Friday, October 9, 2009

Open House dan Sikap Kita...


Pagi-pagi tadi AM dah terima SMS orang menjemput kemajlis rumah terbukanya. Bermaksud ada lima jemputan pada hujung minggu ini. Wah sudah banyak save..:). Cadang malam ini hendak ke Bagan Pinang, nak lihat orang berkempen. Nak dengar ceramah PAS. Bermaksud ada satu open house yang terpaksa AM tak dapat pergi.

"Ha? apasal lak ko nak dengar ceramah PAS? Ko sokong mana?"

cepat saja seorang rakan bertanya bila AM cakap nak dengar ceramah PAS. AM kata, kalau semua orang UMNO dengar ceramah UMNO, dan orang PAS dengar ceramah PAS, maka tak banyak hasil yang boleh kita dapat. Orang UMNO kena dengar ceramah dari penceramah PAS dan orang PAS kena dengar ceramah orang UMNO. Kemudian gunakan fikiran untuk banding-bandingkan. Maka kawan AM itu pun senyap.

Oklah berbalik pada topik asal. Nak cerita pasal sikap kita dan rumah terbuka yang sekerang telah menjadi budaya orang Malaysia.

Dulu-dulu di kampung AM, beraya ramai-ramai dipanggil marhaban atau kata orang jawa 'barakan' (disebut barak-an). Biasanya lepas sembahyang raya, orang-orang kampung akan beramai-ramai beraya dari satu rumah ke satu rumah, bermula dari rumah ketua kampung, kemudian imam dan seterusnya rumah-rumah penduduk yang lain. Tak perlu sediakan satay, tak perlu ada lemang, tak perlu nasi impit dan kuah kacang. Nak minum pun kadang tak sempat, yang mula-mula sampai dah turun, yang hujung belum sampai lagi ke atas rumah. :). Memang seronok.

Tapi AM pada mulanya extrim juga. Nak tunjuk pandai la konon. AM tanya apa rasionalnya, belum beraya rumah datuk nenek, rumah pak long dan pakcik-pakcik yang lain, tetapi rumah jiran yang diutamakan? Arwah ayah AM jawab pendek je. Kalau kita sakit atau mati, yang sampai dulu ke rumah kita adalah jiran tetangga, bukannya saudara mara. Yang urus jenazah dan gali kuburpun, orang kampung ini juga, bukan pakcik kita yang duduk jauh kat KL tu.

Terkebil-kebil juga biji mata. Ada logik dan ada tak logiknya. Sampai sekarang ini pun AM tak berapa sure, mana yang perlu diutamakan antara keluarga dan jiran.

Sekarang ini barakan dah nampak tak ada sambutan. Kalau adapun mereka mulakan pada hari raya kelima atau keenam. Selepas habis beraya ke rumah keluarga dan saudara mara. Mungkin betul juga apa yang AM fikirkan, keluarga lebih penting dari jiran :). Atau mungkin orang-orang lama, yang rajin dan tebal dengan semangat kejiranannya, telah tiada. Yang tinggal hanyalah anak-anak muda yang tak berapa sangat nak menghayati semangat kejiranan.

Sekarang ini rumah terbuka, yang masa AM kecil-kecil dulu tahu, hanya diadakan di istana raja atau rumah PM dan menteri-menteri, kini telah menjadi budaya hampir kebanyakan orang kita. Selepas berbelanja besar untuk menyambut raya, kita kena keluar lagi belanja untuk buat open house. Bagi yang ramai kawan, atau ada kedudukan sedikit dikalangan masyarakat, rumah terbuka sudah jadi macam wajib. Tak buat kalo, nanti orang mengata. Jadi hendak tak hendak kenalah buat juga, walaupun poket dah kempis.

Tapi kalau buat, betulkah tidak ada orang mengata? Orang kita ni, kadang kala benda dah bagi free pun masih nak mengumpat. Makanan tak cukup lah, makanan tak sedap la. Tak ada satay la, tak ada lemang la dan sebagainya. Serba salah dibuatnya. Dulu-dulu orang barakan, hanya minum air sirap tawar, itupun kalau sempat. Masuk rumah ke 5 biasanya perut dah penuh. Jadi selepas berselawat nabi, bersalam-salaman terus turun dan pergi ke rumah satu lagi. Tak tanya pun ada satay ke tidak dan sebagainya.

Jadi kalau budaya open house, yang asalnya bukan budaya kita hendak diteruskan, maka sebaiknya budaya mengumpat selepas diberi makan percuma itu, hendaklah diberhentikan dengan segera. Takut nanti nak dapat pahala, dosa pulak yang dapat.

1 comment:

al-fakir said...

[AM kata, kalau semua orang UMNO dengar ceramah UMNO, dan orang PAS dengar ceramah PAS, maka tak banyak hasil yang boleh kita dapat. Orang UMNO kena dengar ceramah dari penceramah PAS dan orang PAS kena dengar ceramah orang UMNO. Kemudian gunakan fikiran untuk banding-bandingkan]
Saya amat bersetuju dengan padangan AM...pergi dengar dulu lepas tu nilailah betul ke tak betul...tapi cadangan saya pada AM, AM ambil cuti dalam seminggu sekali pada hari jumaat..dan jam tepat pada 9.30PM, pergi MASJID RUSILA,MARANG TERENGGANU dan dengar syarahan kitab tauhid,fekah, dan tafsir Quran oleh Tg Abdul Hadi Abdul Awang...pergi 3 kali sudah then nilai syarahan ustaz hadi. Begitu juga di Kota baharu Kelantan ditengah-tengah bandar tepat jam 9.30 juga dengar kuliah tafsir Quran oleh Tg Nik Abdul Aziz..pergi boleh 3 kali then nilai...bawa Quran Tafsir sendiri/beli sendiri kat kedai....
baru kita boleh nilai ilmu depa dengan ilmu kita..sama level ke..kurang sikit ke atau jauh lagi ke....
jangan cepat bersangka buruk dan amalkan ayat surah al-hujurat ayat 13 yang AM telah pamerkan disebelah kanan blog AM...selamat menimba ilmu....

SAHABAT-SAHABAT AM