ko ketengahkan isu rasuah,salah guna kuasa,menipu sana sini spt yang pernah ko komen dalam blog nora reform.Yang paling aku tak suka dengan ko sikap suka ketengah isu tu pastu tutup isu besar lain (sorok bawah karpet).Siap boleh nafi lagi sikap sebenar ko tu..kali ni aku tengok blog ko tak ada pun ketengah isu PKFZ,Isu bekas MB selangor,isu politik wang dan lain-lain..AM kalo nak seribu daya..kalo nak coverline tu memang ko tak akan ketengahkan coz nak jaga hati..tak boleh lantang nanti tak boleh cari makan...haaa...haaa..itulah perangai puak-puak UMNO yang menyokong membuta tuli..

wasalam..t.kasih..

'anon tanpa nama'-ikhtiar seagi bernyawa

al-fakir said...

AM cakap: Lainlah kalau ahli PAS, yang masuk syurga secara automatik (mungkin tak perlu soalan kubur)...

saya tgk AM yg cakap...benda yg sama aje psal PAS...tiada siapa jamin org tu boleh msk syurga..amal kita yg byk pn tak jamin...itu hakmilik mutlak Allah swt....namun kita berusahalah untuk beramal dengan amalan2 ahli syurga....dan jgn seKALI-KALI BERAMAL DGN AMALAN2 AHLI NERAKA...
apa dia amalan2 ahli syurga dan apa dia amalan ahli neraka...
sila list dan tampal kt dinding then renung tiap-tiap hari waktu terjaga dari tidur dan sebelum p kerja......
Firman Allah dalam surah Al-Mu’minun (1-11) yang bermaksud:

1. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,
2. (iaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam solatnya,
3. Dan orang-orang yang menjauhkan diri daripada (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna (sia-sia),
4. dan orang-orang yang menunaikan zakat,
5. dan orang-orang yang memelihara kemaluannya,
6. kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki ; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela.
7. Barang siapa mencari yang di sebalik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.
8. Dan orang-orang yang memelihara amanah (yang dipikulnya) dan janjinya,
9. dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya.
10. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi,
11. (iaitu) yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.
-Benarlah kata-kata Allah-


http://catatanhamba.blogspot.com

AnakMerdeka said...

Anon 5:10,

Terima kasih kerana komen panjang lebar tu.

Kadang-kadang kalau kita datang ke warong, rakan-rakan kita sedang bersembang, kemudian kita menyampuk, rakan-rakan kita mesti ada yang berkata,

"hello brother, beri salam dulu sebelum menyampuk"

Ertinya, kita kena dengar cerita mereka dari awal, apa isunya, dan apa yang diperkatakan, sebelum kita masuk campur.

Kalau anon baca tulisan-tulisan AM sebelum ini, AM dah kutuk Ong Tee Kiat kaw-kaw. Kalau tak salah ada dua posting khas untuk AM kutuk Ong Tee Kiat dalam blog anak2merdeka ini.

Dalan blog nora75reform, AM turut sama-sama penyokong PKR, bantai rasuah dalam DBKL.

Cuma bezanya sebelum AM tulis/tuduh, AM dapatkan fakta dan bukti terlebih dahulu. Bukan takut kena saman, tetapi takut dengan dosa kalau memfitnah.

Tanyalah kepada diri kita, dalam berpuluh-puluh tuduhan kita terhadap orang atau pihak tertentu, berapakah yang kita ada bukit atau lihat depan mata kita sendiri?

AM juga pernah tulis, semasa AM menjadi ahli PKR, AM antara orang yang kuat kutuk dan hina Tun Dr Mahathir. AM kutuk Tun sebab pemimpin PKR dan PAS kutuk Tun. Sebagai pengikut fanatik, AM pun turut sama kutuk dan hina Tun.

Akhirnya bila sedar segala kesilapan, AM ambil masa 5 tahun untuk menjejaki Tun, untuk bersalam dan cium tangan dia, untuk meminta maaf.

Berapa ramai antara kita yang bernasib baik dapat berjumpa direct dengan orang yang pernah kita keji dan cerca untuk meminta maaf?

AnakMerdeka said...

al-Fakir,

Kenyataan yang mengatakan kenyataan yang mengatakan sokong PAS masuk syurga, dan sokong UMNO masuk neraka, dikeluarkan oleh siapa? Bukankah oleh pemimpin-pemimpin PAS?

AM sebut perkara itu banyak kali supaya penyokong-penyokong PAS dapat mengingati apa yang tok guru PAS katakan, dan berfikir secara waras wajarkah kita terus menyokongnya (jika rasakan kenyataan itu tak betul dan merosakkan akidah)

Alangkah baiknya kalau kenyataan al-fakir (...tiada siapa jamin org tu boleh msk syurga..amal kita yg byk pn tak jamin...itu hakmilik mutlak Allah swt) boleh dibaca oleh Nik Aziz dan orang-orang PAS yang fanatik dengan tok guru itu.

al-fakir said...

AM kata:Kenyataan yang mengatakan kenyataan yang mengatakan sokong PAS masuk syurga, dan sokong UMNO masuk neraka, dikeluarkan oleh siapa? Bukankah oleh pemimpin-pemimpin PAS?

Pemimpin ke atau penyokong yg fanatik lagi jahil? sila cek....dan siasat

AM berkata:
Akhirnya bila sedar segala kesilapan, AM ambil masa 5 tahun untuk menjejaki Tun, untuk bersalam dan cium tangan dia, untuk meminta maaf.

Berapa ramai antara kita yang bernasib baik dapat berjumpa direct dengan orang yang pernah kita keji dan cerca untuk meminta maaf?

saya berceloteh..sila dirimu MENJEJAKI pula tok guru nik aziz dan turuti perjalanan hidupnya selama seminggu....pasti dirimu akan mengeluarkan air mata dan juga mencium tangan beliau..saya PASTI...jika benar kamu mencari KEBENARAN....TAPI BILA DIRIMU DUK ASYIK DGR DR JAUH TTG BELIAU..MAKA TIADA APA YG KAMU DAPAT MELAINKAN SEMUANYA NEGATIF....

http://catatanhamba.blogspot.com

Anonymous said...

AM,

1.Yang ko bantai ong tee keat tu tak ada faedah.Patutnya ko lantang apa yang berlaku disebalik isu PKFZ tu.Yang terselindung dan tersirat dalam kes PKFZ.Patutnya kita berterima kasih dengan ong tee keat kerana beliau berani lontarkan isu yang besar 'yang telah disorokkan' kepada umum.Kalo tak ada ong tee keat dengan syarikat audit tu..nescaya rakyat tak tahu pun kes tu..lepas tu puak-puak ko tu seronok joli kaya raya atas kerja 'spin' yang mereka lakukan..yang dikambing hitamkan ialah LPK yang melibatkan agensi kerajaan..sebenarnya ada undang lebih besar disebalik batu.

2.Kalo AM kata bantai ong tee keat kaw..kaw..aku tak payah baca coz ko silap am..patutnya ko bantai disebalik siapa yang plan buat PKFZ,Siapa yang bagi loan,siapa yang buat syarikat dan buat PKFZ tu..dan siapa tanga-tangan ajaibnya..

3.Tak ada bukti??carilah guna mata hati..yang ko bantai ong tee keat tu kerja bodoh sampai dia pun nak kena singkir dari jawatan politik..sebabnya selagi dia dalam politik selagi tu dia akan tunjuk rajin bongkar isu PKFZ.Bila banyak sangat isu PKFZ maka susahlah puak-puak ko AM..yang dah makan kenyang..haaa..haaa..

4.Ada berani ke? Kalo ko kata ini semua fitnah..memang perangai ko sindrom nafi jelah..nak cover line..AM budaya yang ko kata ni aku nak ko nilai guna mata hati yang tajam dan masuk kebenak jiwa ko.

5.Aku bagi contoh..Jika syarikat yang ada kepentingan dalam puak-puak UMNO yang bina PKFZ pastu rembat duit kerajaan atas masalah kos besar PKFZ yang menelan duit rakyat..apa? orang biasa tak boleh rembat juga ke?kakitangan kerajaan tak boleh join sekali ke?Tak boleh salah guna kuasa ke?

6.Senang cerita semua sama je AM..jadi dalam bab rasuah,salah guna kuasa dan Menipu sana sini ni semua kerja korang,semua kerja kita, baik PKR baik UMNO baik BN baik PAS..semua bangsat menipu rakyat..Kalo kita boleh bongkar Isu DSAI masa dia dalam UMNo betapa kayanya dia..apa salah kita bongkar yang lain juga tanpa kira puak mana..

7.Jika begitu barulah aku angkat ko pejuang sejati tanpa mengira bulu,tanpa berselindung,tanpa menyorok kepentingan bawah karpet..samada fitnah,tiada bukti atau apa jua persoalan lain jangan dihirau kerana asas perjuangan yang mengunakan mata hati tak akan terjumpa bukti nyata..Hanya Allah sahaja yang tahu..Jadi berjuang biar sampai semua tegak bulu roma tak kira orang kita salah ke,orang puak lain salah ke, atau sedara mara kita sendiri malah diri kita sendiri..yang penting agenda perjuangan menghangatkan bahaya rasuah,salah guna kuasa, menipu rakyat ni adalah bapak segala 'bangsat' dalam negara kita yang telah menjadi budaya seperti yang AM kata..

8.terima kasih kerana jawap posting aku..aku suka isu rasuah ni..sebab aku terlalu banyak pengalaman baik dari puak UMNo,baik dari puak PKR baik dari sapa-sapa pun..kerana ia adalah budaya yang terbentuk semenjak kita lahir.(rujuk posting aku dalam topik ko..cuba-cuba,kebiasaan,habit dan budaya)

wasalam..t.kasih

'anon tanpa nama' ikhtiar selagi bernyawa

AnakMerdeka said...

Anon, AM sebut pasal Ong Tee Kiat sebab Geng Kepala Lembu kata, kenapa AM tak kutuk Ong Tee Kiat.

Seorang kata kenapa tak kutuk, seorang kata kenapa kutuk. Mana satu yang betul? Sesama penyokong pembangkang pembangkang pun kadang kala tak sama pendapat. Susahlah macam tu.

Sebenarnya Ong Tee Kiat ahli Parlimen Pandan. AM pun kenal dia secara peribadi, dan boleh berjumpa dia setiap minggu di pejabat dia di Ampang, jika AM mahu.

AM berpegang pada perinsip, walaupun dia pemimpin BN, walaupun dia kita kenal, tetapi kalau buat tak betul, kita tetap kena tegur. Tak cukup dengan tegur, kita bantai dia. Tak cukup dengan bantai, kita tunggu pilihanraya.

Anonymous said...

AM,

1.Ko benak ke apa?Ong tee keat tu bongkar isu PKFZ yang telah disorok oleh puak2x ko..ko bantai dia buat apa..kat situ nampak ko nak cover line puak2x ko..

2.Yang GKL tulis tu pasal isu king sing bagi duit kat dia untuk kerja politik pasal nak adjust ong tee keat (coz dia menteri pengangkutan) jangan buat bising pasal PKFZ..Ong tee keat nafi..bila pusing-pusing memang diorang ni sama jee..masing2x makan lepas tu nak cover line..dua2x plak tu dari BN..heemm..patutnya ko libas diorang ni pasal apa yang berlaku disebaliknya..sebab masing-masing puak dalam BN dan makan sama-sama,melalak sama-sama..tapi sorang dari BN pun tak berani perhambat ke lubang cacing semua ni.

3.Ko buat sama tolong spin nak cover line puak2x ko..Dalam hal ni bila puak2x ni balun berjuta-juta ringgit tak ada tindakan sebab tak ada bukti..tapi bila orang lain kemain lagi kita nak lantang berjuang..tolonglah jangan sorok bawah karpet..

4.AM, kalo ko berani songket siapa dalang dibelakang tabir isu PKFZ tu..aku tabik hormat..beratus juta yang rugi tu kalo bagi bonus pada kakitangan kerajaan banyak faedahnya..ini sibuk pasal rugi ribu-ribu kakitangan kerajaan songlap..tapi puak politik songlap korang tolong cover line..

5.Itu belum aku cerita puak2x korang buat dewan dan bilik gerakkan berpuluh-ratus ribu bersepah-sepah kat merata tempat di sekitar kawasan tapi tak terguna pakai dengan efisien..habis semua tanah kerajaan,tanah awam semua kena rembat demi nak buat dewan..kontraktor yang buat tu dari golongan puak2x yang sama..bangunan dah siap bila time pilihanraya je ada orang..lepas tu jadi bangunan tingal..hanya setengah-setengah tempat je yang aktif dan relevan..

6.Am..kalo nak cerita sampai muntah lah..tapi yang aku tak suka adalah sindrom nafi,sorok bawah karpet..melalak tempat lain..tolong cover untuk puak sediri..

7.Tolong ya AM..aku bukan puak Pembangkang..aku orang kerajaan..orang atas pagar tapi tetap sokong kerajaan kerana tanpa kerajaan siapalah aku..tapi aku cukup tahu dan tak suka orang politik cakap berdegar-degar pasal rasuah,sal;ah guna kuasa dan menipu sana sini padahal mereka tak kurang sama malah lebih dari itu baik belah pembankang baik belah puak korang..Budaya AM..budaya..

8.Siapa ya AM yang mulakan budaya ni??ko boleh kaji sama AM..boleh jadi sama peribahasa "orang berbudi kita berbahasa,orang memberi kita merasa".Kerajaan bagi gaji kita sokonglah kerajaan,kerajaan bagi macam-macam kebajikan maka balaslah jasa kerajaan, YB-YB bantu rakyat maka sokonglah YB-YB tu..YB-YB bagi projek kat kontraktor maka sokonglah kerja-kerja YB-Yb tu..kalo YB tak cukup wang tolong-tolonglah cover..Kalo orang berkuasa boleh bagi macam-macam rezeki tak kan cabut lari bila dah kaya raya..walopun ada yang macam tu..mestilah kita tolong sama orang-orang tu..mana tahu nanti boleh dapat lagi..heee..heee..

9.AM..kalo ko tolong buat blog orang ko nak ke bantu kosong je???haa..haaa..walopun ko nak kata tu khidmat masyarakat..tapi berapa lama ko boleh tahan kalo poket makin kosong..mesti mau cari orang cover kan??sama lah orang-orang politik ni baik UMNo baik pembangkang..haaa..haaa..2x5..dalam bab rasuah,salah guna kuasa,menipu sana-sini...demi kehidupan dan kemajuan yang dikejar dalam kepongpong budaya yang sama-sama kita cipta...hanya Allah sahaja yang tahu..

10.Am..kalo dah tak ada topik lain..ko buat lah topik macam ni..aku mesti nak tumpang sama..rasuah,salah guna kuasa,menipu sana-sini, lepas tu melalak macam baik..tapi bab puak2x sendiri tolong cover line..memang aku suka nak perambat sama..yang nyatanya aku tak sibuk dengan puak pembangkang coz tak ada faedah..tapi bila berkaitan dengan UMNO,BN dan kerajaan ni aku fikir patut kita bantai kaw..kaw kerana disitulah letaknya keikhlasan kita untuk kemajuan agama,bangsa dan negara..kerana merekalah pemerintah yang perlu kita pantau demi menjamin kesejahteraan bersama..

wasalam..t.kasih..

'anon tanpa nama'-ikhtiar selagi bernyawa

wasalam..t.kasih..

AnakMerdeka said...

:)
Sebenarnya saban hari AM berhadapan dengan orang macam Anon. Mengaku orang UMNO dan sokong kerajaan, "tetapi yang salah tetap aku bantai"

Jadi tak salahlah jika anon mengaku orang kerajaan, menerima gaji dari karjaan dan akan menerima pencen dari kerajaan sehingga akhir hayat, tetapi masih rasakan apa yang kerajaan buat semuanya tak betul.

AM menginsafi bahawa majoriti pembaca-pembaca blog bukanlah terdiri dari orang intelek. Jika menulis secara ilmiah rasanya maksud tidak akan sampai keminda orang yang membacanya.

AM dah beritahu, AM turut sama mengutuk perbuatan rasuah. Ong Tee Kiat hanyalah satu contoh. Cuma beza antara AM dengan anon ialah, AM hanya berani berkata tentang benda yang AM nampak dengan mata kepala sendiri.

AM boleh saja ikut rentak pembangkang, kutuk orang sana rasuah dan tuduh orang sini rasuah. Tetapi AM tak berani kalau setakat baca dalam blog dan akhbar pembangkang. Sedangkan dakwaan Anwar meliwat AM tidak pernah percaya sehinggalah bila kes Saiful meletup.

Kesimpulannya, menuduh biarlah dengan bukti. Jika anon boleh tunjukkan bukti (satupun cukup) maka AM akan buat satu topik khusus untuk itu.

Perenggan 8 dan 9 yang anon tulis itu hanyalah tanggapan nakal anon. Penuh dengan emosi dan pradudis. Serkap jarang atau pengalaman peribadi?

SAHABAT-SAHABAT AM