Sunday, October 25, 2009

Siapa Prof Dr. Aziz Bari? Doktor? Lawyer? Ahli Muzik?

Tiba-tiba nama Dr. Aziz Bari menjadi cukup popular. Tiba-tiba tulisan beliau dalam Sinar Harian membuatkan Parti Islam Semalaysia bagai dilanda badai.

Tidak pernah berlaku dalam politik Malaysia, orang penting dalam sesebuah parti politik membuat saranan (gesaan) yang drastik hanya setelah membaca artikel dari dalam akhbar tetapi itulah yang berlaku bila Nik Aziz, Mursidul AM PAS telah mengarahkan satu EGM diadakan untuk menendang keluar orang yang dikatakan pro-UMNO yang berada dalam PAS, hanya beberapa bulan sahaja selepas mereka itu semua mendapat kepercayaan perwakilan untuk menjadi orang penting dalam PAS.

Pada posting yang lepas, AM ada menggambarkan seolah-olah Dr. Aziz Bari terlalu 'power' sehingga boleh mengoncang iman Tok Guru Nik Aziz. Puncanya, Dr Aziz Bari telah menulis satu komentar dalam Sinar Harian berkenaan kepincangan kepimpinan PAS yang mengakibatkan mereka kalah dalam pilihanraya Bagan Pinang baru-baru ini.

Pandangan Dr. Aziz Bari ini menyebabkan beberapa pihak di dalam PAS seperti Ustaz Idris Ahmad dan Roslan SMS membidas tokoh tersebut, Roslan SMS bekas orang kanan Haji Hadi Awang didalam blognya menyatakan Dr. Aziz Bari telah keluar dari posisisnya sebagai seorang pakar perundangan menjadi penganalisis politik.

Secara sinis Roslan merasakan pelik kenapa Dr. Aziz berminat melontarkan pandangan tersebut.

“"Dimana Dr Aziz ketika PAS menang di Bukit Gantang, di Kuala Terengganu (kerusi Umno berjaya PAS rampas), di Manek Urai, di Permatang Pasir? Dimana Dr Aziz ketika PKR tewas di Batang Ai? Kenapa tak disuruh tukar Dato Seri Anwar, singkirkan Azmin Ali, contohnya?" kata Roslan didalam blognya.

Nampaknya mereka telah mula menuding jari. Bagi AM walau apa pun orang luar cakap, jika keadaan dalam PAS sebenarnya aman damai dan tidak ada masalah, maka tidak apa yang harus ditakutkan waimah yang menulis komentar itu ialah ulamak besar dari Mesir.

3 comments:

Ekeng A/L Etong said...

Takkan Nik Ajis dengan dengar cakap orang lain, kecuali cakap orang kelilingnya jer?

Mengikut ramalan Tok Bomoh yang Ekeng selalu jumpa, Nik Ajis akan menafikan apa saja yang dikatakannya, hatta apa jua yang ditulisnya. Kita tunggu siapa yang kena!

AnakMerdeka said...

PAS selama ini mendoakan agar kecelakaan berlaku terhadap UMNO. PAS berharap agar UMNO jatuh menyembah bumi dan PAS menunggu untuk mengkafan dan mentalkinkan UMNO.

AM masih berharap bahawa itu bukan petanda, Allah membalikkan doa itu kepada PAS. AM masih berharap pemimpin dan pengikut PAS agar cepat sedar.

Musafir Kelana said...

molek jugak..UMNO menyembah bumi dan orang-orangnya pulak pakat masuk perjuangan Islam pulak...buat kerja agama plak...

SAHABAT-SAHABAT AM