Friday, October 9, 2009

Mana Brengset Itu? Mana? Mana?


AM memulakan tulisan ini, tepat jam 1.00 pagi 9hb Oktober 2009. Satu jam berlalu meninggalkan 8hb Oktober 2009.

AM mencubit pipi kanan, terasa sakit. Cubit pipi kiri, juga terasa sakit. Confirm AM tidak bermimpi, dan masih hidup. Dan confirm AM dan seluruh rakyat Malaysia tidak kena ganyang dengan sukarelawan brengset yang menggelarkan diri mereka Bendera.

Pagi tadi ketika minum di Restoran Fahim Taman Maju Jaya Ampang, AM seronok pasang telinga mendengar perbualan di meja sebelah. Kononnya seramai 1500 orang Indonesia telah berjaya melepasi sepadan Kalimantan Malaysia. Mereka itu AM tahu dari 'bendera' mana, jadi walaupun tak 'directly' menyokong tindakan bangsa Indon itu, tapi dalam hati mereka mungkin berkata, "biar padan dengan Malaysia". Siapa tahu?

Persoalan pertama AM, betul kah? Tidur agaknya pengawal-pengawal sepadan dan polis Sarawak?

Soalan kedua AM, mengapa mereka pilih untuk memasuki Malaysia melalui Kalimantan? Kenapa tidak melalui Selat Melaka? Tidak cukup ongkos agaknya. Kalau tak cukup ongkos beritahu sahaja, kami rakyat Malaysia akan bantu.

Hakikatnya, setelah hampir 12 jam berlalu, tidak ada pun buluh runcing berterbangan. Dan tak ada seorangpun rakyat Malaysia bergelimpangan bermandi darah kena rejam dengan buluh runcing. Kalau dalam filem P Ramlee, Laksamana Do Re Me, "buluh runcing satu", adalah AM dengar.

Tanggal 8hb Oktober akan terus datang lagi tahun hadapan. Mereka boleh memperingati tarikh tersebut sebagai hari menganyang Malaysia. Samalah juga dengan tarikh 11 November. Dan tarikh 16hb September....

Antara tiga tarikh itu, 8hb Oktober dan 16hb September macam sama jer 'modus operandinya'. Gah jer lebih, cakap jer besar...habuk juga yang berterbangan. Mungkinkah yang merancangnya adalah orang yang sama? Sama-samalah fikir.

3 comments:

ujang said...

Orang tak cerdik macam tu AM mmg mudah diperdaya anasir yang merancang memecah belah & mengharu biru kan rumpun melayu..semalam DPR sound si mamak kedai runcit sebab jual air 100 plus yang harganya dalam promosi RM 2.80 dia letak harha RM 3.10...DPR cakap itu harga promosi,dia cakap duit api peti sejuk dia..DPR ckp ingat u punya kedai 1 je ke kat area sini???(ada cina pemborong tengah isi resit barangan gelak sinis dekat DPR)...mamak cekik darah pun mengalah,dia pulang baki RM 2.20 dari RM 5 yang DPR bagi)...DPR pergi plak dekat kedai mamak 1 barisan dengan kedai mamak cekik darah tadi...DPR tanya 100 plus yang sama (tapi tiada tanda promosi RM 2.80)..mamak tu cakap RM3.30...mak aiii...up lagi 20sen..DPR tanya lagi betul ka harga sebenar? mamak tu cakap betul...emm,walaupun apa yang DPR ingin utarakan tiada kena mengena antara buluh runcing & air 100 plus..persoalanya sama je..kita diserang kiri kanan depan belakang dengan pelbagai isu...maknanya orang melayu kini yang mejoriti di Malaysia terhimpit dengan pelbagai isu...samapai Agama & Hak Keistimewaan kita pun depa nak hapuskan!...ini ditambah dengan serangan pyskologi yang amat dasyat oleh orang serumpun dan seagama dengan kita!..sungguh tinggi tahap kesabaran orang Melayu Malaysia...DPR tak tahulah halilintar amok yang akan terjadi jika semua Melayu hilang sabar & pertimbangan!..Nauzubillah...

Webmaster@Echam said...

AM,
Orang Melayu mmg terkenal dgn sifat sabar tapi bila dah hilang sabar mmg tak tau nak cakap apa. Tunggu jelah....

Azrul Hisham said...

AM,orang Melayu memang tinggi kesabarannya...tapi bila sabar tu dah sampai hadnya, tak tau nak cakap apa lagi...amukan orang Melayu yang tercabar kesabarannya mungkin akan berlaku suatu masa nanti...

p/s: gambar Indon BENDERA goblok kita terbalikkan semua...hehe :)

SAHABAT-SAHABAT AM