Monday, October 12, 2009

Berakhirkah Karier Politik Ong Tee Kiat?

Orang-orang Pandan dan Ampang cukup kenal Ong Tee Kiat. Beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Ampang Jaya sebelum bertukar ke Parlimen Pandan pada pilihanraya 2004.

Dari Ketua Pemuda MCA, namanya begitu cepat naik bila dilantik menjadi Timbalan Speaker Dewan Rakyat, kemudiannya menjadi naib presiden dan terus menjadi Presiden MCA.

Orang-orang di Pandan dan Ampang menggambarkan Ong Tee Kiat sama seperti Alyarham Datok Mufti Suib, bekas Ketua UMNO bahagian Ampang, yang tegas, keras dan kadang-kala kelihatan zalim.

Dia pandai mengatur strategi politik. Dia menjaga periuk nasi orang-orang yang boleh menolongnya jika diperlukan, sebaliknya jika ada unsur-unsur ancaman yang dia dapat kesan, orang itu akan cepat-cepat dicantas.

Di Pandan, orang-orang UMNO tidak menyukainya, kerana dia pernah memberitahu bahawa dia menang di Parlimen Pandan bukan kerana pertolongan orang UMNO, tetapi oleh NGOs.

Semasa pilihanraya yang lepas, Ong Tee Kiat menang di Parlimen Pandan, tetapi dua DUN yang berada di bawah Parlimen Pandan iaitu Cempaka dan Teratai jatuh ke tangan parti pembangkang. Secara logiknya jika undi yang Ong Tee Kiat perolehi, diberi juga kepada calon BN di peringkat DUN, mereka (calon DUN) pasti akan menang. Sebaliknya semacam ada 'pakatan' diantara jentera pilihanraya Ong Tee Kiat dengan jentera parti pembangkang, bila kelihatan dimana-mana kain rentang yang ditulis "Berikan Parlimen Kepada BN, Berikan States Kepada DAP".

Di dalam MCA, kes video seks Timbalannya, Chua Soi Lek telah pun lama berlaku. Sebelum pemilihan dalam MCA lagi. AM ada dengar dari cerita rakan-rakan cina, bahawa isu seks dalam masyarakat cina tidaklah besar 'dosanya' berbanding jika ianya dilakukan oleh orang Melayu. Dalam masyarakat cina, orang yang diyakini boleh membawa tuah atau kepimpinan yang baik pasti akan diterima.

Ong Tee Kiat mungkin menganggap Chua Soi Lek dan pengikutnya akan memberi tekanan kepada kepimpinannya jadi tanpa berfikir panjang, dia mengambil keputusan untuk memecat Chua Soi Lek.

Apapun kita patut respect kepada Ong Tee Kiat, yang sanggup meletakkan jawatannya sebagai Presiden MCA setelah mendapati majoriti perwakilan telah memberikan undi tidak percaya kepadanya. Akhirnya Ong Tee Kiat akur, hanya mampu mentadbir MCA lebih kurang setahun sahaja. Siapakah bakal menjadi Ahli Parlimen Pandan pada pilihanraya akan datang?

Dikalangan masyarakat Melayu pula, ada orang yang sanggup mengadaikan maruah dan masa depan bangsanya asalkan cita-citanya untuk menjadi pemimpin tercapai.

2 comments:

Anonymous said...

Berikan "Parlimen pada BN dan states pada DAP". Mangkok hayun betul orang islam/melayu yang menyokong perjuangan yang dah sah2 nak meranapkan orang kita sendiri..bila dah jadi macam negara jiran jangan menangis pulak..masa kat sekolah rendah di jb lagi aku dah berdebat dengan kawan2 berjodol" mana lebih baik negara tu ke Malaysia? Jawapannya ketara setelah orang2 kita kehilangan kuku dan taring untuk menentukan arah. Maruah dah digadaikan kepada PAP.. jual karipaplah jawapnya.

AnakMerdeka said...

Anon, beruntunglah nasib, jika kita masih berpeluang menjual karipap. Kita takut anak cucu kita tidak tahu apa itu karipap, sepertiimana anak-anak melayu Singapura yang tidak tahu bagaimana rupa pokok padi.

SAHABAT-SAHABAT AM