Tuesday, October 20, 2009

Tambah Sehari Lagi Cuti Umum, Kurangkah Produktiviti?

Bila kerajaan mengumumkan cuti umum pada setiap 16hb September, sempena memperingati hari penubuhan Malaysia (dibaca, sempena memperingati hari penubuhan Malaysia - bukan 16hb Septembar yang ada orang bising-bising, knonnya nak rampas Putra Jaya)maka akan bertambah lagi cuti umum untuk rakyat Malaysia. Ini tidak termasuk cuti-cuti di peringkat negeri dan cuti khas atas sebab lain, dan juga tidak termasuk 'medical leave' dan emergency leave (termasuk cuti sakit hari Isnin dan Sabtu, seperti yang kerap berlaku)

Sebenarnya, benda sebaik memberi cutipun, ada yang mempertikaikannya, terutama kepada golongan yang sentiasa memandang negatif terhadap apa juga yang pihak kerajaan lakukan.

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar berkata, pengisian terhadap hari memperingati hari penubuhan Malaysia itu lebih penting dari cuti. Dia mungkin lupa, bahawa dengan adanya cuti, pengisian yang hendak dilakukan akan lebih mudah. Atau mungkin dia lupa, bahawa kerajaan tak katapun dengan adanya cuti, maka pengisian hari memperingati penubuhan Malaysia itu, tidak akan diadakan. Jadi apa salahnya cuti disamping mengadakan pengisian hari memperingati penubuhan Malaysia tersebut?

AM juga nak tanya, selama ini hari kemerdekaan yang telah disambut 53 kali, apa pengisian yang pemimpin PAS ajar kepada 'penganut-penganutny'? Yang selalu kita dengar ialah, mereka mencebik dan menghina hari kemerdekaan, kononnya rakyat Malaysia belum merdeka la, tidak merdeka dari segi rohanilah, dan macam-macam lagi. Malah nak kibarkan bendera Malaysia pun susah, macam nak suruh kibar bendera Israel. Agaknya apa yang Mahfuz Omar boleh cadangkan untuk dilakukan bagi mengisi hari memperingati penubuhan Malaysia itu? Ceramah? Jangan setakat cakap je.

Apapun, cuti tidak boleh dianggap sebagai 'menghalalkan' kurangnya produktiviti. Jika masa zaman sekolah, setiap kali nak cuti, guru akan ingatkan murid agar siapkan semua kerja sebelum cuti, kenapa kita yang dah berkerja tidak boleh mengamalkan disiplin yang sama? Siapkan kerja yang tertangguh sebelum bercuti agat tidak bertimbun 'backlog' setelah puas bercuti? Atau setidak-tidaknya rancang perkara yang ingain kita lakukan agar dapat dilakukan semasa cuti umum, jadi kuranglah sedikit ambil cuti tahun.

No comments:

SAHABAT-SAHABAT AM