Wednesday, October 21, 2009

Sastrawan Negara - Besar Sangatkah Sumbangannya?


Dekan Fakulti Penulisan, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Datuk Dr. Mohd. Anuar Rethwan, 60, atau nama penanya Anwar Ridhwan diumum sebagai penerima Anugerah Sastera Negara Ke-10.

Secara jujur AM memang tidak meminati sastera. Tetapi tidak juga langsung tak tahu berkenaan perkembangan sastera negara. Semasa di sekolah menengah, walaupun berada dalam aliran sains, AM ada juga baca novel-novel, tetapi boleh dikira dengan jari. Tetapi AM tahu, kerajaan memang tidak pernah melupakan orang-orang yang telah berjasa kepada negara, walau dalam bidang apa sekalipun.

Persoalannya, sejauh mana rakyat Malaysia suka membaca tulisan-tulisan sastera? Kalau ada pun mungkin novel-novel cinta, itupun mungkin pinjam dari kawan-kawan dan mengambil masa bermingu-minggu untuk menghabiskan membacanya. Penulisan sastera rasanya tidak banyak membantu dalam memperkasakan budaya dan penulisan melayu.

Dizaman pra kemerdekaan, mungkin juga sasterawan memainkan peranan untuk menaikkan semangat rakyat untuk menentang penjajah, kerana satu-satunya maklumat yang boleh didapati oleh rakyat ialah dari penulisan, tidak seperti sekarang dimana kita boleh mendapat maklumat dari televisyen, radio, akhbar dan internet.

Bukan cemburu, tetapi pengiktirafan kerajaan kepada sasterawan negara, dengan memberi ganjaran wang tunai RM60,000 serta pelbagai kemudahan untuk kegiatan mencipta karya sastera serta turut membeli 50,000 naskah karya beliau untuk diedarkan ke sekolah-sekolah, perpustakaan, jabatan dan agensi kerajaan rasanya sudah cukup besar berbanding anugerah yang diterima oleh individu lain yang terang-terang telah banyak menyumbang bakti kepada negara.

Lalu, bersyukurkah para sasterawan? Bagaimana dengan A Samad Said yang juga pernah menerima pengiktirafan serupa oleh kerajaan? Sekarang beliau telah mencemarkan sendiri nama dan maruahnya dengan terpekik terlolong di atas pentas parti pembangkang, kononnya untuk memperjuangkan bahasa Melayu. Apa sumbangan yang A Samad Said berikan setelah bergelar sasterawan negara untuk memertabatkan lagi Bahasa Melayu?

A Samad Said bukan sahaja gagal menyumbang apa-apa, malah telah dengan rela melacurkan maruah dirinya untuk dipergunakan oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Mulanya dia berkata, sesiapa sahaja yang menjemputnya untuk berbicara tentang bahasa (semasa isu PPSMI heboh diperkatakan) dia akan bersedia menyokong. Tetapi setelah kerajaan bersetuju untuk menghapuskan PPSMI, nampaknya A Samad Said masih terus berada di atas pentas-pentas puisi untuk menghentam kerajaan.

6 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

Nanti Pakatan Pembangkan akan lantik A.Samad Said jadi Menteri Sasterawan bila berkuasa

dakwat-merah said...

salam..saya ada buat komik indie 3m/s pasal gejala sosial remaja yang bercinta sampai gadai maruah!!!

so saya tak tau nak publish kat mana
saya hanya buat iklan murah mcm2 ni...
sbb saya nak benda ni sampai kat org ramai..
ni bukan komik picisan
boleh tg kat blog saya
cheritapenglipurlara.blogspot.com

AnakMerdeka said...

Salam dakwat-merah..
AM dah usha blog dakwat-merah...dan terus tertarik... sorry AM nak add walaupun dakwat merah tak bagi..hehe

Anonymous said...

Bila orang tak sokong umno/bn hang kata dia tu melacurkan maruah diri la....kalau dia tak berjuang menhapuskan PPSMI sampai sekarang kerajaan buat pekak ja...walhak dah berapa banyak wang rakyat dibazirkan tapi habukpun tarak.....Dalam masa yang sama bahasa melayu terus terpinggir.....pak samad akan berhenti ceramah atas pentas pakatan rakyat bila kerajaan peka dan tidak pekak.......

Geng Kepala Lembu....

AnakMerdeka said...

Anonymous, untuk lebih adil biarlah AM katakan, memang kerajaan hapuskan akta PPSMI itu setelah didesak oleh banyak pihak. Itu tandanya kerajaan perihatin. Mana yang rakyat tak suka, ditukar dengan akta lain. Tapi kalau 100 kerajaan buat, tak ada satupun yang 'OK' mesti ada something wrong.

Orang UMNO pun ramai yang tentang. Jadi sekarang ini akta tersebut dah dihapuskan. Tidak seperti Dato Hassan dari DBP tu, yang dah senyap, tetapi A Samad Said masih menyalak mengutuk kerjaan. Apa kes?

Sasterawan yang lagi 9 tu, (mungkin ada yang dah meninggal) tidak memperjuangkan Bahasa Melayu ke? Kenapa mereka boleh beri pendangan sedara senyap? Kenapa A Samad Said lebih suka berdemo, dan menjerit sana sini?

Ala setakat tuduh 'melacurkan diri' masih ringan lagi tu kalau nak dibandingkan dengan tuduhan kafir jika tidak menyokong PAS. Mana lebih teruk?

al-fakir said...

memorandum sudah diserahkan,peringatan sudah diberikan,kritikan dalam akhbar dan berita sudah disampaikan..ape lagi BOLEH DIBUAT jika semua ini masuk telinga kanan keluar telinga kiri?
DEMONSTRASILAH!!!!!JALAN AKHIR....TAKKAN TAK FAHAM KOT....

SAHABAT-SAHABAT AM