Friday, October 16, 2009

Apa Peranan Perlembagaan Pertubuhan?

Dua tiga hari ini AM jadi bingung memikirkan tentang kuasa dan peranan perlembagaan sesuatu pertubuhan.

UMNO tidak habis lagi bersindang untuk meminda beberapa perlembagaan parti. Yang AM paling seronok ialah, usul yang AM cadangkan semasa mesyuarat Agung UMNO Cawangan yang lalu, agar yuran tahunan ahli dihapuskan, rupa-rupanya menjadi salah satu perkara yang dipinda. AM sedikitpun tak rasa yang pindaan itu dilakukan sebab usul AM itu. Mungkin ramai lagi yang mengusulkan perkara yang sama. Apapun AM bersyukur.

Dalam Harakah Daily, PAS sedang dalam proses akhir untuk meminda perlembagaan parti agar Kelab Penyokong PAS, yang terdiri dari orang cina dan india, dijadikan sayap parti PAS. Jika tidak ada halangan, pada penghujung tahun ini, draf pindaan perlembagaan itu akan disiapkan dan seterusnya diadakan pindaan perlembagaan. Maka jika dipanjangkan umur, pada tahun hadapan PAS akan menjadi sebuah parti multiracial, dan bukannya parti orang Melayu Islam seperti sekarang. AM takut, diketika PAS berdoa agar UMNO lenyap di Malaysia, sedikit-demi sedikit penyokong PAS akan lari meninggalkan PAS yang akhirnya nanti majoriti ahli PAS bukan orang melayu, sebaliknya orang cina dan india.

AM tidak tahu apa yang pamimpin PAS sedang fikirkan sekarang. Mungkin untuk menunjukkan kepada dunia bahawa Islam PAS, boleh menerima sesiapa sahaja menjadi pemimpin. Atau mungkin sekadar raktorik untuk menarik sokongan.

Tetapi antara banyak perkara melibatkan perlembagaan, perlembagaan Parti MCA menjadi sesuatu yang paling memeningkan AM dari banyak-banyak perkara pening. Penat-penat mereka mengadakan mesyuarat agung khas (EGM) untuk mengundi tidak percaya kepada Presiden MCA, dan setelah keputusan diketahui, majoriti undi membuat keputusan untuk 'tidak lagi percaya kepada presiden'.

Semalam dalam berita, Datuk Seri Ong Tee Kiat diberitakan terus kekal sebagai Presiden. Ehh bukan setakat itu, mereka boleh pula lantik Timbalan Presiden MCA macam itu jer?

Ada rakan dari MCA memberitahu AM, Presiden akan hanya hilang jawatannya jika majoriti yang menyokong usul tidak percaya ialah sebanyak 23. Tetapi hari itu, Presiden hanya kalah 14. Jadi Ong Tee Kiat tidak perlu letak jawatan.

Yang menariknya, hari tu semasa majoriti ahli MCA buat undi tak percaya kepada Ong Tee Kiat, pembangkang terutama PAS, menyokong MCA kerana ahlinya menolak orang rasuah. Ahli UMNO kata mereka, menerima orang yang mengamalkan rasuah. Sekarang AM nak dengar pula, apa komen mereka terhadap Ong Tee Kiat yang tidak mahu letak jawatan walaupun kalah dalam undi tidak percaya.

AM terfikir, apakah guna perlembagaan jika ianya boleh diketepikan begitu sahaja, dan apakah guna perlembagaan jika ianya tidak dapat menjadi satu undang-undang untuk 'mengikat' ahli-ahlinya? Dan apa guna panggil EGM jika keputusan mesyuarat itu tidak boleh merubah apa-apa?

6 comments:

Anonymous said...

Saya bersetuju dengan AM kata fasal PAS nak pinda perlebagaan partinya nak jadikan klab penyokong PAS sebagai sayap parti PAS kerana nak dapatkan sokongan orang India dan orang Cina dalam PRU13. 'PAS FOR ALL'

Saya hidup telah hampir 70 tahun. Saya pernah lalui dan kenal banyak pemimpin PAS. Daripada Allahyarham Dr Burhanuddin (Perak), Allahyarham Dr Zulkifli Muhamad (Perak), Allahyarham Tuan Guru Hj Ahmad Tuan Hussain (Pokok Sena, Seberang Perai), Allahyarham Abu Bakar Hamzah (Perlis), Allahyarham Dato Abu Bakar Omar (Kedah), Allahyarham Dato' Asri Hj Muda (Kelantan), Allahyarham Samad Gol, Allahyarham Yusuff Rawa (Pulau Pinang), Allahyarhan Mohamad Shukri (Kedah), Allahyarham Ismail Kassim (Kedah) dan banyak lagi jika nak di senaraikan di sini.

Semua mereka ini adalah pejuang2 PAS zaman 60 han. Mereka berjuang sahingga pada PRU tahun 1969, PAS hampir menang di negeri Kedah. Masa itu YTM Tungku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri. PRU tersebut Tun Dr Mahathir di kalahkan di Parlimen Kota Setar Selatan oleh Allahyarham Yusuf Rawa.

Saya bukan nak mengajak kawan2 melihat sejarah. Yang saya nak perkatakan disini ialah sesuatu yang menarik, iaitu mereka berjuang bermati2ia dengan tidak pun mengharapkankan langsung sokongan dari pengundi2 Cina atau India. Mereka berjuang, tidak kira apa isu yang mereka bangkitkan sahingga mereka dapat menafikan 2/3 sokongan Kerajaan Negeri pada masa itu.

Cuma yang saya ingat pada masa itu, mereka bangkitkan isu mengatakan Kerajaan nak lawan Tuhan, kerana buat projek MADA, buat bendang dua kali setahun. Tapi sekarang dalam kawasan MADA terlalu kuat PAS dan jika air sawah MADA lambat bagi, depa hentam kerajaan pulak.

Yang nak dikaitkan ialah, kenapa sekarang pemimpin2 PAS nak mengggadaikan perjuangan pemimpin zaman dulu yang mana mereka berjuang dengan mendapat sokongan orang Melayu Islam, sekarang mengapa semurah itu PAS nak ujudkan sayap kelab penyokong PAS yang terdiri dari kaum Cina dan India.

KENAPA BODOHNYA PEMIMPIN PAS SEKARANG? MEREKA BERJUANG TANPA MENGAMBIL KIRA, JIKA UJUD SAJA SAYAP DARI BANGSA LAIN DAN BERUGAMA LAIN, APA MA'ANANYA SEBAGAI PARTI YANG BERTERASKAN ISLAM, ADA PULA SATU SAYAP (DALAM PARTI) YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM. SEMESTINYA SUATU KETIKA NANTI AKAN TIMBUL PERTELAGAHAN MEMENTINGKAN PENDIRIAN ASAS SAHINGGA PARTI INI SAMASEKALI TIDAK AKAN DAPAT MEMPERTAHANKAN NEGARA INI DARI TERLEPAS KA TANGAN BANGSA LAIN DAN BERAGAMA LAIN DARI UGAMA ISLAM.

TATKALA ITU, NIK AZIZ SUDAH MATI, HJ HADI SUDAH MATI. MAHFUZ, SALEHUDDIN SUDAH TUA. KAPADA SIAPA LAGI YANG NAK DI HARAPKAN?

Wallahua'alam

AnakMerdeka said...

Pertamanya AM sungguh terharu kerana ada orang lama yang perpengalaman luas seperti Anonymous, yang sudi masuk dan memberi komen dalam blog anak2merdeka ini.

AM harap akan ada lebih ramai lagi orang-orang yang penuh dengan pengamalan seperti Anaonymous dapat menyumbangkan idea-idea agar golongan muda dapat menginsafi diri dan merenung kembali perjuangan PAS yang mereka sokong sekarang.

AM tidak pernah sama sekali mengatakan UMNO adalah parti yang terbaik, tetapi untuk orang melayu berteduh dan mengadu nasib, tidak ada lain parti di Malaysia ini selain UMNO. Sekurang-kurangnya itulah yang selama ini UMNO perjuangkan, tidak pernah berubah pendirian dan tidak berdolak-dalik.

Biasalah kalau ada seorang dua yang 'nakal' dalam parti keramat itu. Tetapi ramai yang dah kena 'piat telianga' dan kena perambat keluar dari UMNO.

Malangnya 'hamlau' yang telah dihambat keluar dari UMNO itulah yang telah diambil oleh PAS untuk dijadikan 'penasihat'. Jadi bolehkah kita yakin PAS akan menjadi lebih baik dari UMNO?

ujang said...

lama tak dengar perkataan 'hamlau'...AM menggamit kenangan betul la...

al-fakir said...

Itulah dinamakan mainan dalam berpolitik...
kita main aje...jgn sampai tembak menembak dah le....

catatanhamba.blogspot.com

Anonymous said...

Hmmm... ya lah AM. Dlam dunia sekarang, rakyat Malaysia pun dah jadi tak ketahuan hala daaaahhh...

Punca2 kita rakyat Malaysia jadi begini, kita kena cari sebab2nya dan kita kena kupas hingga sedalam2nya supaya keadaan jangan jadi lebih tidak menentu sahingga Melayu ini dihalau dan disisih menjadi macam 'MELUKUT DI TEPI GANTANG' apabila orang lain atau bangsa lain menjadi tuan di negara kita.

Saya nampak dengan jelas akan sebab musababnya mengapa pejuang2 parti yang berteraskan Melayu/ Islam ini terjadi sampai bagini, sahingga nak pinda perlembagaan menjadikan Kelab Penyokong PAS sebahgian dari sayap parti. Sedangkan pejuang2 parti yang berteraskan Melayu/Islam ini masih banyak jalan lain untuk meraih undi dalam PRU13.

Dahulu, tokoh2 pejuang yang nama mereka saya sebut dalam tulisan saya (yang AM kata orang lama yang berpengalaman) yang lepas, mereka berjuang bukan kerana pertahankan kedudukan dan status. Perjuangan mereka menjurus kearah menegur pemimpin jangan lalai dan buat sesuatu untuk meninggikan maruah bangsa, mempertahankan negara serta meninggikan syi'ar Islam. Teguran mereka di sokong oleh rakyat jelata, sahingga menyebabkan Alamrhum YTM Tungku Abdul Rahman Putera Alhaj jatuh, di sokong lagi dengan kelantangan Tun Dr Mahathir Muhamad menegur dari dalam UMNO.

Memang pada masa itu jika tidak ada pejuang2 yang saya sebut itu, Almarhum YTM Tungku dengan sikap 'BIAQ PI LAAHHH...' dah tak dapat bertahan lagi, maka dia letak jawatan.

Jadi sekarang, kerana nak kan kemenangan kita begitu mudah nak jadikan Kelab Penyokong PAS yang terdiri daripada Cina dan India sebagai sayap parti. Bila jadi sayap, dalam pilihanraya mereka sokong. Lepas pilihanraya mereka tuntut segala macam, di situ Haji Hadi akan lari tak cukup tangga.

Ingat sabelum kena.... Hj Hadi!!!!... tarik balik kenyataan nak pinda perlembagaan PAS. Berunding lah dengan UMNO, tinggalkan Nik Aziz yang dungu dengan kekerasan Mursyidul AM PAS tuuuu......

al-fakir said...

Firman Allah swt yg bermaksud:
“Dan kalaulah Tuhanmu (Wahai Muhammad) mengkehendaki, tentulah Ia menjadikan umat manusia semuanya menurut agama yang satu. (Tetapi Ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus menerus berselisih. Tetapi orang yang diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka yang bersatu dalam agama Allah); dan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah Allah menjadikan manusia.”
(Surah Hud : 118-119)

Renunglah dan fikirlah...dgn matahati...bukan mata kepala....

SAHABAT-SAHABAT AM