Saturday, October 24, 2009

Cuba-cuba, Kebiasaan, Habit dan Budaya...


Dulu semasa menghadiri satu kursus, facilitator memberitahu bahawa sesuatu budaya itu lahirnya dari habit yang bermula dari kebiasaan yang dimulakan dengan sikap ingin cuba-cuba, AM macam kurang faham. Bagaimana sikap suka cuba-cuba boleh menjadi budaya sesuatu masyarakat?

Diruang yang pendek ini, AM ingin berkongsi cerita sesuatu yang berlaku di kampung AM yang dulunya tidak pernah berlaku dan AM tidak pernah lihat ianya dipraktikkan dikampung-kampung lain dimana-mana negeri di Malaysia. Kalau ada yang sudah mengetahuinya, percayalah bahawa tradisi tersebut telah menjadi satu budaya kebanyakan dari kita.

Ceritanya begini.

Pada kebiasaannya (sejak zaman berzaman) bila menjelang hari raya, setiap keluarga akan rebus ketupat, bakar lemang, sembelih ayam, masak rendang atau kari dan bermacam jenis juadah. Sebahagian darinya akan dimakan bersama keluarga pada pagi hari raya dan sebahagiannya lagi akan diberi kepada jiran tetangga dan saudara mara. Selepas itu, kita akan mendapat balasan yang serupa dari jiran tetangga kita. Makanya ketupat, rendang, kari dan macam-macam lagi akan berlonggok atas meja dan kesudahannya akan dibuang kerana basi. Satu pembaziran.

Entah siapa yang punya idea, di kampung AM orang telah rebus ketupat, masak rendang, kari ayam dan segala macam juadah itu, seawal bulan puasa. Mereka akan membahagikannya kepada jiran. Esok lusa pula jiran tersebut pula yang rebus ketupat dan sebagainya. Selain memberi kepada orang lain dia juga akan membalas pemberian orang yang telah terlebih dahulu memberi kepadanya.

Mula-mula rasa pelik. Tidak pernah dibuat orang, rebus ketupat pada awal bulan puasa.
Tetapi bila dilakukan saban tahun (kalau tak silap dah masuk tahun ke-5) rasanya perkara itu sudah tidak menghairankan lagi. Selain mengelakkan pembaziran (akibat makanan yang tidak dimakan bila terlalu banyak) ianya juga akan meringankan beban suri rumah yang tentunya banyak kerja lain seperti membuat kuih raya dan membuat persiapan terakhir untuk menyambut 1 Syawal.

Sedar tidak sedar, perbuatan yang pada mulanya nampak ganjil, sekarang telah menjadi budaya disekitar kawasan kampung AM. Kita akan dapat melihat orang menganyam ketupat pada puasa pertama hingga seminggu sebelum hari raya.

Intro yang panjang lebar itu AM hendak kaitkan dengan apa yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara, berkenaan penyelewngan yang dilakukan oleh kakitangan kerajaan/swasta terhadap sesuatu bayaran yang tidak masuk akal. Walaupun hakikatnya, segala tuduhan biasanya dilemparkan kepada kerajaan yang memerintah, tak kiralah kerajaan UMNO atau PAS/PKR, perbuatan tersebut sebenarnya dilakukan oleh kakitangan kerajaan yang diberi amanah untuk melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat. Ianya bukan baru berlaku pada tahun 2008, sebaliknya telah berlaku bertahun-tahun dahulu(kalaupun mungkin tidak puluhan tahun).

Kegiatan 'mengclaim' sesuatu yang melampau-lampau sebenarnya sudah menjadi budaya golongan pekerja terutama yang bekerja di sektor awam dan kakitangan swasta di syarikat-syarikat besar. Seorang despatch boleh claim sehingga RM1000 lebih sebulan hanya menghantar surat sekeliling Kuala Lumpur. Campur gaji, mereka boleh dapat lebih RM2000 sebulan. Jadi tidak perlu sekolah tinggi, cukup sekadar ada lesen menunggang motorsikal, dapat kerja despatch, boleh jadi kaya.

Percaya atau tidak, seseorang yang menonton perlawanan bolasepak (yang melibatkan pasukan dari syarikatnya - yang kerajaan ada saham dalam syarikat tersebut)yang diadakan diluar (away) telah membuat claim lebih daripada RM300 sehari termasuk 'kerja lebih masa?

Perasan atau tidak, kereta-kereta rasmi kerajaan digunakan untuk menghantar anak kesekolah dan mengambil isteri pulang bekerja? Jikapun mereka boleh mendakwa minyak kereta mereka guna duit sendiri, bukankah kenderaan tersebut milik kerajaan dan salah jika digunakan untuk hal peribadi?

Tahu atau tidak, resit-resti hotel, petrol pump dan lain-lain keperluan boleh didapati dengan mudah (semudah mendapat sijil sakit) walaupun tidak ada urusniaga dilakukan?

Satu ketika dulu kerajaan terpaksa memberhentikan pengeluaran wang caruman KWSP untuk membeli komputer, kerana telah dikeluarkan dengan mudah (melalui agen) oleh pencarum untuk mendapatkan cash.

Itu semua adalah sebahagian dari bermacam perbuatan nakal yang telah menjadi budaya kebanyakan dari kita. Sebelum ianya menjadi darah daging yang tidak boleh diubah lagi, semua pihak perlu berganding bahu untuk menangani perbuatan yang tidak sihat ini. Tidak perlu tuduh menuduh. Selain pendidikan awal, kursus dan motivasi serta kawalan ketat perlu dilakukan.

Mula-mula mereka mungkin cuba-cuba. Claim RM20 atau RM30. Bila rasa sedap dan perbuatan tersebut tidak diketahui, maka mereka cuba lagi dengan nilai yang lebih tinggi. Orang-orang macam ini, jika tidak cepat dicantas, akan membusukkan nama pemimpin atasan, tidak kiralah orang PAS atau orang UMNO.

Mentaliti orang Malaysia, jika tidak dikenakan hukuman yang berat dan memalukan, mereka tidak mungkin akan berubah. Dulu AM kasihan bila melihat gambar orang yang dituduh rasuah terpampang di dada akhbar. Bagaimanakah perasaan anak-anak mereka dan ibubapa mereka melihat anak/ayah mereka diheret ke mahkamah. Tetapi untuk melupuskan terus rasuah dan penyalahgunaan kuasa (atau setidak-tidaknya mengurangkannya) tindakan yang lebih tegas dan keras perlu dilaksanakan segera.

2 comments:

Musafir Kelana said...

kata AM; "Selain pendidikan awal, kursus dan motivasi serta kawalan ketat perlu dilakukan..."
PENDIDIKAN AWAL PUN DAH TAK BETUL SILIBUS MCAMANA?KURSUS DAN MOTIVASI YANG TIDAK BERSIFAT KEROHANIAN ADA KE?SAPE YG WAJIB DAN BERTANGGUNGJWAB?

http://catatanhamba.blogspot.com

Anonymous said...

salam bro AM,

1.Tiada siapa dalam dunia yang dapat menghukum pelaku isu yang AM nyatakan ini melainkan kuasa Allah..dan selagi amalan Islam kita sekadar amalan 1malaysia,Islam Hadhari, Islam yang dibawah kawalan JAKIM, dan lain-lain..malah Majlis Ulama Negara juga tak boleh buat apa-apa..semuanya seperti AM kata..budaya ini telah bertapak semenjak kita dalam kandungan lagi.hakikat hidup kita semakin maju semakin berleluasa..tak boleh buat apa-apa.

2.Jangan nafikan budaya ini juga berlaku pada diri AM sendiri,keluarga AM,anak-anak AM malah semuanya rakyat Malaysia sama jee..bila kita bertambah maju,hidup perlu wang,selesa,sejahtera..malah dalam hal ini pun pastinya ulama-ulamak besar negara pun terlibat sama kekancah budaya yang sama.

3.Persoalan membusukan nama pemimpin??sebenarnya pemimpin pun sama je AM..kalo nak jadi pemimpin poket kosong harap gaji jee...tak kemana..atleast mesti ada proksi,ada sponsor,ada claim-claim lebih nak cover yang bocor, banyaklah AM.

4.Budaya yang AM katakan itu sama istilah Orang berbudi kita berbahasa,orang memberi kita merasa..semuanya budaya ini makin berleluasa bilamana kita semakin maju tapi taraf hidup jauh berbeza diantara kita..

5.Pemimpin kalo nak buat Open house/anak kahwin kalo guna gaji sendiri alamat le habis duit gaji sebulan..apa lagi pau keliling yang adalah..nak nampak baik kita istilahkan sumbangan ikhlas..haaaa...haaa..rakyat biasa pun sama dan boleh berlaku dalam diri kita serta keluarga kita..contohnya 'salam keruk''haaaa..haaa

6.Budaya AM??Budaya??anak AM kalo pandai score A banyak masa result exam nak bagi apa??ada dia mintak habuan???kalo habis puasa sebulan nak bagi hadiah apa??anak masyarakat kita bila lahir je ada hadiah buaian,ada bagi duit,ada bagi 'bear' macam-macamlah..

7.buat kenduri kesyukuran panggil imam baca doa,tahlil bila habis hulur le sampul ada isi..meringakan beban atau sumbangan atau apa-apa lah..

8.AM..mengarut je dalam dunia kalo ko nak berjuang membanteras budaya ini kecuali ko jadi ulamak yang berani menentang arus 'lain daripada yang lain'.Ulamak sedia ada pun malas nak fikir..setakat ceramah atau motivasi sikit-sikit dan cover line jangan lantang sangat..cukup bulan gaji beriban-riban..Alhamdulillah..rezeki yang Allah beri..buat apa kerja menentang arus,susah-susah nak lawan budaya rasuah,tipu muslihat yang Am cerita ni..pemimpin pun semua sama jee..lagi besar tombolok lagi besar la masyuknya...lagi besar periuk lagi besar le keraknyaaa..

9.Aku bukan nak perlekeh idea ko AM.Cerita ko baik AM tapi ko tak memahami realiti.Ko nampak macam nak bagi tau kesian pada pemimpin..pada hal semua masyarakat ni sama jee tak kira pangkat dan darjat.ada peluang sapu..orang asli pun kalo kita bagi rokok sebatang/sekartun dia boleh bagi macam-macam benda lain..

10.Ini budaya yang sememangnya semenjak kita lahir.Kalo AM tak termasuk dari golongan itu..aku leh iktiraf AM memang 'ulamak' lain daripada yang lain..malah boleh diangkat jadi ketua segala mufti/ulamak di negara kita yang tercinta ini.Mungkin boleh bantu para ulamak lain macam mana nak plna supaya budaya ini dapat dikurangkan tanpa mengira pangkat,darjat serta lapisan masyarakat..jangan jalan cerita je nampak kesal/sedih tapi diri sendiri pun sama jee..

wasalam...t.kasih

'anon tanpa nama'-ikhtiar selagi bernyawa

SAHABAT-SAHABAT AM