Wednesday, October 14, 2009

Post Mortem Walaupun Menang.

AM tertarik dengan tulisan Tun Dr Mahathir yang mengulas berkenaan kemenangan BN di Bagan Pinang. Antara lain beliau berkata, agar ada baiknya jika kajian yang mendalam dibuat berkenaan dengan sebab-sebab kemenangan yang luar biasa ini tercapai.

Kita biasa membuat kajian setiap kali kita gagal, sebaliknya jika kita berjaya, kita kurang mengkaji. Kadang-kadang hendak bersyukur pun kita terlupa. Parti politik biasanya akan buat post mortem tentang kekalahan mereka didalam pilihanraya. Jarang sekali yang membuat bedah siasat jika menang.

Tidak tahu pula samada pakatan pembangkan ada membuat kaji selidik, kenapa mereka memperolehi kemenangan besar semasa pilihanraya umum yang lalu. Rasanya tidak. Kerana rata-rata pemimpin dan penyokong mereka sentiasa membuat kenyataan seolah-olah mereka telah terlalu kuat. Sedangkan kenyataannya, kemenangan mereka adalah disebabkan kesilapan pemimpin BN yang salah meletak calon dan tidak mendengar pandangan orang bawah lalu adanya tindakan 'sabotaj' ahli-ahli parti dengan mengundi parti pembangkang. Jika pakatan pembangkang sedar diri kenapa mereka menang, tentu mereka tidak melakukan apa yang telah mereka lakukan sekarang. Macam kemaruk.

Biarkan dengan pembangkang. Apa juga hasil siasatan, cadangan Tun itu wajar dilakukan oleh BN. Selain untuk mengelakkan rasa takbur dan lupa diri, kajian itu setidak-tidaknya boleh membuatkan BN lebih menjiwai dan dapat menilai tentang sejauh mana kerja-kerja yang dilakukan mendapat sokongan rakyat dan telah mendatangkan hasil.

Jika apa yang dilakukan, diterima rakyat, baguslah. Tetapi mesti ada cacat celanya walaupun tidak banyak. Dan kecacatan yang kecil itulah yang sepatutnya diperbaiki sebelum ianya menjadi lebih besar dan menutupi kesemua kebaikan yang telah kerajaan laksanakan.

5 comments:

al-fakir said...

sesi muhasabah @ post mortem terhadap apa jua tindakan kita adalah perbuatan yang tersangat baik kerana ia membolehkan diri kita terus menerus dalam 'improvement'...
"hari ini lebih baik dr semalam, dan esok lebih baik dr hari ini dan begitulah seterusnya.."
MERENUNG,MENILAI DAN MUHASABAH DIRI..adakah apa yg telah buat itu betul atau salah,cukup atau tidak,tepat atau kurang,ikut perintah Tuhan atau tidak....

http://catatanhamba.blogspot.com

AnakMerdeka said...

Setuju :)

kelambuharimau said...

insyaallah BN akan kotakan janjinya..

ujang said...

al-fakir,

setuju!!!...kadar ke diri kate org phg!

rabbani said...

Semoga TS isa akan berkhidmat kepada rakyat kerana Allah, dan bukannya meniru YB2 lain yang berkhidmat untuk membuat banglo 24juta

SAHABAT-SAHABAT AM