Dua tiga hari ini AM dengar iklan broadband dari satu company layar lebar. Ayat yang digunakan macam pelik je. Asyik cerita pasal potong. Ingatkan potong apa, rupanya potong wire.
Hari raya hari tu, cerita orang potong kiri dan potong digarisan berkembar rasanya lebih banyak berbanding dengan cerita ayam yang kena 'potong' dikampung. Orang kampung sekarang pun dah suka beli ayam yang siap potong di pasar. Tak perlu lagi 'bermaraton' mengejar ayam.
Dulu kawan AM yang berbangsa cina terlalu sensitif jika cerita pasal potong. Dia minat dengan seroang gadis melayu, tetapi bila AM beritahu, kalau nak kawan dengan perempuan melayu, mesti kena potong dulu. Terus dia batalkan niat nak tackle gadis melayu itu.
Hari ini AM baca berita yang paling ngeri antara banyak-banyak cerita potong. Seorang remaja di Indonesia sanggup memotong kakinya sendiri semasa hendak menyelamatkan diri ketika gempa bumi di Padang baru baru ini. Mungkin ketika itu kakinya tersepit dicelah-celah batu, membuatkan dia tidak dapat bergerak. Jadi jalan paling mudah, dia potong kakinya sendiri..
Rasaya rakan-rakan dia yang berhajat nak potong-potong rakyat Malaysia, kena cuba dulu potong jari mereka sendiri. Kalau tak rasa sakit atau kalau rasa berani seperti rakan mereka yang seorang itu, barulah boleh fikir nak potong-potong rakyat Malaysia. Ingat rakyat Malaysia ini ice cream potong ke. Senang-senang nak potong..
Itulah cerita potong hari ini.. Selamat menunaikan solat Jumaat. Jangn potong-potong saf. Kalau nak duduk barisan hadapan, datang ke masjid cepat sedikit. Wasslam
No comments:
Post a Comment