Wednesday, October 21, 2009

4 Pegawai & kakitangan Jabatan Perhutanan Kedah ditahan Kerana Rasuah

Itu adalah tajuk utama dalam mstar hari ini.

[PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan empat orang pegawai dan kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah yang terdiri daripada seorang pegawai kanan, seorang pegawai dan dua orang renjer hutan semalam dan hari ini kerana disyaki terlibat dengan jenayah rasuah.

“Mereka telah ditangkap kerana disyaki menerima wang rasuah lebih daripada RM100,000 sebagai balasan meluluskan kompatmen pembalakan (logging compartment,” demikian menurut kenyataan SPRM.

SPRM juga turut menyita wang tunai berjumlah RM300,000 yang dijumpai di dalam rumah salah seorang pegawai yang ditangkap dan SPRM sedang menyiasat sumber wang yang telah disita tersebut.

Mereka kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini. Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.]

AM tak nak ulas berita itu, cuma nak berkongsi beberapa peribahasa lama untuk dijadikan renungan.

Menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri,

Kata dulang, paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Bak ayam berkokok keliling kampung, tetapi bontot bergelumang najis.


Harap-harap selepas ini mulut penyokong-penyokong parti pembangkang tak celupar lagi menuduh orang UMNO rasuah.

3 comments:

Anonymous said...

Yang ditangkap tu pegawai perhutanan bukannya orang pas....mungkin jugak orang umno tak semestinya orang pas....tapi nampaknya hang dok main tuduh kat pas ja.....

AnakMerdeka said...

Anonymous, sama juga kesnya bila pegawai DBKL rasuah, polis rasuah dan pegawai-pegawai kerajaan ada yang rasuah, semua jari menuding ke arah UMNO. Mereka tuduh Kerajaan UMNO yang rasuah.

AM cuma nak balikkan paku buah keras je..

Anonymous said...

PAKU BUAH KERAS PAPA KEBENDANYA TAK DAK SANGKUT PAUT LANSUNG DENGAN PAS....LAIN LA MACAM ISA SAMAD, KHAIRY, DAN ALI ROSTAM TERANG2 RASUAH......

SAHABAT-SAHABAT AM