Monday, October 12, 2009
Seronoknya Jadi Lalang....
Lalang adalah sejenis tumbuhan yang biasa digambarkan sebagai tumbuhan yang tak ada pendirian. Hanya mengikut bila ditolak. Boleh ke kiri dan boleh kekanan mengikut kemahuannya. Angin pun boleh mengubah kedudukan daun lalang.
Dalam kehidupan harian, orang yang macam lalang seringkali diumpamakan seperti talam dua muka. Dalam politik pula, orang yang macam lalang memang ditakuti dan kalau boleh dijauhi. Orang seperti ini (macam lalang) terlalu bahaya kepada sesiapa juga. Jika ada pergaduhan antara dua golongan, si lalang biasanya berperanan sebagai batu api untuk melaga-lagakan dua orang/kumpulan yang bertelagah. Kadang-kala dia boleh mengaut keuntungan dengan mendapat upah dari kedua-dua kumpulan berkenaan.
Dalam masyarakat kita, orang yang macam lalang terlalu ramai. Ketika ramai orang PAS dan PKR disekitar itu, mereka akan bersama-sama mengutuk UMNO dengan orang PAS dan PKR, sebaliknya bila bersama orang-orang UMNO mereka mengutuk pula PAS dan PKR. Di dalam sesuatu pilihanraya, peranan si lalang biasanya sangat diperlukan untuk menjadi ajen provokasi. Mereka berani memakai baju berlogokan apa sahaja asalkan mendapat upah.
Orang-orang UMNO yang macam lalang, sejak selepas pilihanraya yang lalu, berbangga dengan kopiah putih dan berjubah ketika ke surau dan masjid untuk menggambarkan dirinya 'somebody'. Ini kerana UMNO telah kalah dibanyak tempat semasa pilihanraya umum yang lalu. Mereka mula memperkatakan tentang dosa dan mengutuk pemimpin-pemimpin UMNO dan kerajaan. Mereka bersekongkol dengan orang-orang PAS untuk mengambil alih pentadbiran surau dan masjid serta dewan-dewan orang ramai. Percayalah, jika UMNO menang lagi masa pilihanraya ke-13, orang-orang ini akan membuang semula kopiah dan serban dan mula mengesel-geselkan bahu dengan orang-orang UMNO.
Dikalangan blogers, orang seperti lalang terlalu mudah dikesan kerana kita boleh membaca semula tulisan-tulisan mereka yang lepas-lepas. Satu ketika mereka mengutuk UMNO kaw-kaw dan pada satu ketika nadanya sungguh berlainan. Orang yang membaca sekadar untuk mengetahui apa yang hendak disampaikan oleh penulis, mungkin tidak mengetahuinya, tetapi jika pembaca boleh menilai cara penulisan seseorang, maka dia akan mengetahui jenis macam mana si penulis itu.
Hari ini penulis-penulis blog yang telah menghentam UMNO sejak beberapa hari lalu, seperti lagak seorang pemimpin besar, tidak kelihatan. Mungkin kerana kekalahan PAS di Bagan Pinang kepada UMNO semalam. Jika ditakdirkan PAS menang, rasanya selepas subuh kita boleh baca tulisan mengutuk UMNO dan kerajaan dari penulis-penulis tak bertauliah itu. Tetapi yang lebih seronok, akhbar PAS juga dimuka hadapannya menyiarkan tulisan yang yang sungguh sederhana. Pertama kali AM baca tulisan sedemikian (yang secara terang menegur kesilapan kepimpinan PAS).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment